|
IBN
MAJAH, HADIS NO: 16 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى النَّيْسَابُورِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا
عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ
سَالِمٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: «لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ أَنْ يُصَلِّينَ فِي الْمَسْجِدِ» فَقَالَ
ابْنٌ لَهُ: إِنَّا لَنَمْنَعُهُنَّ، فَقَالَ: فَغَضِبَ غَضَبًا شَدِيدًا،
وَقَالَ: أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وتقولُ: إِنَّا لَنَمْنَعُهُنَّ؟
|
GAMBARAN DASAR HADIS 16 |
[1] Hadis ini sahih dan
boleh dijadikan hujah.
[2] Hadis ini dalam bab
memuliakan hadis Nabi dan bertindak keras terhadap yang menyanggahi hadis.
Justeru, IBN MAJAH bawakan hadis ini untuk menggambarkan kemarahan Ibn Umar
terhadap anaknya yang menyanggahi keizinan yang Nabi berikan kepada perempuan
untuk tunaikan solat jemaah di masjid[1].
[3] Hadis ini menjelaskan
berkenaan;
(a)
Keizinan perempuan menunaikan
solat jemaah di masjid.
(b)
Suami yang diminta
izin oleh suami untuk solat jemaah hendaklah memberi izin.
(c)
Ibn Umar marah kepada
anaknya yang mahu menyalahi hadis Nabi.
|
SAHIH |
[4] SANAD
|
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
|
Rasulullah (11H) |
-
Mekah -
Madinah |
-
Maksum -
Perkataan |
|
6. |
Abdullah bin
Umar (10SH – 73H) |
-
Mekah -
Madinah -
Syam -
Iraq -
Farsi -
Mesir -
Afrika. |
-
Sahabat. |
|
5. |
Salim bin
Abdillah bin Umar (106H) |
-
Madinah -
Mekah -
Syam. |
-
Fuqaha’ 7 -
Kutub sittah -
Siqah tinggi. |
|
4. |
Ibn Syibab
al-Zuhri (50H – 123H)[2] |
-
Madinah -
Syaghab -
Hijaz -
Syam |
-
Kutub sittah. -
Siqah tinggi |
|
3. |
Ma’mar bin
Rashid al-Azdi (95H – 153H) |
-
Basrah -
Yaman. |
-
Kutub Sittah -
Siqah tinggi. |
|
2. |
Abd
al-Razzaq bin Hammam (126H – 211H) |
-
Yaman. |
-
Kutub sittah -
Siqah pertengahan. |
|
1. |
Muhammad bin
Yahya al-Naisaburi (166H – 252H) |
-
Asbahan -
Ray -
Naisabur -
Madinah -
Mekah -
Wasit -
Baghdad -
Basrah -
Yaman -
Hijaz -
Mesir -
Syam -
Khurasan |
-
Bukhari dan Sunan -
Siqah tinggi |
|
|
IBN MAJAH (209H – 273H) |
|
|
[5] Semua rijalnya adalah
al-Jamaah kecuali MUHAMMAD BIN YAHYA AL-NAISABURI. Imam Muslim tidak keluarkan
hadisnya[3].
[6] AL-AMIN AL-HARARI—SAHIH
-
Semua rijalnya siqah[4].
-
Hadis ini sebagai ISTISYHAD
bagi hadis-hadis sebelum ini.
|
MATAN 16 (A) |
[7] Daripada Ibn Umar,
sesunggunnya Rasulullah saw bersabda:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: «لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ أَنْ يُصَلِّينَ فِي الْمَسْجِدِ»
“Janganlah kamu melarang hamba perempuan dari solat
di masjid-masjid”
[8] perkataan إِمَاءَ adalah
kata jamak dari kata امة (baca:
amah), iaitu hamba perempuan[5].
Namun, dalam syarah al-Amin al-Harari, maksud dengan hadis ini adalah para
isteri[6].
[9] Walaupun dalam matan hadis ini menyebut “di
masjid-masjid”, tetapi AL-AMIN AL-HARARI menyatakan, termasuk juga di tempat
yang bukan masjid[7].
|
MATAN
16 (B) |
فَقَالَ ابْنٌ لَهُ: إِنَّا لَنَمْنَعُهُنَّ
Anaknya berkata: "kami pasti akan melarang
mereka juga"
[10] Siapa anak Ibn umar dalam hadis ini?
a.
Ada
kata, Bilal. Sepertimana yang dikeluarkan oleh Muslim (422[8]);
daripada Bilal bin Abdillah bin Umar bahawa Ibn Umar berkata, Rasulullah saw
berkata:
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ
يَزِيدَ الْمُقْرِئُ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ يَعْنِي ابْنَ أَبِي أَيُّوبَ،
حَدَّثَنَا كَعْبُ بْنُ عَلْقَمَةَ، عَنْ بِلَالِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ،
عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا
تَمْنَعُوا النِّسَاءَ حُظُوظَهُنَّ مِنَ الْمَسَاجِدِ، إِذَا اسْتَأْذَنُوكُمْ»
فَقَالَ بِلَالٌ: وَاللهِ، لَنَمْنَعُهُنَّ. فَقَالَ لَهُ عَبْدُ اللهِ: "
أَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَقُولُ أَنْتَ:
لَنَمْنَعُهُنَّ "
Kamu
jangan halang hak-hak perempuan dari masjid, apabila mereka meminta izin dari
kamu. BILAL berkata: Demi Allah, kami pasti halang mereka juga. Abdullah pun
berkata kepadanya: Aku berkata: Rasulullah saw bersabda, sedangkan kamu boleh pula
kata: pasti kami akan menghalang mereka
b.
Ada
pula kata, Waqid. Sepertimana yang dikeluarkan oleh Muslim (442) seperti
berikut;
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: «ائْذَنُوا لِلنِّسَاءِ بِاللَّيْلِ إِلَى الْمَسَاجِدِ» فَقَالَ ابْنٌ
لَهُ: يُقَالُ لَهُ وَاقِدٌ: إِذَنْ يَتَّخِذْنَهُ دَغَلًا. قَالَ: فَضَرَبَ فِي
صَدْرِهِ وَقَالَ: أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، وَتَقُولُ: لَا- مسلم 442[9]
Jangan kamu halang perempuan ke
masjid pada waktu malam. Berkata anak Ibn Umar yang orang panggil dengan Waqid:
Kalau macam itu, mereka akan jadikan peluang (untuk buat kejahatan). Berkata (perawi):
Ibn Umar menepuk dada anaknya dan berkata: Aku memberitahu kamu ini adalah dari
Rasulullah saw, dan kamu pula boleh kata: tidak?”
Menurut AL-HAFIZ, yang rajih dalam konteks kisah
ini adalah BILAL. Adapun WAQID kemungkinan ia adalah nama kedua bagi BILAL.
Apatah lagi, disebutkan nama itu dalam bentuk yang tidak jelas, iaitu apabila
disebut يُقَالُ لَهُ وَاقِدٌ
[11] Anak
Ibn Umar mahu melarang juga kerana mereka bimbang fitnah yang bakal menimpa
kepada para perempuan tersebut[10].
|
MATAN 16
(C) |
فَقَالَ: فَغَضِبَ غَضَبًا شَدِيدًا، وَقَالَ: أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وتقولُ: إِنَّا لَنَمْنَعُهُنَّ؟
Kata (perawi, iaitu Salim bin Abdillah bin Umar[11]): Ibnu
Umar pun teramat marah seraya berkata: Aku bacakan kepada kamu hadis
Rasulullah, namun kamu boleh kata: kami pasti akan melarang mereka?
[12] Ibn Umar marah kerana tindakan dari anaknya
itu amat jelas menyanggahi hadis Nabi saw[12].
[13] Menurut AL-SINDI, ada riwayat menyatakan
bahawa dari kejadian itu, Ibn Umar mencela anaknya dan tidak bercakap dengannya
sampai dia meninggal dunia[13].
PEREMPUAN HADIR SOLAT JEMAAH
[14] Hadis ini adalah dalil, tidak salah perempuan
menunaikan solat jemaah di Masjid[14],
walaupun ia solat pada waktu malam. Dalam hadis, ada disebutkan bahawa para
perempuan menunaikan solat subun berjemaah dengan Nabi saw;
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «إِنْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُصَلِّي الصُّبْحَ،
فَيَنْصَرِفُ النِّسَاءُ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ، مَا يُعْرَفْنَ مِنَ
الغَلَسِ» - البخاري, 866
Aisyah berkata: Jika Rasulullah menunaikan solat
subuh, para perempuan pun beralih pergi dengan menutup wajah mereka—tidak ada
seorang pun mengenali mereka disebabkan terlalu gelap.
Begitujuga hadis bahawa Nabi ringankan solat kerana
dengar bayi menangis semasa solat jemaah. Dalam hadis—daripada Abu Qatadah al-Ansari
bahawa Rasulullah saw bersabda;
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الأَنْصَارِيِّ
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنِّي لَأَقُومُ
إِلَى الصَّلاَةِ وَأَنَا أُرِيدُ أَنْ أُطَوِّلَ فِيهَا، فَأَسْمَعُ بُكَاءَ
الصَّبِيِّ، فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلاَتِي كَرَاهِيَةَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمِّهِ»
- البخاري 868
Rasulullah saw bersabda: Aku menunaikan solat dan aku
mahu memanjangkan solatku itu. namun aku dengar kanak-kanak menangis. Aku pun
ringankan solatku kerana tidak suka menyusahkan pada ibunya.
Namun,
keizinan itu terikat kepada syarat-syarat berikut;
(1)
Apabila dalam hadis ini menyuruh agar para suami
izinkan kepada isteri solat di masjid pada waktu malam, al-Imam al-Nawawi kata
bahawa perempuan tidak boleh keluar dari rumah kecuali mendapat izin dari suami
mereka terlebih dahulu[15].
Dailnya adalah hadis
dalam sahih al-Bukhari—daripada Ibn Umar
berkata:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا
اسْتَأْذَنَكُمْ نِسَاؤُكُمْ بِاللَّيْلِ إِلَى المَسْجِدِ، فَأْذَنُوا لَهُنَّ» -
البخاري, 865
Nabi saw bersabda: Apabila perempuan kamu minta izin
dari kamu ke masjid pada waktu malam, maka berilah izin kepada mereka.
(2)
Hindari
memakai bauan yang menarik perhatian lelaki. Dalam hadis ada menyebut larangan
memakai bauan wangi[16].
Daripada Zainab bahawa Rasulullah ada berkata kepada kaum wanita:
عَنْ زَيْنَبَ، امْرَأَةِ عَبْدِ اللهِ، قَالَتْ: قَالَ لَنَا رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ
فَلَا تَمَسَّ طِيبًا» - مسلم 443
Apabila salah seorang kamu
(perempuan) hadir ke masjid, maka jangan dia pakai wangian
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: «أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا
الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ» - مسلم 444
Mana-mana perempuan yang telah
tersentuhkan Bakhur, maka dia jangan hadir solat isyak akhir bersama dengan
kami
(3)
Terhindar
dari fitnah[17].
Dalam hadis—daripada Aisyah berkata:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهَا، قَالَتْ: «لَوْ أَدْرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ بَنِي
إِسْرَائِيلَ» قُلْتُ لِعَمْرَةَ: أَوَمُنِعْنَ؟ قَالَتْ: نَعَمْ
Andai Rasulullah saw dapat tahu apa yang berlaku pada
perempuan, sudah pasti baginda akan melarang mereka sepertimana perempuan bani
Israel dihalang. Aku (Aisyah) berkata kepada ‘Amrah: apakah perempuan itu
dilarang? Jawab ‘Amrah: Ya.
Ibn rajab al-Hanbali kat, hadis Aisyah ini
memberikan isyarat bahawa pada zaman nabi saw bahawa baginda membenarkan para
perempuan solat berjemaah kerana ketika itu belum lagi timbul sebarang fitnah
terhadap wanita. Namun, selepas itu berlaku fitnah, maka Aisyah lebih bersikap
tidak bersetuju para perempuan solat Jemaah di masjid[18].
[15] Sunnah atau tidak?;
a.
Muhammad
bin Jarir al-Tabari kata, hukumnya hanya harus, bukan sunat. Ia umum kepada
semua perempuan, sama ada tua atau muda. Dalilnya adalah kerana dalam hadis
lain ada menyebut;
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: «لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمُ الْمَسَاجِدَ، وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ
لَهُنَّ»- ابو داود 567
Jangan kamu halang
perempuan-perempuan kamu dari hadir ke masjid. dan rumah mereka lebih baik
untuk mereka[19]
b.
Waliyuddin
mengatakan, keharusan itu kepada perempuan tua[20]. ini
juga pendapat pendapat
Malik, al-Syafie, Abu Yusuf, Muhammad serta satu kalangan ulama mazhab Hanbali[21]. Pendapat ini kelihatan
bercanggah dengan hadis—daripada Ibn Abbas berkata:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: كَانَتْ امْرَأَةٌ تُصَلِّي خَلْفَ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَسْنَاءَ مِنْ أَحْسَنِ النَّاسِ،
فَكَانَ بَعْضُ القَوْمِ يَتَقَدَّمُ حَتَّى يَكُونَ فِي الصَّفِّ الأَوَّلِ
لِئَلَّا يَرَاهَا، وَيَسْتَأْخِرُ بَعْضُهُمْ حَتَّى يَكُونَ فِي الصَّفِّ
المُؤَخَّرِ، فَإِذَا رَكَعَ نَظَرَ مِنْ تَحْتِ إِبْطَيْهِ, فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى {وَلَقَدْ عَلِمْنَا المُسْتَقْدِمِينَ
مِنْكُمْ وَلَقَدْ عَلِمْنَا المُسْتَأْخِرِينَ} [الحجر: 24] – الترمذي 3122
Dahulu
ada seorang wanita cantik yang solat di belakang Rasulullah, ia termasuk
manusia paling rupawan, lalu sebahagian orang maju sehingga sampai Saf pertama
agar tidak melihatnya dan sebahagian lainnya mundur hingga berada di saf
terakhir. Apabila ruku’, dia melihat dari bawah kedua ketiaknya. Lalu Allah
menurunkan: "Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang
terdahulu daripada-mu dan sesungguhnya Kami mengetahui pula orang-orang yang
terkemudian (daripadamu)"
Menurut
Ali bin Adam, hadis ini menjelaskan bahawa ada perempuan cantik menunaikan
solat di masjid. dia tidak dihalang. Celaan itu hanya kepada orang yang melihat
kepada perempuan terbabit[22].
[16] Suami tidak patut melarang perempuan dari
hadir ke masjid apabila mereka minta izin serta cukup syarat-syaratnya[23].
Dalam
hadis al-Bukhari (hadis no: 865) di atas dinyatakan bahawa apabila para isteri
minta izin mahu ke masjid, Nabi kata:
فَأْذَنُوا
لَهُنَّ
“hendaklah kamu memberi izin kepada mereka”
Suruhan Nabi terhadap lelaki agar izinkan
isteri mereka ke masjid, bukan suruhan wajib. Kalau wajib, sudah pasti tidak
ada unsur pilihan kepada lelaki untuk izin atau tidak. Namun, dalam hadis ini
ada maksud pilihan bagi suami.
|
BIOGRAFI
PERAWI 16 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ يَحْيَى النَّيْسَابُورِيُّ
[] MUHAMMAD BIN YAHYA BIN
ABDILLAH BIN KHALID BIN FARIS BIN ZUAIB ذئيب AL-ZUHLI الذهلي @ ABU
ABDILLAH AL-NAISABURI[24]
(166H[25]
-252H[26])
[] Dia pernah sampai ASBAHAN,
AL-RAY, NISABUR, MADINAH, MEKAH, WASIT, BAGHDAD, BASRAH, YAMAN, HIJAZ, MESIR
dan SYAM dan dia berakhir mencari ilmu dan meninggal di Khurasan.
[] Ulama berbeza pendapat
berkenaan tarikh matinya. Ibn Qani’ kata, 252 hijrah; ada pula kata, 256
hijrah; Abu Bakar bin Ziyad kata, 257 hijrah. Abu Hamid bin al-Syarqi dan Abu Abdillah
bin al-Akhram kata, 258 hijrah. Menurut AL-KHATIB, telah sampai maklumat
kepadaku bahawa dia meninggal ketika umurnya 86 tahun[27].
[] MUHAMMAD BIN SAHL BIN ‘ASKAR
kata: kami bersama Ahmad bin Hanbal. Tiba-tiba AL-ZUHLI masuk. Ahmad pun
berdiri kepadanya. Ramai manusia di situ kaguminya. Kemudian Ahmad berkata
kepada anak-anak dan murid-muridnya: Pergilah belajar hadis dengan Abu
Abdillah. Dan tulislah hadis darinya[28].
[] Ibn Abi Hatim berkata: aku
dengar bapaku berkata: Muhammad bin Yahya adalah Imam pada zamannya. Bapaku
tulis hadinya di Ray (Iran)[29].
[] AL-JUZAJANI ada bercerita: aku
berjumpa dengan AHMAD BIN HANBAL. Dia berkata: apakah kamu mahu pergi Basrah? Aku
jawab: ya. Dia pun kata: apabila kamu sampai di Basrah, kamu lazimilah Muhammad
bin yahya dan dengarkan hadis darinya. Aku tidak jumpa seorang pun orang
khurasan yang amat tahu hadis al-zuhri menandingi dia.
[] AL-BUKHARI riwayatkan hadisnya
tanpa sarih. Kadangkala disebut MUHAMMAD; kadangkala sebut MUHAMMAD BIN
ABDULLAH; kadangkala sebut MUHAMMAD BIN KHALID. Tanpa disebut MUHAMMAD BIN
YAHYA sepertimana yang IBN MAJAH sebut[30].
[] Dia ada karang dua buah kitab,
iaitu kitab ILAL HADIS AL-ZUHRI dan KITAB AL-TAWAKKUL.
[] Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan
Ibn Majah menyebut namanya. Muslim pula tidak meriwayatkan hadisnya[31].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dia rijal al-Jamaah kecuali
Muslim[32].
B.
ABU HATIM kata, dia siqah soduq[33].
C.
NASAIE kata, dia siqah ma’mun[34].
D.
IBN ABI DAUD kata, dia amirul
Mukminin hadis[35]. hal
yang sama diakui oleh ABDULLAH BIN SULAIMAN dalam tarikh Baghdad.
E.
IBN KHIRASH kata, dia salah
seorang imam dalam ilmu[36].
F.
KHATIB kata, dia salah seorang
imam ‘arifin; huffaz yang mutqin; siqah ma’mun[37].
G.
AL-ZUHRI anggap dia baik. [38]
H.
NASAIE kata dalam “Masyikhatih”,
dia siqah sabat dan salah seorang imam hadis[39].
I.
IBN KHUZAIMAH kata, dia imam pada
zamannya tanpa dibantah oleh seorang pun[40].
J.
ALI AL-MADINI pernah kata
kepadanya, kamu adalah Waris al-Zuhri[41].
قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ
[] ABD AL-RAZZAQ BIN HAMMAM BIN
NAFI’ AL-HIMYARI @ ABU BAKAR AL-SUN’ANI. (126H – 211H[42])
[] AL-BUKHARI kata, dia meninggal
pada 211[43] di SAN’A,
di satu daerah bernama DAR AL-HID دار الحيد
[] Dua digelar sebagai MUHADDIS
AL-YAMAN. Dia ada kitab tafsir yang nama kitabnya: Tafsir al-Quran Li al-Sun’ani.
Kitab hadisnya pula bernama: al-Umali dan Musannaf Abd al-Razzaq.
[] Dia satu generasi dengan Waki’
dan Abu Usamah[44].
[] AHMAD kata, sebelum dia mati,
matanya buta. Selepas dari dia buta, orang talqin hadis-hadisnya yang tidak ada
dalam catatannya[45]. Dua
buta selepas tahun 200 hijrah[46].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[47].
B.
AHMAD kata, Abdul Razzaq lebih
sabat berbanding ibn Juraij[48].
Ahmad juga kata, sesiapa yang dengar hadis selepas dari dia buta, maka doif
al-Sima’[49].
C.
IBN MAIN kata, dia lebih sabat
pada hadis Ma’mar berbanding Hisham bin Yusuf sedangkan Hisham orang baca
kitab-kitab pada Ibn Juraij[50].
D.
HISHAM BIN YUSUF kata, dia adalah
orang paling alim dalam kalangan kami dan orang paling hafal dalam kalangan
kami[51].
E.
AL-ZUHLI kata, dia orang yang
sedar berkenaan hadis. dia hafiz ABU DAUD kata, dia siqah[52].
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
F.
MUHAMMAD BIN ABI BAKAR AL-MUQADDAMI
kata, aku dapati Abdul Razzaq memfasadkan Ja’far, iaitu kerana dia Tasyayyu’[53].
G.
IBN MAIN kata bahawa AHMAD kata,
UBAIDULLAH BIN MUSA menolak hadisnya kerana TASYAYYU’nya[54].
H.
Ada dakwaan kata dia Tasyayyu’.
ABDULLAH BIN AHMAD tanya bapanya, iaitu AHMAD BIN HAMBAL: apakah Abd al-Razzaq
ini melampau tasyayyu’nya? Jawab Ahmad: aku tidak dengar sikit pun berkenaan
hal itu[55].
I.
SALAMAH BIN SYABIB kata, aku
dengar ABDUL RAZZAQ berkata: demi Allah, Ali Afdhal berbanding Abu Bakar dan
Umar. semoga Allah merahmati Abu Bakar, Omar, Osman. Barangsiapa yang tidak
sayang mereka, maka dia bukan mukmin[56].
J.
ABU AL-AZHAR kata, aku dengar
Abdul Razzaq berkata: Abu Bakar dan Omar itu afdhal kerana Ali telah
mengafdhalkan kedua-duanya berbanding dirinya. Kalau tidak kerana Ali
mengafdhalkan mereka, pasti aku pun tidak anggap mereka afdhal. [57].
K.
IBN HIBBAN kata, dia buat salah
apabila dia riwayatkan hadis secara hafalan; faktor tasyayyu’nya.
L.
ABU DAUD kata, dia siqah. ABU
DAUD kata lagi, dia tidak setuju dengan Muawiyah[58].
M.
IJLI kata, dia siqah tasyayyu’ ABU
DAUD kata, dia siqah[59].
N.
IBN ADI kata, abdul razzaq
bermusafir jumpa dengan para siqah dan imam. Mereka tulis hadis darinya tanpa
mereka nisbahkannya kepada tasyayyu’ ABU DAUD kata, dia siqah[60].
[] KOMENTAR NEGATIF;
O.
NASAIE kata, dia ini perlu
diteliti dulu bagi catatan hadis darinya di akhir umurnya. Orang tulis darinya
ketika itu banyak hadis-hadis mungkar[61].
P.
ABU HATIM kata, hadisnya dicatat
dan tidak boleh dibuat hujah. Hal ini dicatat oleh IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[62].
قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ
[] MA’MAR BIN RASHID AL-AZDI
AL-HUDDANIY @ ABU URWAH BIN ABI UMAR AL-BASRI[63].
(95H - 153H[64])
[] AL-WAQIDI kata, dia meninggal
pada tahun 153 hijrah. YAHYA, AHMAD dan ALI kata, pada 154 hijrah. Menurut
AHMAD, dia meninggal sewaktu umurnya 58 tahun[65].
[] Dia asal Basrah tinggal di
Yaman[66].
Dia hadis semasa solat jenazah al-hasan al-Basri[67].
[] Ma’mar pernah kata: aku
menuntut ilmu pada tahun al-Hasan meninggal dunia. Dari situ, Aku duduk belajar
dengan Qatadah yang ketika itu umur aku 14 tahun. Aku tidak pernah dengar
hadisnya kecuali seakan-akan ilmu itu terpahat dalam dadanya[68].
[] Dia masuk ke San’a, mereka
tidak suka dia keluar. Maka ada orang suruh dia tinggal di yaman dengan cara
kahwinkan dia dengan seorang perempuan yaman[69].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[70].
B.
AL-TAQRIB kata, siqah, sabat,
fadhil[71].
C.
AL-KHALILI kata, Imam Syafie puji
dia[72].
D.
IBN HIBBAN kata, dia faqih,
hafiz, mutqin dan warak[73].
E.
IBN MAIN kata, orang yang sabat
sabat berkenaan hadis al-Zuhri adalah Ma’mar, Malik dan beberapa orang lagi[74].
IBN MAIN kata juga, Ma’mar lebih sabat hadis al-Zuhri berbanding Ibn Uyaynah[75].
OSMAN AL-DARIMI pernah tanya Ibn Main, siapakah yang lebih dia suka berkenaan
hadis al-Zuhri; sama ada Ibn Uyaynah atau Soleh bin Kaisan atau Yunus? Jawab
Ibn main: Semua itu adalah Ma’mar[76].
F.
AMRU BIN ALI kata, dia orang yang
paling benar[77].
G.
IJLI kata, orang basrah yang
tinggal di yaman. Dia siqah, lelaki yang soleh[78].
Dia siqah ma’mun[79].
H.
ABU HATIM kata, ma’mar tidak
riwayatkan hadis yang ada salah semasa di Basrah. Dia adalah soleh al-Hadis[80].
I.
YAAQUB BIN SYAIBAH kata, ma’mar
siqah, soleh, sabat berkenaan al-Zuhri[81].
J.
NASAIE kata, dia siqah, ma’mun[82].
K.
IBN JURAIJ kata, hendaklah kamu
berkawan dengan lelaki ini. Tidak ada lagi orang pada zaman ini yang lebih alim
berbanding ma’mar[83].
L.
IBN SAAD kata, dia ahli yaman
yang mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi pada dirinya sendiri[84].
M.
IBN MAIN kata, kalau Ma’mar
ceritakan hadis kepadamu yang dia ambil dari penduduk iraq, maka khilafilah dia
kecuali dari al-Zuhri dan Ibn Tawus. Kerana hadisnya dari mereka berdua adalah
musqatim.[85]
[] KOMENTAR NEGATIF;
N.
YAHYA kata, hadisnya yang dia
ambil dari Sabit, Asim bin Abi al-Nujud dan Hisham bi Urwah, itu ada mudhtarib
dan banyak waham[86].
عَنِ
الزُّهْرِيِّ
[] MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN
UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN SHIHAB BIN ABDILLAH BIN AL-HARIS BIN ZUHRAH BIN
KILAB BIN MURRAH AL-QURASHI AL-ZUHRI @ ABU BAKAR AL-MADINI AL-FAQIH AL-HAFIZ.
(50H[87]
– 123H[88])
[] Dilahirkan di madinah dan tinggal di Syaghab. Dia
alim Hijaz dan Syam. Disepakati kehebatan dan ketekunannya dalam ilmu[89].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[90].
B.
IBN SAAD kata, dia siqah, banyak
riwayatkan hadis, berilmu dan faqih[91].
C.
ABU AL-ZINAD kata, kami tulis
perkara halal dan haram. Ibn Shihab juga tulis setiap kali dia dengar. apabila
diminta dia kemukakan hujah, baru aku tahu bahawa dia orang yang teramat alim[92].
[] diulang sebut untuk kali ke-2,
iaitu hadis ke-15 dan 16.
عَنْ
سَالِمٍ
[] SALIM BIN ABDILLAH BIN UMAR
BIN AL-KHATTAB AL-QURASHI AL-‘ADAWI @ ABU UMAR AL-MADANI (Ada kata: ABU
ABDILLAH AL-MADANI). (106H[93])
[] Cucu Umar bin al-Khattab ini
dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan. Ibunya adalah Ummu al-Walad,
iaitu hamba yang disetubuhi Ibn Umar.
[] Dia meninggal dunia di
Madinah. Dia pernah sampai ke Mekah dan Syam.
[] menurut ABU NUAIM, dia
meninggal pada tahun 106 hijrah. Khalifah pula kata, tahun 107 hijrah.
Al-Haisam bin ‘Adi kata, tahun 108 hijrah. Al-Asmu’ie kata, tahun 105 hijrah.
Pendapat yang paling sahih adalah 106 hijrah[94].
[] ada pendapat kata, dia adalah
salah seorang fuqaha’ tujuh[95].
IBN MUBARAK ada berkata: Fuqaha’
tujuh itu adalah
(1)
SAID BIN MUSAYYIB,
(2)
SULAIMAN BIN YASAR,
(3)
SALIM BIN ABDILLAH,
(4)
AL-QASIM,
(5)
URWAH,
(6)
UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN
UTBAH,
(7)
KHARIJAH BIN ZAID.
Kata IBN AL-MUBARAK lagi, apabila
datang sesuatu masalah, fuqaha’ tujuh ini akan duduk bersama dan berbincang dan
saling mengeluarkan hujah. Seorang pun tidak akan berhukum kecuali diangkat
kepada mereka terlebih dahulu[96].
[] Dia dihormati oleh SULAIMAN
BIN ABDIL MALIK (khalifah umawi ke-7 : 96H – 99H). al-Zarkali kata, dia masuk
berjumpa dengan Sulaiman. Khalifah umawi itu meraikannya dan meminta dia duduk
bersamanya di katil takhtanya.
[] SAID MUSAYYIB kata, Abdullah
lebih iras dengan bapanya, Umar bin al-Khattab. Dan Salim pula lebih iras
dengan Abdullah[97].
[] MALIK kata, di zaman Salim,
tidak ada orang yang menjalani kehidupan zuhud seperti Salim[98].
Dia pakai baju dengan harga dua dirham sahaja.
[] dia dikatakan orang yang amat
meramahi orang miskin. ALI BIN ZAID BIN JAD’AN kata: aku jumpa dengan Salim. Dia
tidak akan makan kecuali bersamanya pasti ada orang miskin.
[] Nafi’ kata: Ibn Umar berjumpa
dengan anaknya, salim. Lalu, Ibn Umar cium anaknya itu. dia pun kata: syaikh (guru)
mencium syaikh (guru)
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub
sittah.
B.
Dianggap
siqah oleh IJLI[99].
C.
IBN
SAAD kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis dan amat tinggi dari sudut
kerijalannya[100].
D.
AHMAD
dan ISHAQ kata, sanad yang paling sahih adalah AL-ZUHRI, SALIM yang ambil dari
bapanya (abdullah bin Umar)[101]
E.
IBN
MAIN kata, salim dan al-Qasim; kedua-dua mereka ini hampir sama. Said bin
Musayyib pula hampir dengan kedua-dua mereka[102].
F.
BUKHARI
kata, dia tidak pernah dengar hadis dari AISYAH[103].
عَنِ
ابْنِ عُمَرَ
[] ABDULLAH BIN UMAR(10SH-73H)
[] Diulang sebut untuk kali ke-2,
iaitu hadis ke-4 dan 16.
[] Dia adalah anak kepada Saidina Umar bin al-Khattab
yang terkenal dengan periwayatan hadis serta kafaqihan ilmu. Dilahirkan di Mekah
dan mati di Mekah juga. Pernah sampai di beberapa negara, seperti Syam, Iraq,
Farsi, Mesir dan Afrika.
[] Adik beradik si ibu sebapa dengan Hafsah (isteri
Nabi saw) yang nama ibunya ZAINAB BINTI MAZ’UN.
[] Antara sahabat yang banyak mengeluarkan fatwa dan
banyak riwayatkan hadis.
[] Masuk islam semasa di mekah, bersama dengan
bapanya, Saidina Umar.
[] Awal terlibat perang adalah perang Khandaq yang
ketika itu berumur 15 tahun. Sebelum itu tidak berperang, kerana Nabi tidak
izin ekoran umurnya terlalu muda.
[] Dia meninggal pada era Hajjaj Yusuf al-Saqafi yang
Hajjaj turut menunaikan solat jenazahnya.
[] Dikatakan badannya agak gemuk dan kepalanya botak.
Dia suka pakai wangian. Cincinnya tertulis Namanya “Abdullah bin Umar”.
[] Jawatan-jawatan yang ditawarkan dan dia tolak
adalah jawatan qadhi pada era Osman dan jawatan Gabenor di Syam pada era Ali.
[1] Masyariq:1/252
[2] diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-15 dan 16.
[3] Masyariq:1/248
[4] Mursyid:1/99
[5] Masyariq:1/248
[6] muryid:1/99
[7] muryid:1/99
[8] Muslim:
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ
اللهِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ يَزِيدَ الْمُقْرِئُ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ
يَعْنِي ابْنَ أَبِي أَيُّوبَ، حَدَّثَنَا كَعْبُ بْنُ عَلْقَمَةَ، عَنْ بِلَالِ
بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَمْنَعُوا النِّسَاءَ حُظُوظَهُنَّ مِنَ
الْمَسَاجِدِ، إِذَا اسْتَأْذَنُوكُمْ» فَقَالَ بِلَالٌ: وَاللهِ،
لَنَمْنَعُهُنَّ. فَقَالَ لَهُ عَبْدُ اللهِ: " أَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَقُولُ أَنْتَ: لَنَمْنَعُهُنَّ "
[9] Sanad:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ
حَاتِمٍ، وَابْنُ رَافِعٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا شَبَابَةُ، حَدَّثَنِي وَرْقَاءُ،
عَنْ عَمْرٍو، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ
[10] Mursyid:1/99
[11] Mursyid:1/99
[12] Mursyid:1/99
[13] Sindi:1/19
[14] Masyariq:1/252
[15] Fath al-Bari:2/ 347
[16] Masyariq:1/252
[17] muryid:1/99
[18] Rajab:8/ 41
[19] Masyariq:1/252
[20] Masyariq:1/252
[21] Rajab:8/ 42
[22] Masyariq:1/253
[23] Masyariq:1/252
[24] Masyariq:1/241
[25] Ada kata, dia dilahirkan pada 172 hijrah
[26] Ali bin Adam kata, dia meninggal pada 258 hijrah.
(mursyid:1/98) Abdullah
bin Muhammad bin Ziyad al-Nisaburi pula kata, tahun 257 hijrah.
[27] Masyariq:1/241
[28] Masyariq:1/241
[29] Masyariq:1/241
[30] Masyariq:1/241
[31] Masyariq:1/241
[32] Masyariq:1/242
[33] Masyariq:1/241
[34] Masyariq:1/241
[35] Masyariq:1/241
[36] Masyariq:1/241
[37] Masyariq:1/241
[38] Masyariq:1/241
[39] Masyariq:1/241
[40] Masyariq:1/241
[41] Masyariq:1/241
[42] masyariq:1/244 | Mursyid:1/98
[43] Masyariq:1/242
[44] Masyariq:1/242
[45] Masyariq:1/242
[46] Masyariq:1/242
[47] masyariq:1/244
[48] Masyariq:1/242
[49] Masyariq:1/242
[50] Masyariq:1/242
[51] Masyariq:1/242
[52] Masyariq:1/243
[53] Masyariq:1/242
[54] Masyariq:1/242
[55] Masyariq:1/243
[56] Masyariq:1/243
[57] Masyariq:1/243
[58] Masyariq:1/243
[59] Masyariq:1/243
[60] Masyariq:1/243
[61] Masyariq:1/243
[62] Masyariq:1/243
[63] masyariq:1/244
[64] masyariq:1/244 | Kitab Mursyid kata, dia meninggal
pada 154. (Mursyid:1/98)
[65] masyariq:1/246
[66] masyariq:1/245
[67] masyariq:1/244
[68] masyariq:1/244
[69] masyariq:1/245
[70] masyariq:1/246
[71] Mursyid:1/98
[72] masyariq:1/245
[73] masyariq:1/246
[74] masyariq:1/245
[75] masyariq:1/245
[76] masyariq:1/245
[77] masyariq:1/245
[78] masyariq:1/245
[79] Mursyid:1/98
[80] masyariq:1/245
[81] masyariq:1/245
[82] masyariq:1/245
[83] masyariq:1/245
[84] masyariq:1/245
[85] masyariq:1/245
[86] masyariq:1/245
[87] Ada kata tahun 51 hijrah. Yahya bin Bukair kata,
tahun 56 hijrah. Al-Waqidi kata, tahun 58 hijrah. (masyariq:1/225)
[88] Al-Qattan kata, tahun 123-124 hijrah. ABU UBAIDAH,
IBN AL-MADINI, AMRU BIN ALI, akhir tahun 124 hijrah. Ibn Yunus kata, dia mati
pada tahun 125 hijrah. (masyariq:1/2250) kitab Mursyid kata, 125 hijrah. Ada pendapat
kata, setahun atau dua tahun sebelum itu. (mursyid:1/98)
[89] Masyariq:1/224
[90] Masyariq:1/225
[91] Masyariq:1/224
[92] Masyariq:1/224
[93] masyariq:1/247 | Mursyid:1/98 | Dalam tarikh al-Islam wa wafiyat al-Masyahir wa
al-‘Alam, al-Zahabi kata: dia meninggal pada tahun 107.
[94] masyariq:1/247
[95] Masyariq:1/246
[96] Masyariq:1/247
[97] Masyariq:1/246
[98] Masyariq:1/246
[99] Masyariq:1/247
[100] Masyariq:1/247
[101] Masyariq:1/247
[102] Masyariq:1/247
[103] Masyariq:1/247
No comments:
Post a Comment