Friday, June 16, 2023

HADIS 7

 

IBN MAJAH, HADIS NO: 7

 

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَلْقَمَةَ نَصْرُ بْنُ عَلْقَمَةَ، عَنْ عُمَيْرِ بْنِ الْأَسْوَدِ، وَكَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ الْحَضْرَمِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَالَ: «لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي قَوَّامَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ، لَا يَضُرُّهَا مَنْ خَالَفَهَا»

 

SAHIH

 

[1] SANAD (SYAWAHID BAGI HADIS KE-6)

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasullah saw

(11H)

 

 

·       Mekah

·       Madinah

 

·       Maksum

 

5.

 

Abu Hurairah[1]

(21SH – 59H)

 

 

·       Yaman

·       Mekah

·       Madinah

·       Bahrain.

 

 

·       Sahabat

 

4.

 

 

Umair bin al-Aswad

( - )

 

·       Damsyiq

·       Hims

·       Syam

·       Dariya

 

 

·       Mukhadram

·       Siqah.

 

Kathir bin Murrah al-Hadhrami

( - )

 

 

·       Syam

·       Hims

·       Hadhramaut

 

 

·       Siqah rendah

·      

 

3.

 

Abu ‘Alqamah Nasr bin ‘Alqamah

( - )

 

 

·       Hims

·       Syam

·       Hadhramaut.

 

 

·       Siqah rendah.

 

 

2.

 

Yahya bin Hamzah

(103H – 183H)

 

 

·       Damsyiq.

 

·       Kutub Sittah

·       Siqah pertengahan

·       Dituduh Qadariyyah

 

 

1.

 

Hisham bin Ammar

(153H - 245H[2])

 

 

·       Damsyiq

 

 

·       Hasan

·       Bukhari

·       Ikhtilat

 

 

 

IBN MAJAH

(270H – 354H)

 

 

 

 

[2] ALI BIN ADAM—sahih.

·       Semua rijalnya siqah kecuali KATHIR BIN MURRAH[3].

·       Semua Rijalnya adalah penduduk Syam kecuali Sahabat (Abu Hurairah) sahaja yang dia adalah Madinah[4].

·       Perawi bernama NAS BIN YAAQUB, walaupun TAQRIB kata dia maqbul, TETAPI dia adalah rijal Kutub Sittah dan dianggap Siqah oleh ramai ulama seperti DUHAIM dan IBN HIBBAN. Mereka tidak tajrih dia [5].

·       Hadis ini ada SYAWAHID, iaitu hadis ke-6, QURRAH BIN IYAS[6].

 

MATAN 7

 

[3] daripada ABU HURAIRAH bahawa RASULULLAH SAW bersabda;

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَالَ: «لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي قَوَّامَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ، لَا يَضُرُّهَا مَنْ خَالَفَهَا»

Sentiasa ada satu puak dari kalangan umatku yang tegar berdiri atas perintah Allah. orang yang menyalahi mereka tidak dapat memudharatkan mereka

 

[4] Dalam matan, digunakan lafaz قوامة yang berasal dari kata قائم yang bermaksud “bersangatan berdiri”. Seperti perkataan صوامة dari kata صائم yang bermaksud bersangatan berpuasa[7].

 

Ekoran itu, terdapat riwayat lain menggunakan kata قائم, iaitu hadis—daripada Muawiyah bahawa Rasullullah saw bersabda;

 

لاَ يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِأَمْرِ اللَّهِ، لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ، وَلاَ مَنْ خَالَفَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ – البخاري, 3641

Sentiasa ada dari kalangan umatku; iaitu satu umat yang berdiri dengan perintah Allah. orang yang berusaha membahayakan mereka dan orang yang menyalahi mereka tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang kepada mereka urusan Allah dalam keadaan mereka kekal begitu.

 

[5] menurut AL-SINDI, maksud dengan قَوَّامَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ adalah tegar dalam melaksanakan syariah, agama dan hidupnya sunnah Nabi; atau berjihad melawan musuh Islam[8].

 

[6] hadis ini sebagai penjelasan terhadap firman Allah;

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ (7) – محمد

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

 

Dan firman Allah;

 

إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ (160)  - ال عمران

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri

 

BIOGRAFI PERAWI

 

هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ

[] HISHAM BIN AMMAR AL-SULAMI @ ABU AL-WALID AL-DIMASYQI (245H)[9]

 

[] sudah disebut dalam hadis ke-5.

 

 يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ

[] YAHYA BIN HAMZAH BIN WAQID AL-HADHRAMI @ ABU ABDUL RAHMAN AL-BATLAHI AL-DIMASYQI AL- QADHI[10] (103H-183H[11])

 

[] YAHYA BIN HAMZAH kata, dia qadhi di Damsyiq. [12]

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[13]

B.                  Dianggap siqah oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN & AL-IJLI. [14]

C.YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah masyhur. [15]YAHYA BIN HAMZAH kata, dia qadhi di damsyiq dan siqah. [16]

D.                 DUHAIM kata, dia siqah, alim, tidak ragu lagi dia berjumpa dengan ALI BIN YAZID[17]

E.                  ABU DAUD kata, dia siqah, qadariyyah. [18]

F.                   IBN MAIN kata, dia siqah, penganut qadariyyah[19]AL-GHILABI kata, dia siqah dan dituduh qadariyyah[20]

G.                 ALI BIN ADAM kata, dia dituduh qadariyyah[21].

H.                 IBN SAAD kata, dia banyak riwayat hadis dan saleh[22].

I.                    ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN YASAR kata, dia لا بأس به[23]

 

 أَبُو عَلْقَمَةَ نَصْرُ بْنُ عَلْقَمَةَ

[] ABU ALQAMAH NASR BIN ALQAMAH BIN MAHFUZ BIN ALQAMAH AL-HADRAHMI AL-HIMSI @ ABU ALQAMAH

 

[] Dia tinggal di Hims, Syam dan Hadhramaut.

 

[] KOMENTAR;

A.                  Dianggap siqah oleh DUHAIM[24].

B.                  ABU HATIM kata, dia mursil[25].

C.                  ASQALANI kata, dia maqbul[26].

D.                 ZAHABI & IBN HIBBAN kata, dia siqah.

E.                  DUHAIM AL-DIMASYQI kata, kebiasaannya riwayatnya bahawa dia riwayat hadis yang tidak mahfuz. tafarrud dengan para mungkar. Ulama sepakat kata dia doif.

F.                   TAQRIB kata, siqah. Ada beberapa orang ambil hadis darinya.

 

عُمَيْرِ بْنِ الْأَسْوَدِ

[] UMAIR BIN AL-ASWAD @ ABU IYADH (ADA KATA: ABU ABD AL-RAHMAN AL-DIMASYQI AL-HIMSI[27])

 

[] nama betulnya adalah AMRU BIN AL-ASWAD AL-‘ANSI[28], dikatakan AL-HAMDANI[29]. Namanya AMRU, ditegaskan oleh AL-BUKHARI[30].

 

[] Dia tinggal di Damsyiq, Hims, Dariya dan Syam.

 

[] ABU MUSA AL-MADINI kata, dia meninggal di era pemerintahan Muawiyah[31]. Ada kata di era ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] Dia seorang MUKHADRAM, seorang tabiin besar. Ahli ibadat yang hebat[32]. ABU MUSA kata, dia bukan sahabat. Tetapi, dia ambil hadis dari sahabat[33].

 

[] MUJAHID kata, aku tidak nampak orang yang lebih alim selepas IBN ABBAS kecuali ABU IYADH[34].

 

[] ZURAIQ ABU ABDILLAH AL-ALHANI kata, AMRU BIN AL-ASWAD masuk Madiah. Dia nampak IBN UMAR sedang solat. dia pun kata: barangsiapa yang berkehendak sangat melihat orang yang iras Nabi saw, maka lihatlah kepada lelaki ini[35].

 

Dalam Usud al-Ghabah pula, dibawakan riwayat SAIDINA UMAR berkata: barangsiapa yang berharap melihat petunjuk Rasulillah, maka lihatlah pada petunjuk Amru bin al-Aswad.

 

[] ada orang kata, kunyahnya adalah ABU IYADH. Namun, ada kritikan menyataka bahawa ABU IYADH, nama sebenarnya adalah QAIS BIN SA’LABAH. Hal ini sepertimana dihikayatkan oleh AL-NASAIE dalam AL-KUNA dan AL-HAKIM[36]

 

[] IBN HIBBAN kata, dia seorang ahli ibadat serta ahli zuhud dari kalangan penduduk Syam[37].

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah kecuali al-Tarmizi[38].

B.                  IBN SAAD kata, dia siqah dan kurang riwayatkan hadit[39].

C.                  IBN ABD AL-BAR kata, ijmak ulama kata dia siqah[40].

D.                 ASQALANI kata, dia siqah ‘abid dan tabiin besar.

E.                  ZAHABI kata, dia orang yang bertaqwa, tabiin dan mukhadram.

 

كَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ الْحَضْرَمِيِّ

[] KATHIR BIN MURRAH AL-HADHRAMI AL-RAHAWI @ ABU SYAJARAH (ada kata: ABU AL-QASIM AL-HIMSI[41])

 

[] ada sebilangan ulama keliru dengan anggap dia sebagai sahabat[42]. Namun, dia adalah MUKHADRAM[43].

 

[] Dia adalah penduduk Syam[44]. Dia pernah sampai HADHRAMAUT dan HIMS.

 

[] kata ABU MUSHIR, dia sempat era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN[45].

 

Dia meninggal bersama dengan ABU UMAMAH AL-BAHILI. Ada kata, sebelumnya lagi.

 

[] dia adalah Rijal al-Bukhari[46].

 

[] KOMENTAR:

A.                  IBN SAAD, AL-IJLI & IBN HIBBAN kata, dia siqah[47]. Demikian juga  AL-JILI dan ZAHABI.

B.                  NASAIE kata, dia لا بأس به[48]

C.                  IBN KHIRASH kata, dia soduq[49].

D.                 ASQALANI kata, siqah[50].

 

أَبِي هُرَيْرَةَ

[] ABU HURAIRAH @ ABDUL RAHMAN BIN AL-SOKHR (21SH-58H)

 

[] meninggal di Madinah, dan pernah sampai Bahrain, Mekah, Yaman.

 

[] Ini kali ke-4 namanya diulang sebut. Iaitu, hadis ke-1, 2, 3 dan 7.

 



[1] Diulang sebut untuk kali ke-4, iaitu Hadis ke-1, 2, 3 dan 7

[2] Diulang sebut untuk kali 2, iaitu hadis ke-5 dan 7

[3] Masyariq:1/132

[4] mursyid:1/71

[5] Masyariq:1/133

[6] Masyariq:1/133

[7] Masyariq:1/132

[8] Sindi:1/13

[9] Mursyid:1/70

[10] Masyariq:1/129

[11]Mursyid:1/70 | Ini mengikut maklumat ABU MUSHIR. Berkata ABU SULAIMAN BIN ZABR pula, dia dilahirkan 102. Ada kata, 105. (masyariq:1/129)

[12] Masyariq:1/129

[13] Masyariq:1/129

[14] Masyariq:1/129

 

[15] Masyariq:1/129

[16] Masyariq:1/129

[17] Masyariq:1/129

[18] Masyariq:1/129

[19] Masyariq:1/129

[20] Masyariq:1/129 | mursyid:1/70

[21] Masyariq:1/129

 

[22] Masyariq:1/129

 

[23] Masyariq:1/129

 

[24] Masyariq:1/129 | mursyid:1/70

[25] Masyariq:1/129 | mursyid:1/70

[26] Mursyid:1/70

[27] Masyariq:1/129

[28] Masyariq:1/129

[29] Masyariq:1/130

[30] Masyariq:1/131

[31] Masyariq:1/130 | mursyid:1/71

[32] Masyariq:1/130 | mursyid:1/71

[33] Masyariq:1/130

[34] Masyariq:1/130

[35] Masyariq:1/130

[36] Masyariq:1/130

[37] Masyariq:1/130

[38] Masyariq:1/131

[39] Masyariq:1/130

[40] Masyariq:1/130

[41] Masyariq:1/131

[42] mursyid:1/71

[43] Masyariq:1/131

[44] Masyariq:1/131

[45] Masyariq:1/131

[46] Masyariq:1/132

[47] Masyariq:1/131 | mursyid:1/71

[48] Masyariq:1/131 | mursyid:1/71

[49] mursyid:1/71

[50] mursyid:1/71

No comments:

Post a Comment

HADIS 18

     IBN MAJAH, HADIS NO: 18   حَدَّثَنَا  هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ  قَالَ: حَدَّثَنَا  يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ  قَالَ: حَدَّثَنِي  بُرْدُ بْنُ س...