|
IBN MAJAH,
HADIS 14 |
حَدَّثَنَا أَبُو مَرْوَانَ مُحَمَّدُ بْنُ عُثْمَانَ الْعُثْمَانِيُّ
قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ أَحْدَثَ فِي
أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ»
|
PERBAHASAN SANAD |
[1] SANAD
|
|
PERAWI |
TEMPAT |
STATUS |
|
|
Rasulullah
saw (11H) |
·
Mekah ·
Madinah |
·
Maksum |
|
5. |
Aisyah
binti Abi Bakar al-Siddiq (19SH-58H) |
·
Mekah ·
Madinah |
·
Sahabat |
|
4. |
Al-Qasim
bin muhammad (102H) |
·
Madinah |
·
Fuqaha’ Sab’ah[1] ·
Siqah tinggi |
|
3. |
Saad
bin Ibrahim bin Abdul Rahman bin Auf. (125H) |
·
Madinah |
·
Kutub sittah ·
Siqah tinggi |
|
2. |
Ibrahim
bin Saad bin Ibrahim bin Abdul Rahman bin Auf. (108H
– 183H) |
·
Madinah ·
Baghdad |
·
Kutub sittah ·
Siqah pertengahan |
|
1. |
Abu
Marwan Muhammad bin Osman al-Osmani (224H) |
·
Mekah (M) ·
Madinah |
·
Siqah rendah |
|
|
IBN
MAJAH (209H
– 273H) |
|
|
[2] SYAWAHID HADIS KE-13
·
Dalam hadis ke-13 (AL-MIQDAM),
pesanan dan ancaman dari Nabi agar berhati-hati dengan orang-orang yang rasa
cukup dengan al-Quran serta tidak mahu menerima hadis Nabi; sedangkan suruhan
dan larangan Nabi adalah sama seperti suruhan dan larangan Allah juga.
·
Hadis ke-14 (AISYAH) ini pula,
Nabi saw sebut bahawa orang yang melakukan rekaan terhadap perkara yang TIDAK
DIAJAR OLEH NABI.
[3] ALI BIN ADAM
·
Semua perawinya adalah rijal
al-Jamaah kecuali ABU MARWAN MUHAMMAD BIN OSMAN. Dia adalah rijal al-Nasaie
sahaja.
·
Semua perawi adalah orang Madiah
keciali ABU MARWAN, dia orang damsyiq.
[4] RIWAYAT LAIN;
1.
MUSLIM (1718), sanadnya;
حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ، وَعَبْدُ اللهِ
بْنُ عَوْنٍ الْهِلَالِيُّ، جَمِيعًا عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ، قَالَ ابْنُ
الصَّبَّاحِ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ
عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: - 1718
2.
AL-BUKHARI, sanadnya;
حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ،
عَنِ القَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ
أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ ، فَهُوَ رَدٌّ
*Dalam riwayat lain, digunakan
lafaz مَا لَيْسَ مِنْهُ, sedangkan dalam lafaz al-Bukhari
digunakan lafaz مَا لَيْسَ فِيهِ
|
MATAN 13 |
[5] Daripada AISYAH BINTI ABI BAKAR bahawa
Rasulullah saw bersabda;
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: «مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ»
"Barangsiapa yang mewujudkan perkara baru dalam
urusan (agama) kami ini yang bukan berasal darinya, maka amalan tersebut
tertolak"
[6] Dalam riwayat Muslim, ASBAB AL-ZIKR hadis ini
adalah SAAD BIN IBRAHIM berkata:
عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: سَأَلْتُ الْقَاسِمَ بْنَ
مُحَمَّدٍ، عَنْ رَجُلٍ لَهُ ثَلَاثَةُ مَسَاكِنَ، فَأَوْصَى بِثُلُثِ كُلِّ
مَسْكَنٍ مِنْهَا، قَالَ: يُجْمَعُ ذَلِكَ كُلُّهُ فِي مَسْكَنٍ وَاحِدٍ، ثُمَّ
قَالَ: أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ -
مسلم, 1718
aku bertanya kepada Al-Qasim bin Muhammad berkenaan
seseorang yang memilki tiga tempat tinggal, lalu dia mewasiatkan sepertiga dari
setiap satu tempat tinggal. Sa'ad berkata: dia mengumpulkannya menjadi satu. Al-Qasim
menjawab: Aisyah telah memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Barangsiapa mengamalkan suatu perkara yang tidak kami perintahkan, maka
ia tertolak"
[7] al-Bukhari mengemukakan hadis ini dalam
menjelaskan berkenaan ijtihad hakim yang salah dengan cara menyalahi Rasulullah
saw tanpa ilmu, maka ia dianggap sebagai tertolak[2].
بَابُ إِذَا اجْتَهَدَ العَامِلُ أَوِ الحَاكِمُ، فَأَخْطَأَ خِلاَفَ
الرَّسُولِ مِنْ غَيْرِ عِلْمٍ، فَحُكْمُهُ مَرْدُودٌ لِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ
رَدٌّ»
[8] hadis ini sebagai penjelasan terhadap firman
Allah[3];
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ
بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ
الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21) - الشوري
Patutkah
mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama
mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah
tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk
menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan
azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (Surah al-Syura 42:21)
[9] Hadis ini menjelaskan bahawa syarat ibadat
diterima;
1.
Ikhlas[4].
2.
Tidak
bid’ah[5].
[10] Hadis ini menjadi dalil, sesuatu urusan IBADAT
KHUSUS perlu kepada PENENTUAN SYARAK, bukan pandangan akal. Contohnya,
menunaikan solat yang pada pandangan akal adalah baik. Namun, solat itu jadi
tidak baik dan bid’ah, jika ditunaikan oleh perempuan yang sedang berhaid. Dalam hadis—daripada Ibn Abbas berkata:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَخْطُبُ، إِذَا هُوَ بِرَجُلٍ قَائِمٍ، فَسَأَلَ عَنْهُ فَقَالُوا:
أَبُو إِسْرَائِيلَ، نَذَرَ أَنْ يَقُومَ وَلاَ يَقْعُدَ، وَلاَ يَسْتَظِلَّ،
وَلاَ يَتَكَلَّمَ، وَيَصُومَ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«مُرْهُ فَلْيَتَكَلَّمْ وَلْيَسْتَظِلَّ وَلْيَقْعُدْ، وَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ» -
البخاري, 6704
ketika
Nabi saw menyampaikan khutbah, tiba-tiba ada seseorang yang berdiri. Baginda
pun bertanya tentang perbuatannya, maka para sahabat menjawab: Itu Abu Isra'il.
Dia bernazar untuk berdiri dan tidak
akan duduk, tidak akan berteduh, tidak akan berbicara dan terus berpuasa'. Nabi saw bersabda: Suruhlah dia untuk bicara,
berteduh, duduk, dan menyempurnakan puasanya[6]”
[11] Dalam hal larangan agama;
a.
Agama
melarang yang jika dibuat juga, hukumnya masih sah. Contohnya;
· talak perempuan yang sedang berhaid.
Ia adalah haram, tetapi talak itu adalah sah.
b.
Agama
melarang yang turut sama tidak sah. Contohnya;
· pandangan ulama mazhab Hanbali yang
mengatakan tidak sah jual beli bagi orang yang wajib solat jumaat bermula dari
azan jumaat dilaungkan[7].
c.
Ulama
khilaf dalam menentukan sah atau tidak. ABDUL RAHMAN BIN MAHDi kata, tidak sah
kerana MARDUD. JUMHUR ULAMA kata, sah tetapi haram. Contohnya;
· Solat dalam keadaan memakai pakaian
menutup aurat dari yang dicuri. JUMHUR kata, solat sah. IBN MAHDI kata, wajib
ulang balik solat tersebut[8].
· Berwuduk dengan menggunakan air yang
dicuri. JUMHUR kata, solat sah. IBN MAHDI kata, wajib ulang balik solat
tersebut[9].
[12] Maksud dengan مَنْ
أَحْدَثَ adalah membuat bid’ah. Menurut AL-FAYYUMI,
ia bermakna تجدد وجوده (perbaharui kewujudannya). Apabila disebut حدث به عيب, ia bermaksud اذا تجدد, iaitu aib itu baru sahaja berlaku. Iaitu,
sebelum itu keaiban itu belum ada lagi. Ekoran itu, dalam hadis lain ada
perkataan محدثات الأمور, iaitu perkara bid’ah yang dilakukan oleh
ahli hawa nafsu[10].
[13]
Apabila dalam matan menggunakan lafaz أَمْرِنَا
هَذَا (urusan kami ini), ia memberi maksud urusan
keagamaan yang telah sempurna. Hal ini merujuk kepada firman Allah;
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي
وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا (3) - المائدة
Pada
hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu (Surah al-Maidah 5:3)
Justeru, sebarang penambahan dari kesempurnaan agama
tersebut, ia termasuk pada makna lafaz: مَا
لَيْسَ مِنْهُ (bukan
daripadanya), maka dia telah melakukan urusan yang tidak diredhai oleh Allah[11].
Menurut AL-TAIBIY dalam kitab AL-KASYIF, maksud
“URUSAN KAMI INI” adalah sebarang sandaran dari al-Quran dan al-Sunnah, sama
ada zahir (tersurat) atau khafiy (tersirat); sama ada secara terlafaz atau
diistinbatkan, maka ia tertolak[12].
Justeru, tidak tertolak sesuatu amalan, bahkan boleh diterima, jika mempunyai
sandaran secara khafiy (tersirat) dan secara istinbat. Demikian juga kupasan
AL-QADHI dalam SYARH AL-MASABIH[13].
[14] Perlu diklasifikasikan
kepada dua:
a.
Usul IBADAT KHUSUS. Di sini ada dua pendapat;
·
Asal sesuatu perkara ibadat adalah dilarang kecuali
ada dalil yang sahih dan sarih atas keizinan untuk dilakukan.
·
Asal sesuatu perkara ibadat adalah dilarang kecuali
ada dalil keizinannya secara sahih, walaupun secara tidak sarih.
b.
Usul SELAIN IBADAT KHUSUS.
·
Asal sesuatu perkara selain ibadat khusus adalah harus
selama tidak ada dalil yang sahih dan sarih atas pengharamannya.
[15] Contoh bagi usul Ibadat
khusus: hukum menyedekahkan bacaan al-Quran kepada si mati.
Berlaku khilaf dalam kalangan ulama berkenaan
menyedekahkan bacaan al-Quran kepada si mati;
·
Pendapat yang anggap bid’ah, kerana tidak ada dalil
yang sahih dan sarih yang mengizinkan.
·
Pendapat yang anggap ia tidak bid’ah, kerana ada
MANAT; iaitu setiap sedekah pahala pada IBADAT BADANIYYAH adalah dibolehkan.
MANAT ini terhasil ekoran kesamaan berikut;
Satu: sedekah pahala infaq wang.
Dalam hadis—daripada Ibn Abbas
berkata:
أَنَّ سَعْدَ بْنَ عُبَادَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ تُوُفِّيَتْ أُمُّهُ
وَهُوَ غَائِبٌ عَنْهَا، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ
وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا، أَيَنْفَعُهَا شَيْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا؟
قَالَ: «نَعَمْ» ، قَالَ: فَإِنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِيَ المِخْرَافَ
صَدَقَةٌ عَلَيْهَا – البخاري, 2756
Saad bin Ubadah kematian ibunya
yang ketika itu dia tidak ada bersama dengan ibunya itu. Dia berkata: Wahai
Rasulullah, Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia ketika aku tidak ada
bersamanya. Apakah bermanfaat jika aku sedekahkan untuknya? Jawab nabi: ya. Dia
berkata: "Aku bersaksi kepada kamu (wahai Nabi) bahwa kebunku yang penuh
dengan buah-buahan ini aku sedekahkan untuknya (ibuku)".
Dua: pahala ibadat haji untuk si mati
Hadis—daripada Ibn Abbas berkata:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّ امْرَأَةً مِنْ
جُهَيْنَةَ، جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ،
أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: «نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى
أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ فَاللَّهُ أَحَقُّ
بِالوَفَاءِ» - البخاري, 1852
Seseorang perempuan dari etnik
Juhainah datang kepada Nabi. Dia berkata: Ibuku bernazar untuk buat ibadat
haji, tetapi sehingga dia meninggal dunia dia tidak dapat tunaikan ibadat haji.
Apakah boleh, aku tunaikan haji untuknya? Jawab nabi: ya. Tunaikan haji untuk
ibumu itu. Apa pandangan kamu kalau ibumu ada hutang, apakah kamu akan bayar
hutang tersebut? (oleh itu) tunaikan hutang Allah, kerana (hutang) Allah lebih
berhak ditunaikan”
Justeru;
Infaq wang dan tunaikan ibadat haji adalah IBADAT
BADAIYYAH.
MANAT: setiap IBADAT BADANIYYAH, dapat disedekahkan
pahala kepada si mati.
Membaca al-Quran adalah IBADAT BADANIYYAH.
KESIMPULAN: sedekahkan bacaan al-Quran kepada si mati
adalah dibolehkan.
[16] Contoh bagi usul BUKAN
IBADAT KHUSUS.
·
Terlibat dengan Bank adalah halal kecuali ada riba.
·
Hadiah perlawanan boleh sepak adalah halal kecuali
jika melalui proses judi.
[17] pada lafaz فَهُوَ رَدٌّ (maka ia tertolak), ia merujuk kepada
amalan itu;
a. Tidak berpahala dan batil.
Justeru, tidak boleh seorang pun ikuti amalan terbabit[14].
b. Setiap orang Islam wajib
kena tolak dan tidak boleh taqlid amalan terbabit[15].
[18] pada dhamir فهو, ramai
ulama hadis menyatakan bahawa ia kembali kepada [16]من احدث. Justeru, yang ditolak itu bukan sekadar bid’ahnya, bahkan
pelaku Bid’ah juga perlu dijauhi.
[19] Menurut AL-QURTUBI,
sebarang rekaan yang berlaku dalam syarak yang tidak mempunyai sebarang asal,
maka ia adalah mafsukh (tidak boleh diguna pakai) dan tidak boleh diamalkan[17].
Justeru, jika sesuatu itu mempunyai asal dari agama, maka ia tidak tertolak[18].
[20] Contoh-contoh penambahan
yang ada asal dari agama;
·
Abu Bakar al-Siddiq himpunkan mashaf al-Quran.
·
Saidina Umar himpun semua jemaah solat tarawih di
bulan ramadan dengan seorang imam sahaja[19].
·
Wasilah untuk nak faham agama seperti belajar nahu,
sorof dan sebagainya[20].
[21] Antara kerosakan yang
berlaku pada agama Yahudi dan Nasrani adalah berpunca dari amalan Bid’ah. Hal
ini seragam dengan hadis—daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw
bersabda:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ افْتَرَقَتْ عَلَى إِحْدَى
وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَإِنَّ أُمَّتِي سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثِنْتَيْنِ
وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، كُلُّهَا فِي النَّارِ، إِلَّا وَاحِدَةً وَهِيَ:
الْجَمَاعَةُ – ابن ماجة, 3993
Bani Israel telah berpecah kepada 71 puak. Umat aku
bakal berpecah kepada 72 puak. Semuanya dalam neraka kecuali satu, iaitu
al-Jamaah.
|
BIOGRAFI
PERAWI |
أَبُو مَرْوَانَ مُحَمَّدُ بْنُ
عُثْمَانَ الْعُثْمَانِيُّ
[] ABU MARWAN MUHAMMAD BIN OSMAN
BIN KHALID BIN UMAR BIN ABDILLAH BIN AL-WALID BIN OSMAN BIN AFFAN AL-QURASHI
AL-UMAWI AL-OSMANI (241H[21])
[] Dia tinggal di Madinah[22]
dan meningal di Mekah[23]
[] Rijal al-Nasaie dan Ibn Majah[24]
[] KOMENTAR
A.
Dianggap siqah oleh ABU HATIM[25].
B.
ALI BIN ADAM kata, dia soduq dan buat
silap[26].
C.
SOLEH BIN MUHAMMAD AL-ASADI kata,
dia siqah soduq[27] tetapi
dia riwayatkan banyak hadis mungkar dari bapanya[28].
D.
AL-HAKIM kata, penduduk madinah
dan sebagainya ambil hadis darinya. Namum, pada hadisnya ada setengah mungkar[29].
E.
IBN HIBBAN kata, dia buat silap
dan menyalahi orang lain[30].
إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدِ بْنِ
إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ
[] IBRAHIM BIN SAAD BIN IBRAHIM
BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF @ ABU ISHAQ AL-MADANI (108H – 183H[31])
[] dia tinggal di Baghdad. Abu Daud
kata, dia menjadi penjaga baitul Mal di Baghdad[32].
Amin al-Harari kata, dia qadhi di Baghdad[33].
[] KHATIB kata dalam TARIKH
BAGHDAD bahawa dia masuk ke baghdad tahun 84 hijrah. Dia dimuliakan oleh
AL-RASHID[34].
[] KHATIB ada bercerita bahawa
dia mengharuskan muzik dengan kayu. Dia menjadi Wali di Madinah.
[] ibn Uyaynah ada bercerita
bahawa dia berada di sisi IBN SYIHAB. Tiba-tiba datang IBRAHIM BIN SAAD. Ibn
Uyaynah muliakan dan hormat IBRAHIM secara berkata: Saad telah memberi pesanan
kepadaku berkenaan anaknya[35].
[] Dia rijal Kutub sittah[36].
[] AL-BUKHARI kata, pada
zamannya, dia adalah orang yang paling banyak riwayat hadis dari kalangan
penduduk Madinah.
[] KOMENTAR
A.
Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN
MAIN, AL-IJLI dan ABU HATIM[37].
B.
IBN ADI kata, dia dari kalangan
orang siqah. Jemaah imam ambil hadis darinya. Tanpa ada seorang pun berbeza
pendapat berkenaan kitabahnya. Orang yang mempersoalkannya ada keraguan. Dia
ada riwayatkan hadis-hadis yang soleh, mustaqim dari Zuhri dan sebagianya[38].
C.
AHMAD kata, dia Mustaqimah[39].
D.
Abu Hatim kata, dia[40]
ليس به بأس
E.
Pada peringkat awal, WAKI’ tidak
ambil hadisnya. Tetapi, ambil selepas itu[41].
F.
IBN MAIN kata, dia siqah, hujah.
Aku lebih suka Ibrahim berbanding IBN ABI ZI’B berkenaan hadis al-Zuhri.
Ibrahim lebih sabat berbanding al-Walid bin Kathir dan Ibn Ishaq.
G.
IBN MAIN kata, dia siqah[42].
H.
SOLEH JAZARI kata, hadisnya ambil
dari ZUHRI tidak ada faedah. Hal ini kerana, semasa dia dengar hadis dari
ZUHRI, dia masih kecil[43].
I.
IBN KHARRASH kata, dia soduq[44].
J.
ALI BIN ADAM kata, dia siqah,
hujah. Ada orang berkata berkenaannya tanpa mencela[45].
أَبِيهِ @ سَعْدِ بْنِ
إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ
[] SAAD BIN IBRAHIM BIN ABDUL
RAHMAN BIN AUF @ ABU ISHAQ (ADA KATA: ABU IBRAHIM[46])
(125H[47])
[] Semasa dia meninggal dunia,
dia berumur 72 tahun. Ada kata,
[] nama ibunya Ummu Kaltsum binti
Saad[48].
[] dia adalah Qadhi di Madinah[49].
[] menurut Ibrahim bin Saad
bahawa sebelum saad meninggal, dia melazimi berpuasa selama 40 tahun.
[] Syu’bah kata, dia selalu
puasa. Dia khatam quran selang sehari semalam[50].
[] KOMENTAR
A.
Kutub sittah[51]
B.
IBN SAAD kata, dia siqah dan
banyak riwayat hadis[52],
dia siqah sabat dan hujah. Tidak ada sebarang tajrih terhadapnya[53].
C.
AL-SAJI kata, dia siqah dan ahli
ilmu ijmak bahawa dia benar[54].
D.
IBN MAIN kata, dia siqah tanpa
syak lagi[55].
E.
IBN MADINI kata, Apakah Saad bin
Ibrahim dengar hadis dari Abdullah bin jaafar? Dia jawab: tidak pernah dengar.
Ali kata: Saad tidak jumpa seorang pun dari kalangan sahabat. Saad tidak
riwayatkan hadis di madinah. ekoran itu, tidak ada penduduk madinah tulis hadis
darinya. Imam malik tidak tulis hadis darinya. Tetapi, yang mendengar hadisnya
adalah Syu’bah, sufyan secara perantara. Ibn Uyaynah mendengar hadis darinya di
mekah[56].
F.
SYU’BAH kata, dia sabat, fadhil,
siqah, ahli ibadat.
G.
AHMAD BIN AL-BARQI tanya Yahya
berkenaan dakwaan bahawa Saad adalah Qadariyyah. Jawab Yahya: dia bukan Qadariyyah[57].
الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ،
[] AL-QASIM BIN MUHAMMAD BIN ABI
BAKAR AL-SIDDIQ[58] AL-TAIMIY
@ ABU MUHAMMAD (ada kata: ABU ABDUL RAHMAN AL-MADANI AL-FAQIH) [59].
(102H[60])
[] Semasa dia meninggal, umurnya
70 tahun[61].
[] Salah Seorang Fuqaha’ 7[62].
[] kata IBN SAAD, ibunya adalah
UMMU WALAD, namanya SAWDAH[63].
[] AL-BUKHARI kata, bapanya mati
terbunuh. Sejak itu, al-Qasim tinggal sebagai anak yatim di rumah Aisyah[64].
[] AL-ZUBAIR kata, aku tidak
nampak Abu Bakar mempunyai anak yang lebih iras dengan pemuda ini (al-Qasim) [65].
[] pujian terhadapnya;
a.
ABU AL-ZINAD kata, aku tidak
nampak seorang yang amat tahu sunnah berbandingnya. Bahkan, dia amat cerdik[66].
b.
IBN ISHAQ ada cerita: aku nampak
al-Qasim solat. lalu datang seorang badwi kepadanya. Badwi itu tanya: siapakah
yang lebih alim; sama ada kamu atau salim? Dia jawab: Subhanallah. Badwi itu
ulang berkali-kali. Dia pun jawab: itu adalah salim, pergi tanya dia. IBN ISHAQ
kata, dia tidak suka berkata: Aku lebih alim dari Salim untuk bersihkan dirinya.
Namun, dia juga tidak suka kata: Salim lebih alim berbanding aku. Kerana,
ucapan itu adalah dusta[67].
[] KOMENTAR
A.
AL-WAQIDI kata, dia siqah, rafi’,
alim, faqih, imam, warak dan banyak riwayatkan hadis[68].
B.
IBN AUN kata, al-Qasim, Ibn Sirin dan Raja’
bin Haywah; mereka ini riwayatkan hadis huruf demi huruf. (bukan secara makna) [69].
C.
IBN UYAYNAH kata, ada tiga orang
yang amat tahu berkenaan Hadis Aisyah, iaitu AL-QASIM, URWAH dan ‘UMRAH[70].
D.
MALIK dan YAAQUB BIN SUFYAN kata,
dia sedikit dalam riwayatkan hadis dan memberi fatwa[71].
E.
Ibn Wahb ambil dari MALIK
berkata: al-Qasim adalah fuqaha’ umat ini[72].
F.
IBN SIRIN akan suruh orang yang
mahu ibadat haji agar lihat cara ibadat al-Qasim[73].
G.
AL-IJLI kata, dia adalah tabiin
terpilih. dia adalah tabiin siqah, lelaki soleh. [74]
H.
IBN HIBBAN kata, dia tabiin
besar. Orang yang afdhal pada zamannya dari sudut ilmu, adab dan fiqh. dia
seorang pendiam[75].
I.
ALI BIN ADAM kata, dia siqah,
sabat, fadhil dan dari kalangan ulama besar[76].
J.
IBN SAAD kata, dia siqah, alim,
faqih, imam dan banyak riwayatkan hadis[77].
عَائِشَةَ
[]
AISYAH BINTI ABI BAKAR AL-SIDDIQ (58H)
[]
Dia dikuburkan di Kubur Baqi’.
[1] Masyariq:1/202
[2] Al-Bukhari, 9/107
[3] masyariq:1/211
[4] Masyariq:1/211
[5] Masyariq:1/208
[6] masyariq:1/212
[7] Masyariq:1/209
[8] Masyariq:1/213
[9] Masyariq:1/213
[10] Masyariq:1/203
[11] Masyariq:1/203
[12] Masyariq:1/204 | Sindi:1/17
[13] Mursyid:1/92 | Sindi:1/17
[14] Masyariq:1/204
[15] Mursyid:1/92
[16] Mursyid:1/92 | Sindi:1/17
[17] Masyariq:1/203
[18] Masyariq:1/203
[19] Masyariq:1/203
[20] Raid:1/60
[21] Mursyid:1/90
[22] Mursyid:1/90
[23] Masyariq:1/195
[24] Masyariq:1/195
[25] Masyariq:1/195 | Mursyid:1/90
[26] Masyariq:1/195
[27] Mursyid:1/90
[28] Masyariq:1/195
[29] Masyariq:1/195
[30] Masyariq:1/195 | Mursyid:1/90
[31] Pendapat Ibn saad, ibn al-Madini, khalifah dan Ibn Abi Khaisamah.
Masyariq:1/197 | menurut Amin al-Harari, dia meninggal tahun 185 hijrah.
(Mursyid:1/91)
[32] Masyariq:1/196
[33] Mursyid:1/91
[34] Masyariq:1/196
[35] Masyariq:1/197
[36] Masyariq:1/197
[37] Masyariq:1/196 | Mursyid:1/91
[38] Masyariq:1/196
[39] Masyariq:1/196
[40] Masyariq:1/196
[41] Masyariq:1/196
[42] Masyariq:1/196
[43] Masyariq:1/196
[44] Masyariq:1/196
[45] Masyariq:1/196
[46] Masyariq:1/197
[47] Mursyid:1/91 | Ini berdasarkan dakwaan anaknya, iaitu Ibrahim. Menurut
Yaaqub bin Ibrahim, dia meninggal pada tahun 126. Ibn Hibban kata, 127. Ada
kata, 128. (Masyariq:1/199)
[48] Masyariq:1/197
[49] Masyariq:1/197 | Mursyid:1/91
[50] Mursyid:1/91
[51] Masyariq:1/198
[52] Masyariq:1/198
[53] Masyariq:1/199
[54] Masyariq:1/198
[55] Masyariq:1/198
[56] Masyariq:1/198
[57] Masyariq:1/198
[58] Mursyid:1/91
[59] Masyariq:1/199
[60] DHAMRAH BIN RAJA’ BINI JAMIL kata, dia meninggal setahun selepas Umar
Abdul Aziz meninggal. Iaitu 102 atau 101 hijrah. IBN UMAR kata, 105. KHALIFAH
kata, 106. YAHYA BIN MAIN & IBN AL-MADINI kata, 106. (Mursyid:1/91) Ibn
Saad kata, 112 (masyariq:1/200)
[61] Masyariq:1/200
[62] Mursyid:1/91
[63] Masyariq:1/199
[64] Masyariq:1/199
[65] Masyariq:1/199
[66] Masyariq:1/199
[67] Masyariq:1/200
[68] Masyariq:1/199
[69] Masyariq:1/200
[70] Masyariq:1/200
[71] Masyariq:1/200
[72] Masyariq:1/200
[73] Masyariq:1/200
[74] Masyariq:1/200
[75] Masyariq:1/200
[76] Masyariq:1/199
[77] Mursyid:1/91
No comments:
Post a Comment