|
HADIS 4 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا
زَكَرِيَّا بْنُ عَدِيٍّ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ،
عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ قَالَ: كَانَ ابْنُ عُمَرَ «إِذَا سَمِعَ مِنْ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثًا لَمْ يَعْدُهُ، وَلَمْ
يُقَصِّرْ دُونَهُ»
Abu Ja’far
berkata: Ibnu Umar Jika mendengar sebuah hadis dari Rasulullah saw, dia tidak
lengahkan dan tidak pula sibuk dengan yang lainnya.
Status hadis: sahih-MAWQUF
|
PENJELASAN HADIS |
[1] Hadis ini dari
sudut panjang lebarnya adalah dalam SAHIH IBN HIBBAN (264[1])
seperti berikut;
عَنْ أَبِي
جَعْفَرٍ، عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ، أَنَّهُ كَانَ يَقُصُّ بِمَكَّةَ
وَعِنْدَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَفْوَانَ وَنَاسٌ
مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ عُبَيْدُ
بْنُ عُمَيْرٍ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:
«مَثَلُ الْمُنَافِقِ كَمَثَلِ الشَّاةِ بَيْنَ الْغَنَمَيْنِ، إِنْ مَالَتْ إِلَى
هَذَا الْجَانِبِ نُطِحَتْ، وَإِنْ مَالَتْ إِلَى هَذَا الْجَانِبِ نُطِحَتْ»
قَالَ ابْنُ عُمَرَ: لَيْسَ هَكَذَا، فَغَضِبَ عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ وَقَالَ:
تَرُدُّ عَلَيَّ؟ قَالَ: إِنِّي لَمْ أَرُدَّ عَلَيْكَ، إِلَّا أَنِّي شَهِدْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَالَ: فَقَالَ: عَبْدُ
اللَّهِ بْنُ صَفْوَانَ: فَكَيْفَ قَالَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ؟ قَالَ:
«بَيْنَ الرَّبِيضَيْنِ» ، قَالَ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، بَيْنَ
الرَّبِيضَيْنِ، وَبَيْنَ الْغَنَمَيْنِ سَوَاءٌ، قَالَ: كَذَا سَمِعْتُ، كَذَا
سَمِعْتُ، كَذَا سَمِعْتُ، وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا سَمِعَ شَيْئًا مِنْ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَعْدُهُ، وَلَمْ
يَقْصُرْ دُونَهُ.
Daripada Abu
Jaafar bahawa UBAID BIN UMAR di Mekah suatu hari bercerita yang ketika itu
disampingnya ada ABDULLAH BUN UMAR dan ABDULLAH BIN SAFWAN serta beberapa orang
sahabat nabi.
UBAID BIN UMAR
berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Perumpamaan orang munafiq seperti
seekor kambing yang berada di antara dua kambing. Jika kambing seekor itu
cenderung kepada pihak ini, ia akan ditanduk. Jika dia berpihak kepada satu
lagi pula, dia turut ditanduk.
ABDULLAH BIN UMAR
berkata: tidak begitu.
UBAID marah dan
berkata: apakah kamu mahu membantah aku?
ABDULLAH BIN UMAR
kata: aku bukan bantah kamu. Sebaliknya aku dengar sendiri dari nabi saw ketika
baginda berkata (hadis ini)
ABDULLAH BIN SOFWAN
berkata: bagaimana berkata Nabi itu, wahai Abu Abd al-Rahman?
ABDULLAH BIN UMAR kata: (Nabi kata) antara dua kambing
(AL-RABIDHAIN) (bukan al-Ghanamain)
Kata UBAID: Wahai Abu Abd al-Rahman, antara dua RABIHD
dan antara dua GHANAM adalah sama sahaja.
Jawab IBN UMAR: begitulah aku dengar (3 kali).
(berkata ABU JAAFAR): Begitulah IBN UMAR yang apabila
dia mendengar sesuatu dari Rasulullah, dia tidak tidak lengahkan dan tidak
pula sibuk dengan yang lainnya.
KOMENTAR:
A.
Sanad IBN HIBBAN ini sama
dengan IBN MAJAH bermula dari IBN
AL-MUBARAK, dan perawi selepas itu adalah sahih).
B.
Matan hadis IBN HIBBAN ini, ada kesamaan dalam riwayat AHMAD (5546)
seperti berikut;
عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ يَقُولُ: كَانَ عَبْدُ اللهِ بْنُ
عُمَرَ إِذَا سَمِعَ مِنْ نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا
أَوْ شَهِدَ مَعَهُ مَشْهَدًا، لَمْ يُقَصِّرْ دُونَهُ أَوْ يَعْدُوهُ، قَالَ:
فَبَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ وَعُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ يَقُصُّ عَلَى أَهْلِ مَكَّةَ،
إِذْ قَالَ عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ: مَثَلُ الْمُنَافِقِ كَمَثَلِ الشَّاةِ بَيْنَ
الْغَنَمَيْنِ، إِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى هَذِهِ الْغَنَمِ نَطَحَتْهَا، وَإِنْ
أَقْبَلَتْ إِلَى هَذِهِ نَطَحَتْهَا، فَقَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ: لَيْسَ
هَكَذَا، فَغَضِبَ عُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ، وَفِي الْمَجْلِسِ عَبْدُ اللهِ بْنُ صَفْوَانَ، فَقَالَ: يَا
أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، كَيْفَ قَالَ رَحِمَكَ اللهُ؟ فَقَالَ: قَالَ: "
مَثَلُ الْمُنَافِقِ مَثَلُ الشَّاةِ
بَيْنَ الرَّبِيضَيْنِ، إِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى ذَا الرَّبِيضِ نَطَحَتْهَا، وَإِنْ أَقْبَلَتْ إِلَى ذَا الرَّبِيضِ
نَطَحَتْهَا "، فَقَالَ لَهُ: رَحِمَكَ اللهُ هُمَا وَاحِدٌ، قَالَ: كَذَا سَمِعْتُ، كَذَا سَمِعْتُ [2]
[2]
Dari hadis ini dapat difahami bahawa Abu Jaafar yang merupakan cicit kepada
Saidina Ali bercerita berkenaan sikap dan perangai Abdullah bin Umar (Anak
saidina Umar) dalam mendengar hadis bahawa dia akan amalkan kandungan hadis
yang dia dengar. Dia tidak akan buat mudah dengan sesuatu hadis.
Dalam erti kata
lain, jika tidak akan ubah sebarang lafaz yang digunakan oleh Nabi saw dalam
menyebut sesuatu hadis, serta dia tidak akan menambah atau mengurangkan sesuatu
hal yang dia dengar dan dapati dari Nabi saw.
[3] maksud perkataan لَمْ
يَعْدُهُ—dia tidak akan melebihi dari kadar apa yang telah diajar oleh
hadis.
[4] Maksud perkataan وَلَمْ
يُقَصِّرْ دُونَهُ—dia tidak akan abaikan, atau tidak akan
remehkan sesuatu perkara yang dia tahu dari hadis Nabi saw.
|
HUBUNGAN HADIS |
Hadis ke-3, dijelaskan bahawa keperluan mengikut Nabi Muhammad,
sehingga jika menyalahi Nabi, ia sama seperti menyalahi Allah.
Hadis ke-4 ini pula menjelaskan sikap seorang sahabat
Nabi bernama ABDULLAH BIN UMAR yang amat tegar dalam mengikuti perbuatan nabi
saw.
|
PENGAJARAN |
[1] RIWAYATKAN HADIS SECARA MAKNA
Ulama sepakat menerima riwayat hadis secara lafaz.
Namun, ulama berbeza pendapat dalam hal riwayat hadis secara makna.
Perbezaan pendapat tersebut adalah seperti berikut;
PERTAMA: TIDAK DIBENARKAN
Ini adalah pendapat Imam Malik.
Bagi pihak yang melarang, mereka kemukakan
beberapa hujah—Sabda Nabi saw:
نَضَّرَ
اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا، فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ، فَرُبَّ
حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ
بِفَقِيهٍ
“Semoga Allah indahkan orang yang
mendengar hadis dari kami, lalu dia hafaz hingga dia sampaikan kepada orang
lain. Berapa ramai orang yang membawa fekah, didapati ada yang lebih faqeh
darinya. Dan berapa ramai yang membawa fekah, sedangkan dia tidak faqeh pun”
(Abu Daud, بَابُ فَضْلِ نَشْرِ الْعِلْمِ, hadis no : 3660
Dalam hadis ini, Nabi saw menyebut: “mendengar hadis
dari kami” yang disimpulkan bahawa riwayat hadis tidak boleh menggunakan makna,
tetapi perlu menggunakan lafaz sepertimana yang diungkapkan oleh Nabi saw.
KEDUA: DIBENARKAN DENGAN SYARAT
Antara yang berpegang dengan pendapat ini
adalah Imam Tarmizi, Imam Abu Hanifah, Khatib al-Baghdadi dan sebagainya.
Bagi kalangan yang izinkan ini, meletakkan
syarat-syarat seperti perawi itu perlu memahami Bahasa arab, atau perawi
hendaklah orang faqih sepertimana yang disyaratkan oleh Imam Abu Hanifah.
Hujah Imam Abu Hanifah adalah tanpa kefaqihan akan
menyebabkan penafsiran terhadap hadis akan menjadi salah. Contohnya, hadis
riwayat Abu Daud yang berbunyi:
مَنْ
صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ فِي الْمَسْجِد، ِ فَلَا شَيْءَ عَلَيْهِ
“Barangsiapa
menunaikan solat terhadap jenazah di masjid, maka tidak ada apa-apa pun ke
atasnya” (abu Daud, hadis no : 3191)
Dalam Sunan Abu Daud digunakan lafaz فلا شيء عليه sedangkan dalam Musnad
Abu Daud al-Tayalisi digunakan lafaz فلا شيء له, iaitu
matan penuhnya dalam musnad Abi Daud al-Tayalisi (Musnad
Abi Daud al-Tayalisi, hadis no: 2429)
مَنْ
صَلَّى عَلَى جِنَازَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَلَا شَيْءَ لَهُ
Perbezaan lafaz ini melahirkan kekhilafan pendapat
ulama – penggunaan فلا شيئ عليه memberi implikasi hukum solat
jenazah di masjid sebagai harus, sedangkan penggunaan فلا شيئ له memberi implikasi hukum
solat jenazah di masjid sebagai makruh.
Dari sudut amalan, sememangnya terdapat beberapa orang
perawi hadis yang mereka sememangnya tidak faqih, walaupun tidak dinafikan nama
perawi itu cemerlang dalam bidang ilmu hadis. Contohnya al-Imam Syu’bah bin
al-Hajjaj yang Khatib al-Baghdadi ada meriwayatkan bahawa Ismail bin Ulayyah
ada menjelaskan bahawa Syu’bah ada meriwayatkan sesuatu hadis dengan lafaz:
إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ التَّزَعْفُرِ
“Nabi saw melarang dari memakai za’faran”
Tetapi lafaz tersebut diingkari oleh Ismail dengan
menyatakan bahawa lafaz tersebut bersifat umum – memberi maksud larangan
memakai za’faran itu berlaku pada lelaki dan perempuan, walhal dari lafaz yang
asalnya digunakan dengan lebih khusus – difokus kepada kaum lelaki sahaja,
iaitu sabda Nabi:
أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَتَزَعْفَرَ الرَّجُلُ
“Nabi saw melarang lelaki dari memakai za’faran”.
[2] TIDAK MENAMBAH DAN MENGURANGKAN AMALAN YANG TELAH
DIAJAR OLEH NABI
Ini disebut sebagai BID’AH. Berlaku khilaf dalam
kalangan ulama dalam menentukan sesuatu itu Bid’ah.
PERTAMA: ASAL SESUATU PERKARA ITU ADALAH HARAM SELAMA
TIDAK ADA NAS YANG SAHIH DAN SARIH.
Ini adalah pendekatan yang banyak digunakan oleh
ulama-ulama dari aliran Salafi.
Dengan pendekatan ini, mereka simpulkan amalan tahlil
sebagai bid’ah, sambutan Maulid Nabi adalah Bid’ah dan sebagainya.
KEDUA: ASAL SESUATU PERKARA ITU HARAM SELAMA TIDAK ADA
NAS. NAMUN, JIKA ADA NAS YANG DIBOLEH BUAT HUJAH, SAMA ADA SECARA TIDAK SARIH,
MAKA IA DIBOLEHKAN.
Ini diguna pakai oleh ramai ulama, terutama dari
kalangan yang bermazhab, hatta ibn Taimiyyah.
Contohnya, fatwa berkenaan menyedekahkan bacaan
al-Quran kepada si mati yang tidak mempunyai nas.
Namun, mereka menggunakan pendekatan al-Manat untuk
menyatakan keizinan tersebut.
Iaitu, dalam banyak hadis ada menyebut berkenaan
hadiahkan pahala kepada si mati bagi ibadat sedekah, ibadat haji dan memberi
minum kepada si mati; kesemua ini adalah ibadat badaniyyah.
Makanya, apabila melihat kepada bacaan al-Quran juga
sebagai ibadat badaniyyah, maka ia dibenarkan.
[3] IBN UMAR KUAT BERPEGANG DENGAN SUNNAH
Dalam kitab AL-IBANAH karya IBN BATTAH—daripada Nafi’;
عَنْ نَافِعٍ،
قَالَ: كَانَ ابْنُ عُمَرَ " إِذَا مَرَّ بِشَجَرَةٍ بَيْنَ مَكَّةَ
وَالْمَدِينَةِ، أَنَاخَ عِنْدَهَا، ثُمَّ صَبَّ فِي أَصْلِهَا إِدَاوَةً مِنْ
مَاءٍ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ إِلَّا تِلْكَ الْإِدَاوَةَ قَالَ: وَقَالَ نَافِعٌ:
وَأَرَى أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَهُ، فَفَعَلَهُ
"
Daripada Nafi’ berkata: Ibn Umar itu apabila melintasi
di pokok antara mekah dan Madinah, dia akan menunduk. Kemudian dia menuangkan
satu bejana air, walaupun jika dia tidak ada kecuali satu bejana itu sahaja.
berkata: Aku nampak Nabi saw melakukannya, maka dia pun turut lakukannya”
(al-Ibadah al-Kubra (Ibn Battah), hadis no: 72[3])
Daripada Nafi’ berkata:
عَنِ ابْنِ
عُمَرَ " أَنَّهُ كَانَ يَتْبَعُ آثَارَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ , وَيُصَلِّي فِيهَا حَتَّى إنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ نَزَلَ تَحْتَ شَجَرَةٍ فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَصُبُّ الْمَاءَ
تَحْتَهَا حَتَّى لَا تَيْبَسَ"
“Ibn Umar itu, sentiasa ikut kesan-kesan Rasulullah, serta dia
menunaikan solat padanya sehingga Nabi saw sampai di bawah satu pokok, makanya
Ibn Umar akan tuangkan air di bawahnya sehingga ia kering” (al-Baihaqi (sunan
al-Kubra), hadis no: 10269[4])
Daripada Mujahid berkata:
كُنَّا مَعَ ابْنِ عُمَرَ فِي سَفَرٍ، فَمَرَّ بِمَكَانٍ
فَحَادَ عَنْهُ، فَسُئِلَ لِمَ فَعَلْتَ؟ فَقَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ هَذَا فَفَعَلْتُ»
kami bersama Ibn Umar dalam satu permusafiran. Dia
melintasi di satu tempat, dia menghilangkan diri. Ditanya: kenapa kamu lakukan
ini? Jawab dia: aku nampak Nabi saw lakukan ini, maka aku pun lakukan juga”
(Ahmad, hadis no: 4870[5])
Daripada ‘Asim al-Ahwal berkata:
كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا رُئِيَ فِي طَرِيقٍ -
كَأَنَّهُ ذَكَرَ كَلِمَةً مِنْ شِدَّةِ اتِّبَاعِهِ لِأَثَرِ رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَإِنْ قِيلَ لَهُ: إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَصَقَ بِالْحَائِطِ، لَصَقَ، وَإِنْ قِيلَ لَهُ:
قَعَدَ، قَعَدَ، وَإِنْ قِيلَ لَهُ: مَشَى، مَشَى
Ibn Umar itu jika dilihat di jalan, kelihatan dia
seperti menyebut kalimah disebabkan terlalu ikut dari kesan Nabi saw. Jika
diberitahu kepadanya bahawa nabi menampal di dinding, pasti dia akan tampal;
jika diberitahu bahawa Nabi duduk, pasti dia duduk; jika diberitahu bahawa nabi
jalan, pasti dia jalan” (Ibn Battah (al-Ibanah al-Kubra), hadis no: 75[6])
Berkata AL-ZUBAIR BIN BAKKAR:
كَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ يَحْفَظُ مَا يَسْمَعُ
مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِذَا لَمْ يَحْضُرْ
سَأَلَ مَنْ حَضَرَ عَمَّا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، وَفَعَلَ، وَكَانَ يَتَتَبَّعُ آثَارَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كُلِّ مَسْجِدٍ صَلَّى فِيهِ، وَكَانَ يَعْتَرِضُ
بِرَاحِلَتِهِ فِي كُلِّ طَرِيقٍ مَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Ibn Umar hafal apa sahaja yang dia dengar dari
Rasulullah. Apabila dia tidak hadir, dia akan tanya orang yang hadir. Dia akan
mengikut kesan-kesan nabi saw pada setiap masjid yang baginda solat padanya.
Dia akan naik kenderaan untuk melintasi di laluan yang pernah dilalui oleh
Rasulullah saw. Dikatakan kepadanya pada demikian itu” (Ibn Battah (al-Ibanah
al-Kubra): hadis no: 76[7])
|
BIOGRAFI PERAWI |
[5] MUHAMMAD BIN
ABDILLAH BIN NUMAIR AL-HAMDANI (160H-234H)
مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ الهمداني
Ulama Kufah ini digelar sebagai ABU ABD AL-RAHMAN
AL-KUFI. Dia terkenal dengan ilmu, zuhud, berpegang teguh dengan sunnah dan
seorang miskin.
Dia adalah aqran AHMAD BIN HAMBAL dan ALI BIN
AL-MADINI.
Dia adalah Guru al-Bukhari, Muslim, Abi Daud,
al-tarmizi dan Ibn Majah. Al-nasaie ambil hadisnya melalui perantara.
Dia adalah perawi siqah lagi sahih
[4] ZAKARIA BIN ‘ADI BIN AL-SOLT (212H)
زَكَرِيَّا بْنُ عَدِيٍّ بن الصلت
Ada orang kata, namanya adalah ZAKARIA BIN ‘ADI BIN
RAZIQ BIN ISMAIL AL-TAIMI.
Menurut al-Zahabi dalam al-Siyar, bapanya bernama ‘ADI
itu, asalnya adalah seorang kafir zimmi yang memeluk islam.
Dia dilahirkan di Kufah dan meninggal dunia di
Baghdad.
Dia adalah Rijal Muslim, Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn
Majah. Namanya didapati tidak ada dalam al-Bukhari dan Abi Daud.
Rata-rata ulama hadis kata dia siqah, seperti al-Ijli,
Ibn Sa’ad dan al-Asqalani. Dia adalah perawi sahih.
[3] ABDULLAH BIN AL-MUBARAK BIN WADIH AL-HANZALI
AL-MARUZI (118H-181H)
عبد الله ابْنِ
الْمُبَارَكِ بن واضح الحنظلي المروزي
Seorang ulama terkenal dalam banyak tradisi ilmu,
terutama dalam bidang ilmu hadis.
Dia berasal dari Kota Moro yang kini berada dalam
wilayah Turkmenistan, dan meninggal di Hit, Iraq.
Menurut Abdul Rahman bin Abi Hatim:
سمعت أبي يقول: كان ابن المبارك ربع الدنيا بالرحلة في طلب الحديث، لم يدع
اليمن ولا مصر ولا الشام ولا الجزيرة والبصرة ولا الكوفة
“Aku dengar bapaku berkata: Ibn al-Mubarak mencari
ilmu sehingga menjelajah satu perempat dunia. Dia tidak tinggal yaman, mesir,
syam, jazirah, basrah dan kufah”
Beliau adalah murid kepada Imam Abu Hanifah dan imam
Malik. Beliau adalah Rijal kutub al-Sittah. Dan dia seorang perawi siqah lagi
sahih.
[2] MUHAMMAD BIN SUQAH AL-GHUNAWI (147H)
مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ الغنوي
Digelar ABU BAKAR AL-KUFI. Ada kata, ABU ABDILLAH. Dia
adalah salah seorang ahli qiraat, serta ahli ibadat dan pemurah.
Dia berasal dari kufah dan pernah sampai ke Mekah.
Dia tidak banyak meriwayatkan hadis. Menurut Ibn
al-Madini, dia riwayatkan dalam lingkurangan 30 lebih hadis sahaja.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi siqah
lagi sahih.
[1] ABU JAA’FAR MUHAMMAD BIN ‘ALI BIN
AL-HUSSAIN BIN ALI BIN ABI TALIB AL-HASHIMI AL-BAQIR AL-MADANI (57H-120H)
أَبو جَعْفَرٍ محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب الهاشمي الباقر
المدني
Dia dikenali dengan panggilan MUHAMMAD AL-BAQIR. Dalam
kalangan syiah Imamiyyah dan Ismailiyyah, anggap dia sebagai imam ke-5, serta
salah seorang imam ma’sum dan ahl al-Bait.
Dia digelar kalangan syiah sebagai AL-BAQIR kerana
dianggap keilmuannya luas serta terserlah. Menurut orang syiah, gelaran itu
kerana merujuk kepada satu hadis syiah berikut;
يا جابر، إنّك ستبقى حتّى تلقى ولدي محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي
طالب، المعروف في التوراة بالباقر. فإذا لقيته فأقرئه منّي السلام
“Wahai Jabir, Sesungguhnya kamu akan hidup sehingga
kamu berjumpa dengan anak cucu aku yang bernama MUHAMMAD BIN ALI BIN AL-HUSAIN
BIN ALI BIN ABI TALIB yang namanya terkenal dalam TAURAT, iaitu AL-BAQIR.
Apabila kamu berjumpa dengannya, maka sampaikan salamku kepadanya” (Muhammad
al-Risyhuri, mizan al-Hikmah, jld 1, hlm 126)
Bapanya dipanggilan dengan panggilan ALI BIN AL-HUSAIN
AL-SAJJAD dan ALI ZAINUL ABIDIN. Ibunya bernama FATIMAH BINTI AL-HASAN BIN ALI
BIN ABI TALIB.
Dilahirkan di
Madinah—dikatakan 4 tahun sebelum berlaku kejadian KARBALA (61H). Dia meninggal
di Madinah.
Dia sempat dengan
atuknya, Saidina al-Husain selama 4 tahun. Serta sempat dengan ayahnya, ALI
ZAINUL ABIDIN selama 39 tahun.
Dia berkahwin
dengan dua orang isteri, iaitu UMMU FARWAH BINTI AL-QASIM dan UMMU HAKIM BIN
ASID BIN AL-MUGHIRAH BIN AL-AKHNAS BIN SYURAIQ AL-SAQAFI.
Dia adalah siqah
dan sahih. Namun, Ahmad berpesan bahawa andai ada dakwaan mengatakan dia ambil
hadis dari UMMU SALAMAH, itu adalah dakwaan yang tidak benar.
Dia adalah Rijal
Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Dalam al-Bukhari, ada
disebut namanya secara ta’liq sahaja.
[0] ABDULLAH BIN UMAR (10SH-73H)
عبدالله ابْنَ عُمَرَ
Dia adalah anak kepada Saidina Umar bin al-Khattab
yang terkenal dengan periwayatan hadis serta kafaqihan ilmu. Dilahirkan di
Mekah dan mati di Mekah juga. Pernah sampai di beberapa negara, seperti Syam,
Iraq, Farsi, Mesir dan Afrika.
Adik beradik si ibu sebapa dengan Hafsah (isteri Nabi
saw) yang nama ibunya ZAINAB BINTI MAZ’UN.
Antara sahabat yang banyak mengeluarkan fatwa dan
banyak riwayatkan hadis.
Masuk islam semasa di mekah, bersama dengan bapanya,
Saidina Umar.
Awal terlibat perang adalah perang Khandaq yang ketika
itu berumur 15 tahun. Sebelum itu tidak berperang, kerana Nabi tidak izin
ekoran umurnya terlalu muda.
Dia meninggal pada era Hajjaj Yusuf al-Saqafi yang
Hajjaj turut menunaikan solat jenazahnya.
Dikatakan badannya agak gemuk dan kepalanya botak. Dia
suka pakai wangian. Cincinnya tertulis Namanya “Abdullah bin Umar”.
Jawatan-jawatan yang ditawarkan dan dia tolak adalah
jawatan qadhi pada era Osman dan jawatan Gabenor di Syam pada era Ali.
|
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD IBN MAJAH
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ
قَالَ: حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا بْنُ عَدِيٍّ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ، عَنْ
مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ، عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ
PENJELASAN: hadis ini adalah MAWQUF, kerana Abu Jaafar bercerita berkenaan sahabat, iaitu ABDULLAH BIN UMAR
[2] STATUS HADIS: SAHIH - MAWQUF
Hadis ini sahih
dengan alasan berikut;
[A] Semua perawi
hadis ini adalah siqah.
[B] Ibn Hibban
riwayatkan dalam sahihnya.
[C] Dianggap sahih oleh ARNAUT (Takhrij Ibn Hibban)
[D] hadis ini adalah Syawahid bagi hadis Abu
Hurairah di atas (hadis ke-1, 2
dan 3)
[1] SANAD:
أَخْبَرَنَا
الْحَسَنُ بْنُ سُفْيَانَ حَدَّثَنَا عُتْبَةُ بْنُ عبد الله اليحمدي حدثنا بن
الْمُبَارَكِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ
عُمَيْرٍ
[2] SANAD 5546:
حَدَّثَنَا
مُصْعَبُ بْنُ سَلَّامٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُوقَةَ، سَمِعْتُ أَبَا
جَعْفَرٍ يَقُولُ: كَانَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ
(Kata ARNAUT, MUS’AB BIN
SALLAM adalah doif, tetapi dia ada mutaba-ah).
SANAD
5359:
حَدَّثَنَا
خَلَفُ بْنُ الْوَلِيدِ، حَدَّثَنَا الْهُذَيْلُ بْنُ بِلَالٍ، عَنِ ابْنِ
عُبَيْدٍ، عَنْ أَبِيهِ
(Menurut
ARNAUT, Sanad ini doif kerana perawi bernama HUZAIL BIN BILAL)
[3] SANAD:
حَدَّثَنَا
إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ الصَّفَّارُ، قَالَ: حَدَّثَنَا
الْحَسَنُ بْنُ عَرَفَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ
الْفَزَارِيُّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ، عَنْ نَافِعٍ
[4] SANAD:
أَخْبَرَنَا
أَبُو عَلِيٍّ الرُّوذْبَارِيُّ , أنا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ
الْآدَمِيُّ الْقَارِيُّ بِبَغْدَادَ فِي مَسْجِدِهِ , ثنا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدِ
اللهِ صَاحِبُ النَّرْسِيِّ , ثنا شَبَابَةُ بْنُ سَوَّارٍ الْفَزَارِيُّ , ثنا
عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي سَلَمَةَ , عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ , عَنْ
نَافِعٍ , عَنِ ابْنِ عُمَرَ
[5] SANAD:
حَدَّثَنَا
يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ يَعْنِي ابْنَ حُسَيْنٍ، عَنِ
الْحَكَمِ، عَنْ مُجَاهِدٍ
[6] SANAD:
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ:
حَدَّثَنَا الْحَارِثُ بْنُ سُرَيْجٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ
نُمَيْرٍ، عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ
[7] SANAD:
حَدَّثَنَا
أَبُو الْقَاسِمِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ، قَالَ:
قَالَ الزُّبَيْرُ: - وَأَحْسِبُهُ عَنَى ابْنَ بَكَّار