|
IBN
MAJAH, HADIS NO: 15 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحِ بْنِ الْمُهَاجِرِ الْمِصْرِيُّ قَالَ:
أَنْبَأَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ، حَدَّثَهُ: أَنَّ رَجُلًا مِنَ
الْأَنْصَارِ خَاصَمَ الزُّبَيْرَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، فِي شِرَاجِ الْحَرَّةِ الَّتِي يَسْقُونَ بِهَا النَّخْلَ، فَقَالَ
الْأَنْصَارِيُّ: سَرِّحِ الْمَاءَ يَمُرُّ، فَأَبَى عَلَيْهِ، فَاخْتَصَمَا
عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اسْقِ يَا زُبَيْرُ، ثُمَّ أَرْسِلِ الْمَاءَ
إِلَى جَارِكَ» فَغَضِبَ الْأَنْصَارِيُّ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنْ
كَانَ ابْنَ عَمَّتِكَ؟ فَتَلَوَّنَ وَجْهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَالَ: «يَا زُبَيْرُ، اسْقِ، ثُمَّ احْبِسِ الْمَاءَ حَتَّى
يَرْجِعَ إِلَى الْجَدْرِ» قَالَ: فَقَالَ الزُّبَيْرُ: وَاللَّهِ، إِنِّي
لَأَحْسِبُ هَذِهِ الْآيَةَ، نَزَلَتْ فِي ذَلِكَ: {فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ
حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي
أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} [النساء: 65]
|
GAMBARAN DASAR HADIS 15 |
[1] Hadis ini sahih dan
boleh dijadikan sandaran hujah. Apatah lagi, ia turut dikeluarkan oleh
al-Bukhari dan Muslim.
[2] Hadis ini dalam bab
memuliakan Hadis Nabi saw dan bertindak keras terhadap orang yang menyalahinya.
Justeru, hadis ini menjelaskan berkenaan kisah orang munafiq pada zaman Nabi
saw yang mempertikaikan Nabi dalam membuat sesuatu keputusan penghakiman.
[3] Dalam hadis ke-14,
dijelaskan berkenaan orang yang melakukan reka cipta terhadap agama tanpa
menyandarkan amalan ibadat mereka kepada Nabi saw.
Dalam hadis ke-15 ini pula, dijelaskan berkenaan
ancaman berat kepada mereka yang tidak mahu berhukum dengan ketetapan Nabi saw.
|
SAHIH |
[4] SANAD:
|
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
|
Rasulullah (11H) |
-
Mekah -
Madinah |
-
Maksum -
Perkataan dan perbuatan |
|
6. |
Al-Zubair bin
al-Awwam (28SH – 36H) |
-
Madinah |
-
Sahabat. |
|
5. |
Abdullah bin
al-Zubair (1H – 73H) |
-
Madinah |
-
Sahabat. |
|
4. |
Urwah bin al-Zubair (23H – 92H) |
-
Madinah -
Baghdad. |
-
Siqah. |
|
3. |
Muhammad bin Muslim bin Ubaidullah bin Abdillah Ibn Shihab (50H – 123H) |
-
Hijaz -
Sham. |
-
Kutub sittah -
Siqah tinggi. |
|
2. |
Al-Lais bin Sa’ad (94H – 175H) |
-
Mesir |
-
Kutub sittah. -
Siqah. |
|
1. |
Muhammad bin Rumh bin al-Muhajir al-Misri (150H – 243H) |
-
Mesir |
-
Rijal Muslim -
Siqah tinggi |
|
|
IBN MAJAH (209H – 273H) |
|
|
[5] Hadis ini diriwayatkan
oleh AL-BUKHARI dan MUSLIM. Turut mengeluarkan hadis ini adalah ABU DAUD, AL-TARMIZI,
AL-NASAIE, AHMAD, AL-TABARI, IBN HIBBAN, AL-HAKIM, AL-BAIHAQI dan AL-BAGHAWI[1].
[6] Semua rijal hadis ini
adalah sahih. Semuanya adalah rijal kutub sittah kecuali guru MUHAMMAD BIN RUMH
BIN AL-MUHAJIR AL-MISRI sahaja[2].
[7] tiga perawinya adalah
orang madinah, dan dua orang dari mereka adalah orang Mesir.
[8] semua perawi ini
adalah penduduk Madinah kecuali MUHAMMAD BIN RUMH dan AL-LAIS sahaja[3].
|
MATAN 15 (A) |
[9] Abdullah bin Zubair
bercerita kepadanya:
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ، حَدَّثَهُ: أَنَّ رَجُلًا مِنَ
الْأَنْصَارِ خَاصَمَ الزُّبَيْرَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، فِي شِرَاجِ الْحَرَّةِ الَّتِي يَسْقُونَ بِهَا النَّخْلَ
Seorang
lelaki Ansar (dia antara yang terlibat dalam perang badar[4])
berbalah dengan al-Zubair di samping Rasulullah di Syiraj al-Harrah berkenaan
masalah pengairan air yang biasa mereka gunakan untuk menyiram pohon kurma.
[10]
perbezaan lafaz al-Bukhari (2708);
أَنَّ الزُّبَيْرَ، كَانَ يُحَدِّثُ: أَنَّهُ خَاصَمَ رَجُلًا مِنَ
الأَنْصَارِ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فِي شِرَاجٍ مِنَ الحَرَّةِ، كَانَا يَسْقِيَانِ بِهِ كِلاَهُمَا
[11]
Perkataan شراج
bermakna sungai. Perkataan الحرة pula
adalah nama tempat di Madinah. ia merujuk kepada laluan air[5].
[12]
Lelaki Ansar tersebut adalah seorang dari Bani Umayyah bin Zaid. Mereka ini
dari etnik dalam Aus[6].
Tidak diketahui secara jelas siapa orang tersebut.
Namun, IBN AL-MUQRI menyatakan dalam MUKJAMnya bahawa individu terbabit adalah HUMAID.
ABU MUSA AL-MADINI dalam “zail al-Sahabat”
berkata: bagi hadis ini banyak turuq. Aku tidak tahu ada riwayat yang menyebut
bahawa individu itu adalah HUMAID kecuali riwayat IBN AL-MUQRI sahaja[7].
Walaubagaimana pun, tidak ada seorang pun dari
kalangan sahabat Nabi yang terlibat dalam perang badar bernama HUMAID. Tambahan
pula, riwayat yang dijadikan sandaran bahawa individu itu adalah HUMAID;
riwayat tersebut tidak mempunyai sebarang syawahid[8].
Menurut QATADAH sepertimana yang diriwayatkan oleh
AL-WAHIDI bahawa lelaki Ansar itu adalah QAIS[9].
Ada pula
kata, dia adalah SABIT BIN
QAIS. SAID BIN MUSAYYIB meriwayatkan bahawa dia adalah HATIB BIN ABI BALTA’AH. Ada
pula kata, SA’LABAH BIN HATIB[10].
Dalam komentar AL-DAUDI, ABU ISHAQ AL-ZAJJAJ dan
sebagainya; Mereka mendakwa, individu yang berbalah dengan AL-ZUBAIR itu adalah
MUNAFIQ[11].
Adapun dalam matan menyebut LELAKI ANSAR itu,
AL-QURTUBI menyatakan bahawa itu adalah dilihat dari sudut penisbahan sebagai
penduduk Madinah, bukan penisbahan dari sudut status agama[12].
|
MATAN 15 (B) |
فَقَالَ الْأَنْصَارِيُّ:
سَرِّحِ الْمَاءَ يَمُرُّ
Orang
Ansar itu berkata (kepada al-Zubair): Biarkan air mengalir di situ.
[13]
Orang ansar itu berkata begitu kerana sebelum air mengalir ke tanahnya, air itu
mengalir di tanah kepunyaan al-Zubair terlebih dahulu. Al-Zubair pula
menghalang air terbabit dari terus mengalir ke tanah Ansar terbabit kecuali
selepas air itu digunakan di tempatnya terlebih dahulu[13].
|
MATAN 15 (C) |
فَأَبَى عَلَيْهِ، فَاخْتَصَمَا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Al-Zubair
tidak pedulikannya. Maka terjadilah perbahalahan di antara keduanya di hadapan
Rasulullah.
فَقَالَ: رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اسْقِ يَا
زُبَيْرُ، ثُمَّ أَرْسِلِ الْمَاءَ إِلَى جَارِكَ
Maka Rasulullah pun bersabda: siramilah (kebunmu)
wahai Zubair. Kemudian, alirkan air tersebut untuk tetanggamu
فَغَضِبَ الْأَنْصَارِيُّ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنْ كَانَ ابْنَ
عَمَّتِكَ؟
Orang
Ansar tersebut marah seraya berkata: "Ya Rasulullah, apakah kerana dia
anak kepada ibu saudaramu?"
[14]
Lelaki Ansar itu marah kerana dia mahu air itu terus dialirkan kepada tanahnya
tanpa digunakan oleh Al-Zubair terlebih dahulu[14].
[15]
Dalam riwayat ABDUL RAHMAN BIN ISHAQ, digunakan lafaz[15];
اعدل يا رسول الله, وان كان ابن عمتك
[16]
Disebut ابن عمتك (anak
kepada ibu saudara kamu) kerana ibu kepada al-Zubair bin al-awwam adalah
SOFIYAH BINTI ABD AL-MUTTALIB yang ia adalah Ibu saudara Nabi, iaitu adik
beradik dengan ABDULLAH BIN ABD AL-MUTTALIB[16].
|
MATAN 15 (D) |
فَتَلَوَّنَ وَجْهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Berubahlah
warna wajah Rasulullah.
[17]
Wajah nabi saw berubah warna adalah kinayah bahawa Nabi saw marah kerana tidak
menghormati status Nabi dan buruk perkataan tersebut terhadap Nabi[17].
Dalam riwayat ABDUL RAHMAN BIN ISHAQ ada
penambahan matan;
حتي عرفنا ان قد ساءه ما قال
“Hingga
kami tahu bahawa telah buruk apa yang dia perkatakan[18]”
[18] Dalam
hadis hanya menyebut bahawa warna wajah nabi berubah. Nabi tidak bertindak
keras terhadap lelaki ansar terbabit. Hal ini kerana, dalam al-Quran ada
menyebut bahawa sikap terhadap orang yang jahil itu adalah tidak mempedulikan
kepada mereka. Firman Allah;
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (199)
– الأعراف
Terimalah
apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta
berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan
kejahilannya).
فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ (85) – الحجر
oleh
itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta
layanlah mereka dengan cara yang elok.
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا
وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا (63) – الفرقان
Dan
hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di
bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab,
hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat
dari perkara yang tidak diingini
وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَى خَائِنَةٍ مِنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا
مِنْهُمْ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (13) - المائدة
Oleh
itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan,
kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik
amalannya
|
HADIS 15 (E) |
ثُمَّ قَالَ: يَا
زُبَيْرُ، اسْقِ، ثُمَّ احْبِسِ الْمَاءَ حَتَّى يَرْجِعَ إِلَى الْجَدْرِ
Kemudian
baginda bersabda: Wahai Zubair, siramilah (kebunmu). Kemudian, tahan airnya sehingga
kembali ke tahap buku lali.
[19]
Dalam hadis ini, dijelaskan bahawa Nabi saw mengubah keputusan penghakimannya;
iaitu dari menyuruh al-Zubair menggunakan air terlebih dahulu, baru alirkan air
kepada jirannya; kepada keizinan kadar halang air kadar setinggi buku lali
sahaja.
Justeru, AL-KHATTABI menjadikan hadis ini sebagai
dalil bahawa hakim boleh memfasakhkan keputusan pertama untuk beralih kepada
hukum yang baru[19].
|
MATAN 15 (F) |
قَالَ: فَقَالَ الزُّبَيْرُ: وَاللَّهِ، إِنِّي لَأَحْسِبُ هَذِهِ
الْآيَةَ، نَزَلَتْ فِي ذَلِكَ: {فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى
يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ
حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} [النساء: 65]
Berkata
(perawi: Abdullah bin Zubair); al-Zubair berkata: Demi Allah aku mengira bahawa
ayat ini turun dalam kejadian tersebut: "Maka demi Tuhan-mu, mereka tidak
beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka
terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya."
[20] Menurut
MUJAHID dan AL-SYA’BU bahawa ayat ini ada kaitan dengan ayat sebelumnya, iaitu
bermula dari ayat ke-60, Surah al-Nisa’;
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ
إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى
الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ
يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا (60) – النساء
Tidakkah
engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa
bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan
kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka
hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur
ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka
dengan kesesatan yang amat jauh.
Ishaq Bin Rahaweh dalam kitab tafsirnya menyebut
dengan sanad yang sahih; daripada al-Sya’bi yang berkata: asalnya ada seorang
lelaki Yahudi dan berbalah dengan seorang Munafiq. Si Yahudi itu mengajak agar
mereka berhukum kepada Nabi saw kerana dia mengetahui bahawa Nabi saw tidak
makan rasuah.
Dengan sebab itu, Orang munafik mengajak si Yahudi
itu berhukum dengan orang-orang yahudi sendiri. Hal ini kerana, dia tahu bahawa
orang yahudi makan rasuah dalam berhukum[20].
Menurut IBN ABBAS, hakim orang yahudi ketika itu
bernama ABU BARZAH AL-ASLAMI yang dia belum memeluk islam lagi. Namun, MUJAHID
kata, hakim dari yahudi itu bernama KAAB BIN AL-ASYRAF[21].
|
BIOGRAFI
PERAWI 15 |
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحِ بْنِ
الْمُهَاجِرِ الْمِصْرِيُّ
[]MUHAMMAD
BIN RUMH BIN AL-MUHAJIR BIN AL-MUHARRIR BIN SALIM AL-TUJIBIY AL-MISRI[22] @ ABU
ABDILLAH AL-MISRI[23] (150H - 243H[24])
[]
MUHAMMAD BIN WADHDHAH kata, aku berjumpa dengannya di Mesir. Dia seorang guru
yang hebat[25].
[]
KOMENTAR POSITIF;
A.
Rijal Muslim dan Ibn Majah.
B.
IBN AL-JUNAID berkata, dia lebih
siqah berbanding IBN RUGHBAH[26].
C.
ABU DAUD kata, dia siqah[27]. Aku tidak tulis sedikit pun darinya[28].
D.
NASAIE kata, dia tidak silap
walaupun satu hadis[29]. kalau dia tulis dari Malik, pasti sabat pada
tabaqat pertama dari kalangan sahabat[30].
E.
IBN MAKUL kata, dia siqah ma’mun[31].
F.
IBN YUNUS kata, dia siqah, sabat
dalam hadis. dia orang yang amat tahu berkenaan berita-berita tentang
negaranya. Apabila dia datang ke sesuatu rumah, dia pasti tahu penduduk negara
itu baik dari asalnya[32].
G.
IBN AL-SUM’ANI kata dalam
AL-ANSAB bahawa AL-BUKHARI ambil riwayat darinya[33].
H.
MASLAMAH kata, aku ambil hadis
darinya bukan satu. Dia siqah[34].
I.
IBN HIBBAN letak dalam senarai
AL-SIQAT[35].
J.
AL-TAQRIB kata, dia siqah sabat[36].
قَالَ:
أَنْبَأَنَا اللَّيْثُ بْنُ
سَعْدٍ
[]
AL-LAIS BIN SAAD BIN ABDUL RAHMAN AL-FAHMIY @ ABU AL-HARIS AL-IMAM AL-MISRIY
(94H-175H[37])
[]
Ada dakwaan mengatakan bahawa dari sudut keturunan bahawa dia berasal dari
ASBAHAN. Namun, IBN YUNUS kata, tidak benar dakwaan tersebut. Dia dilahirkan di
QARSYANDAH yang tidak jauh dengan AL-FUSTOT (mesir) [38].
[]
Imam Syafie kata, al-Lais lebih faqih berbanding imam Malik. Hanya kerana,
murid-murid al-Lais tidak menyebarkannya sahaja[39]. Menurut AMIN AL-HARARI bahawa IBN BUKAIR juga
mengatakan perkara yang sama[40].
[]
HARMALAH kata, aku dengar Imam Syafie kata: al-Lais amat ikuti atsar dari Malik[41].
[]
ABU ZUR’AH kata: aku dengar Ibn Bukair kata: al-Lais lebih faqih berbanding
Malik. Tetapi, penghormatan itu diberikan kepada Imam malik[42].
[]
QUTAIBAH BIN SAID cerita bahawa MANSUR BIN AMMAR datang kepada al-Lais. Dia
hantarkan kepadanya 1 ribu dinar. Rumah Ibn Lahi’ah terbakar. Al-Lais pun bagi
wang 1 ribu dinar itu kepada Ibn Lahi’ah[43].
[]
ABDULLAH BIN SOLEH berkata: aku berkawan dengan al-Lais selama 20 tahun. Tidak
pernah makan malam dan siang kecuali pasti bersama orang ramai[44].
[]
KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[45].
B.
Dianggap siqah oleh NASAIE[46].
C.
IBN SAAD kata, dia sebuk dengan
fatwa pada zamannya. Dia siqah dan banyak riwayat hadis yang sahih[47].
D.
AHMAD (murid: AHMAD BIN SAAD
AL-ZUHRI) kata, dia siqah sabat. Di tempat lain (murid: HAMBAL), lais lebih aku
suka berbanding apa yang diriwayatkan dari AL-MAQBURI[48]. Di tempat ,ain (murid: ABDULLAH BIN AHMAD BIN
HANBAL) kata, dia orang yang paling sahih riwayatkan hadis dari AL-MAQBURI,
kerana dapat dibezakan antara dia ambil dari Abu Hurairah dari dia ambil dari
BAPANYA yang ambil dari ABU HURAIRAH[49].
E.
IBN AL-MADINI kata, dia siqah
sabat[50].
F.
IJLI kata, dia penduduk mesir
yang siqah[51].
G.
AL-TAQRIB kata, dia siqah, sabat,
faqih, imam masyhur[52].
عَنِ ابْنِ شِهَابٍ
[]
MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN SHIHAB BIN ABDILLAH BIN
AL-HARIS BIN ZUHRAH BIN KILAB BIN MURRAH AL-QURASHI AL-ZUHRI @ ABU BAKAR
AL-MADINI AL-FAQIH AL-HAFIZ. (50H[53] – 123H[54])
[]
dia alim Hijaz dan Syam. Disepakati kehebatan dan ketekunannya dalam ilmu[55].
[]
KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[56].
B.
IBN SAAD kata, dia siqah, banyak
riwayatkan hadis, berilmu dan faqih[57].
C.
ABU AL-ZINAD kata, kami tulis
perkara halal dan haram. Ibn Shihab juga tulis setiap kali dia dengar. apabila
diminta dia kemukakan hujah, baru aku tahu bahawa dia orang yang teramat alim[58].
عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ
[]
URWAH BIN AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM BIN KHUWAILID BIN ASAD BIN ABD AL-UZZA BIN
QUSOI AL-ASADIY @ ABU ABDULLAH AL-MADANI[59]. (23H –
92H[60])
[]
Dia dilahirkan di akhir pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab. Menurut IBN AL-MADINI, urwah meninggal pada
tahun 92 hijrah[61]. Menurut MUS’AB dan AL-ZUBAIR BIN BUKAIR bahawa
urwah meninggal ketika umurnya 67 tahun[62].
[]
IBN SYAWZAB kata, dia selalu ¼ Quran sambil melihat mashaf. Kemudian dia bangun
malam[63].
[]
KOMENTAR POSITIF;
A.
IBN SAAD kata, dia siqah dan
banyak riwayatkan hadis. dia faqih, alim, sabat dan ma’mun[64].
B.
IJLI kata, dia tabiin siqah. Dia
lelaki soleh. Tidak ada sebarang fitnah pun[65].
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ
[]
ABDULLAH BIN AL-ZUBAIR (1H-73H)
[]
dia adalah anak kepada Asma’ binti Abi Bakar al-Siddiq[66].
[]
Dia dilahirkan pada tahun hijrah. Dia hafaz hadis dari Nabi saw dalam keadaan
dia masih kecil lagi[67].
[]
dia adalah muhajirin yang pertama dilahirkan selepas hijrah. Dia ditahnihkan
oleh Nabi dan nabi berikan namanya[68]
[]
Jumhur ulama kata, dia dibunuh selepas kepungan al-Hajjaj lakukan pada jamadil
awal tahun 73 hijrah[69]. Kejadian itu berlaku di Mekah[70].
الزبير بن العوام
[] AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM (28SH-36H)
[]
Dia adalah sepupu Nabi, iaitu ibunya bernama SOFIYAH BINTI ABDUL MUTTALIB
adalah adik beradik dengan ABDULLAH. Dia juga anak saudara kepada KHADIJAH
BINTI KHUWAILID, iaitu AL-AWWAM itu adalah adik kepada KHADIJAH.
[]
Dia adalah suami kepada Asma’ binti Abi Bakar. Bermakna, dia adalah menantu
kepada Abu Bakar al-Siddiq.
[]
Dia memeluk Islam ketika umurnya 16 tahun. Ada kata, 12 tahun. Ada kata, 8
tahun. Ada dakwaan mengatakan, dia adalah orang yang ke-4 atau ke-5 yang
terawal memeluk islam, iaitu ketika dakwah islam dilakukan secara sir dan orang
Islam selalu berhimpun di rumah al-Arqam bin al-Arqam. Dia Islam di tangan Abu
Bakar al-Siddiq.
[]
Dia turut sama berhijrah ke Habsyah. Tetapi, dia tidak duduk lama di situ.
Selepas itu, dia berkahwin dengan Asma’ binti Abi Bakar. Kemudian, dia pun
berhijrah ke Madinah.
[]
tidak lama sampai di madinah, Asma’ melahirkan anaknya yang bernama ABDULLAH
BIN AL-ZUBAIR.
[]
Dia terlibat semua perang yang melibatkan Nabi saw. Dia adalah panglima perang
paling kanan dalam perang badar. Semasa sampai di Mekah dalam sejarah Fath
Mekah, dia salah seorang dari tiga orang pemegang bendera Muhajiirin.
Di
era Umar jadi Khalifah, Umar suruh dia terlibat bersama Amru untuk membantu
dalam usaha Fath Mesir.
[]
Selepas kematian Saidina Osman, dia keluar ke Basrah untuk menuntut bela
kematian Saidina Osman. Dia terbunuh dalam perang jamal. Dibunuh oleh AMRU BIN
JARMUZ. Kejadian itu berlaku pada bulan RAJAB tahun 36 Hijrah. Ketika itu,
umurnya 64 tahun.
[]
keluarganya:
a.
Bapanya:
al-Zubair bin al-Awwam.
b.
Ibunya:
Sofiyah binti Abdul Muttalib.
c.
Adik
beradik:
a.
Al-Saib
bin al-Awwam (ibu: Sofiyah)
b.
Abdul
Rahman bin al-Awwam (ibu: Ummu al-Khair Umaymah)
c.
Abdullah
bin al-Awwam (ibu: Ummu al-Khair Umaymah).
d.
Abd
al-Kaabah bin al-Awwam (ibu: Sofiyah)
e.
Ummu
Habibah binti al-Awwam (ibu: Sofiyah)
f.
Zainab
binti al-Awwam
g.
Hindun
binti al-Awwam
h.
Ummu
al-Saib binti al-Awwam.
[]
Dia digelar dengan الحواري لرسول الله kerana dalam hadis—daripada Jabir bin Abdillah berkata bahawa
Nabi saw bersabda:
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ
يَأْتِينِي بِخَبَرِ القَوْمِ يَوْمَ الأَحْزَابِ؟» قَالَ الزُّبَيْرُ: أَنَا،
ثُمَّ قَالَ: «مَنْ يَأْتِينِي بِخَبَرِ القَوْمِ؟» ، قَالَ الزُّبَيْرُ: أَنَا،
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ
حَوَارِيًّا وَحَوَارِيَّ الزُّبَيْرُ» - البخاري, 2846
Siapakah yang datang kepadaku membawa berita kaumnya
pada hari Ahzab? Jawab al-Zubair: aku. Kemudian Nabi saw bertanya lagi:
siapakah yang membawakan berita kaumnya kepadaku? Jawab al-Zubair: aku. Nabi
saw pun berkata: Sesungguhnya bagi setiap Nabi itu ada hawari. Dan hawari aku
adalah al-Zubair
[]
Semasa Saidina Umar dekat dengan saat kematian, beliau ada mencadangkan 6 calon
khalifah. Salah seorangnya adalah AL-ZUBAIR.
[1] Masyariq:1/238
[2] Masyariq:1/227
[3] Masyariq:1/227
[4] Tambahan matan dalam riwayat SYUAIB. (masyariq:1/229)
[5] mursyid:1/94
[6] Sepertimana dalam riwayat Abdul Rahman bin Ishaq,
dari al-Zuhri di sisi al-Tabari (masyariq:1/229)
[7] masyariq:1/229
[8] masyariq:1/229
[9] Masyariq:1/237
[10] Mursyid:1/94
[11] Masyariq:1/230 | raid:1/60
[12] Masyariq:1/230
[13] Masyariq:1/231
[14] Masyariq:1/234
[15] Masyariq:1/232
[16] Masyariq:1/232
[17] Masyariq:1/233
[18] Masyariq:1/233
[19] Masyariq:1/240
[20] Masyariq:1/237
[21] Masyariq:1/237
[22] Masyariq:1/221
[23] Mursyid:1/93
[24] Al-Bukhari dan Ibn QUDAID kata, dia mati tahun 242.
(Masyariq:1/222 | mursyid:1/93)
[25] Masyariq:1/222
[26] Masyariq:1/222
[27] Mursyid:1/93
[28] Masyariq:1/221
[29] Mursyid:1/93
[30] Masyariq:1/222
[31] Masyariq:1/222
[32] Masyariq:1/222
[33] Masyariq:1/222
[34] Masyariq:1/222
[35] Masyariq:1/222
[36] Mursyid:1/93
[37] berdasarkan riwayat IBN BUKAIR (Masyariq:1/224 |
Mursyid:1/93)
[38] Masyariq:1/222
[39] masyariq:1/223
[40] Mursyid:1/93
[41] masyariq:1/223
[42] masyariq:1/223
[43] masyariq:1/223
[44] masyariq:1/223
[45] masyariq:1/223
[46] Masyariq:1/222
[47] Masyariq:1/222
[48] Masyariq:1/222
[49] Masyariq:1/222
[50] Masyariq:1/222
[51] Masyariq:1/222
[52] Mursyid:1/93
[53] Ada kata tahun 51 hijrah. Yahya bin Bukair kata,
tahun 56 hijrah. Al-Waqidi kata, tahun 58 hijrah. (masyariq:1/225)
[54] Al-Qattan kata, tahun 123-124 hijrah. ABU UBAIDAH,
IBN AL-MADINI, AMRU BIN ALI, akhir tahun 124 hijrah. Ibn Yunus kata, dia mati
pada tahun 125 hijrah. (masyariq:1/2250
[55] Masyariq:1/224
[56] Masyariq:1/225
[57] Masyariq:1/224
[58] Masyariq:1/224
[59] Masyariq:1/225
[60] AMIN AL-HARARI kata, dia meninggal tahun 94
hijrah. (mursyid:1/93)
[61] Masyariq:1/226
[62] Masyariq:1/227
[63] Masyariq:1/226
[64] Masyariq:1/226
[65] Masyariq:1/226
[66] Masyariq:1/227
[67] Masyariq:1/227
[68] Masyariq:1/227
[69] Masyariq:1/227
[70] mursyid:1/93
No comments:
Post a Comment