|
IBN
MAJAH, HADIS NO: 9 |
حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ حُمَيْدِ بْنِ كَاسِبٍ قَالَ: حَدَّثَنَا
الْقَاسِمُ بْنُ نَافِعٍ قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَجَّاجُ بْنُ أَرْطَاةَ، عَنْ
عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَامَ مُعَاوِيَةُ، خَطِيبًا
فَقَالَ: أَيْنَ عُلَمَاؤُكُمْ؟ أَيْنَ عُلَمَاؤُكُمْ؟ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا
وَطَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى النَّاسِ، لَا يُبَالُونَ مَنْ
خَذَلَهُمْ وَلَا مَنْ نَصَرَهُمْ»
|
DOIF |
[1] ALI BIN ADAM—SANAD HADIS INI DOIF.
-
Ada perawi majhul al-Hal, iaitu
AL-QASIM BIN NAFI’.
o
Tidak ada siapa yang riwayat
hadis darinya kecuali dua orang sahaja
o
Tak ada seorang pun anggap dia
siqah[1].
[2] AL-AMIN AL-HARARI—SANADNYA DOIF.
-
Ada perawi bernama AL-HAJJAJ BIN
ARTOT yang IBN MAIN kata, dia tadlis hadis dari AMRU BIN SYUAIB[2].
-
Kebanyakkan rijalnya doif[3].
-
Hadis ini tidak boleh dijadikan
dalil dan istisyhadi[4].
|
MATAN 9 |
[3] SYUAIB BIN MUHAMMAD berkata:
قَامَ مُعَاوِيَةُ، خَطِيبًا فَقَالَ: أَيْنَ عُلَمَاؤُكُمْ؟ أَيْنَ
عُلَمَاؤُكُمْ؟ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ: «لَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا وَطَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ
عَلَى النَّاسِ[5]، لَا
يُبَالُونَ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلَا مَنْ نَصَرَهُمْ»
Muawiyah berdiri semasa berkhutbah. Beliau bertanya:
mana ulama-ulama kamu? Mana ulama-ulama kamu? (Wahai penduduk madinah untuk
membenarkan apa yang aku perkatakan[6]) Aku
dengar Rasulullah saw bersabda: Kiamat tidak akan berlaku kecuali ada satu puak
dari kalangan umatku sentiasa menzahirkan diri kepada orang ramai (iaitu musuh-musuh
mereka[7]). Dia
tidak peduli orang yang menghinanya dan orang yang membantunya.
[4] pada perkataan ظاهرين, digunakan lafaz قاهرين dalam riwayat Muslim.
Maksudnya ظاهرين dalam hadis ini adalah;
a.
AL-AMIN AL-HARARI kata, mereka mendominasi wacana
agama dan dalil. Dalam kerangka perang, mereka mampu mengalahkan musuh[8].
b.
IBN HAJAR kata, mereka tidak tertutup dan bersembunyi,
sebaliknya mereka masyhur dan terkenal[9].
[5] maksud dengan مَنْ خَذَلَهُمْ adalah orang tidak berusaha hendak membantu
mereka[10].
[6] Hadis ini menjelaskan bahawa kalangan yang bangun
untuk menegakkan kebenaran ini tidak peduli kepada orang yang berusaha melawan
mereka, ataupun memberikan sebarang keuntungan kepada mereka agar mereka
termakan budi; dengan termakan budi itu, maka dengar cakap orang yang memberi
budi tersebut. Dalam perkataan lain, jika orang yang berbudi itu salah pun, dia
akan bercakap kebenaran; dia tidak akan berhenti untuk menyebarkan dakwah[11].
|
BIOGRAFI
PERAWI 9 |
حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ
بْنُ حُمَيْدِ بْنِ كَاسِبٍ
[] YAAQUB BIN HUMAID BIN KASIB
(241H[12])
[] KOMENTAR POSITIF
A.
Dianggap siqah oleh MASLAMAH[13]
B.
IBN MAIN kata (dari murid MUDHOR
BIN MUHAMMAD[14]), dia
siqah. Di waktu lain (dari murid AL-DURI[15]),
dia ليس بشيء dan di tempat lain pila kata, dia tidak
siqah[16].
C.
BUKHARI kata, sentiasa dia
dipilih. Pada salnya, dia soduq[17].
Menurut ALI BIN ADAM, guru dia menyatakan bahawa al-Bukhari riwayatkan
hadisnya. ALI BIN ADAM jawab, yang al-Bukhari riwayatkan itu adalah dari YAAQUB
BIN MUHAMMAD AL-ZUHRI, bukan YAAQUB BIN HUMAID BIN KASIB[18].
D.
AL-QASIM BIN ABDILLAH BIN MAHDI
tanya ABU MUS’AB; siapa yang aku wajar ambil hadis di mekah. katanya: kamu
berjumpalah dengan guru kami, ABU YUSUF @ YAAQUB BIN HUMAID BIN KASIB[19].
E.
IBN ADI kata, dia لا بأس به[20]
F.
SOLEH
JAZRAH kata, setengah orang memperkatakan berkenaannya. Kata AL-HAKIM pula,
tidak ada seorang pun bawakan hujah terhadap apa yang perkatakan[21].
[]
KOMENTAR PERTENGAHAN;
G.
NASAIE kata, dia ليس بشيء. Di tempat lain kata, dia tidak siqah[22]
H.
IBN
HIBBAN kata dalam AL-SIQAT, dia hafiz, dia himpun, dia karang kitab hadis.
Kadangkala dia buat salah sesuatu demi sesuatu[23].
I.
MASYARIQ kata, Dia soduq dan
kadangkala dia waham[24].
Perkara yang sama disebut oleh AL-TAQRIB[25].
[] KOMENTAR NEGATIF;
J.
ABU HATIM kata, dia doif.[26]
قَالَ: حَدَّثَنَا الْقَاسِمُ بْنُ نَافِعٍ
[] AL-QASIM BIN NAFI’
AL-SUWARAQIY السوارقي
[] Dinisbahkan dengan AL-SUWARAQI
kerana sempena tempat AL-SUWARIQIYYAH yang merupakan satu kampung di Madinah[27].
[] KOMENTAR NEGATIF;
A.
AL-AMIN AL-HARARI kata, dia
mastur[28].
قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَجَّاجُ بْنُ أَرْطَاةَ
[] AL-HAJJAJ BIN ARTOT BIN SUR ثور BIN HUBAIRAH هبيرة BIN
SYARAHIL AL-NAKHAIE. (145H)
[] bapa kepada ARTOT adalah orang Kufah dan qadhi di
situ[29].
[] menurut AL-IJLI, AL-HAJJAJ pernah kata, aku rosak
dengan sebab aku sangat mahu kepada jawatan, menjadi qadhi di Basrah[30].
[] HUSYAIM kata, aku pernah dengar HAJJAJ berkata: aku
bertanya fatwa semenjak umur aku 16 tahun[31].
[] KHALIFAH kata, dia mati di Ray (Iran). IBN HIBBAN
kata dalam AL-SIQAT, dia meninggal tahun 145 hijrah[32].
[] IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, aku nanpak al-Bukhari
ambil riwayatnya hanya satu hadis sahaja. itupun sebagai mutabaah ta’liq dalam
kitab al-‘itq كتاب العتق. Al-Bukhari ada keluarkan juga riwayatnya
dalam AL-ADAB AL-MUFRAD, MUSLIM juga riwayat sebagai مقرون
بغيره dan imam empat yang berbaki ada riwayatkan hadisnya[33].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
AHMAD kata, dia dari kalangan huffaz[34].
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
B.
IJLI kata, dia faqih, salah seorang mufti Kufah. Dia
adalah sohib irsal. Dia irsal hadis dari YAHYA BIN ABI KATHIR, MAKHUL tanpa dia
pernah dengar dari kedua-dua ini. Namun, dia pernah dengar hadis dari ‘ATA’ عطاء.[35].
C.
ALI BIN ADAM kata, Salah seorang ahli fiqh, soduq dan
banyak buat silap dan tadlis[36].
D.
IBN MAIN kata, dia soduq dan tidak kuat. Dia tadlis
hadis dari MUHAMMAD BIN UBAIDULLAH AL-‘ARZAMI العرزمي, daripada
AMRU BIN SYUAIB[37]. Dia tadlis
dari AMRU BIN SYUIAB[38].
E.
IBN AL-MADINI kata, pada aku, al-Hajjaj bin artot dan
Ibn Ishaq adalah sama sahaja. aku tinggalkan hadis AL-HAJJAJ tanpa aku tulis
hadis darinya walaupun sedikit[39].
F.
ABU ZUR’AH kata, dia soduq dan tadlis[40].
G.
AL-TAQRIB kata, dia soduq, banyak silap dan tadlis[41].
[] KOMENTAR NEGATIF;
H.
IBN MUBARAK kata, dia tadlis. Dia dakwa dia ambil
hadis dari AMRU BIN SYUAIB dan AL-URZUMI yang matruk[42].
I.
ABU HATIM kata, dia soduq, tadlis dari perawi-perawi
doif dan hadisnya dicatat[43].
J.
Kata HUSYAIM, dia tidak pernah berjumpa dengan
AL-ZUHRI. Dia pernah kata: nyatakan sifat al-Zuhri, kerana aku tidak pernah
melihatnya[44].
K.
NASAIE kata, dia tidak kuat[45].
L.
IBN ADI kata, ramai manusia pandang dia aib disebabkan
tadlisnya pada AL-ZUHRI dan selainnya. Kadangkala dia tersalah pada sesetengah
riwayatnya. Namun, dia tidak pernah sengaja berbohong. Dia dari kalangan yang
dicatat hadisnya[46].
M.
YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia wahi al-hadis. Pada
hadisnya ada banyak idhtirab. Namun, dia soduq dan salah seorang fuqaha’[47].
N.
AL-SAJI kata, dia mudallis, soduq, buruk hafalan,
tidak boleh dibuat hujah dalam perkara furu’ dan hukum-hukum[48].
O.
IBN KHUZAIMAH kata, aku tidak berhujah dengan dia
kecuali pada perkataan dia: اخبرنا dan سمعت. [49]
P.
IBN SAAD kata, dia mulia, tetapi dia doif dalam
riwayat hadis[50].
Q.
AL-HAKIM kata, dia tidak kuat di sisi mereka[51].
Riwayat AL-HAKIM dari muridnya bernama MAS’UD AL-SAJRI pula, hakim kata dia
tidak boleh dibuat hujah[52].
R.
AL-BAZZAR kata, dia hafiz mudallis. Dia suka kagumi
diri sendiri. Syu’bah memujinya. Aku tidak tahu yang tidak riwayatkan hadis
darinya kecuali seorang sahaja, iaitu ABDULLAH BIN IDRIS[53].
S.
ISMAIL AL-QADHI kata, dia mudhtarib al-Hadis kerana
banyak tadlis[54].
T.
MUHAMMAD BIN NASR kata, kebiasaan pada hadisnya ada
irsal, tadlis dan bertukar-tukar lafaz[55].
[] AL-AMIN AL-HARARI kata, secara
jumlahnya, ulama sepakat dia doif dan matruk[56].
عَنْ
عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ
[] AMRU BIN SYUAIB BIN MUHAMMAD
BIN ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS BIN WAIL AL-QURASHI AL-SAHMI السهمي AL-HIJAZI @ ABU IBRAHIM (Ada kata: ABU ABDILLAH AL-MADANI @ AL-TOIFI) [57].
[] AL-DARAQUTNI kata, dia bukan
tabiin. namun, dia ambil hadis dari 20 orang tabiin, bahkan lebih dari 20 orang.
Pendapat AL-DARAQUTNI ini dibantah oleh AL-MUZI dengan mengatakan bahawa AMRU
sempat berjumpa dengan beberapa orang sahabat seperti ZAINAB BINTI ABI SALAMAH
dan AL-RUBAIYYI’ BIN MUAWWIZ.[58]
[] menurut ABU HATIM, dia tinggal
di mekah dan keluar ke Taif. AL-ZAHABI kata, dia faqih penduduk Toif serta ulama
hadis di situ. dia banyak berulang alik ke Mekah untuk menyebarkan ilmu. Namun,
hartanya ada di Toif[59].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dianggap siqah oleh IJLI, NASAIE,
AHMAD BIN SAID AL-DARIMI[60].
B.
ALI BIN ADAM kata, dia soduq[61].
[] KOMENTAR PERTENGAHAN;
C.
AL-QATTAN kata, dia siqah dan
boleh dibuat hujah[62].
Dalam riwayat ALI BIN AL-MADINI yang ambil dari YAHYA BIN SAID pula kata, hadisnya
di sisi kami adalah wahin[63].
D.
IBN UYAYNAH kata, hadisnya di
sisi manusia ada yang tak kena[64].
E.
AHMAD (dari murid AL-MAIMUNI[65])
kata, baginya banyak yang mungkar. Namun, hadisnya ditulis dan muktabar. Adapun
untuk dibuat hujah, maka itu tidak boleh[66].
Dalam riwayat ABU DAUD yang ambil dari AHMAD pula kata, ulama hadis ambil sikap
terpulang untuk nak terima atau tidak terhadap hadis yang dia ambil dari
bapanya dan ambil dari atuknya. kalau mahu ambil, maka mereka ambil. Kalau tidak
mahu ambil, maka mereka tinggalkan[67].
F.
AL-AJURRI kata, aku tanya ABU
DAUD, apakah Amru bin Syuiab adalah hujah? Jawab Abu Daud: tidak. Hatta dengan
setengah hujah pun tidak (boleh jadi hujah)[68].
G.
KESIMPULAN IBN HAJAR: ramai
manusia anggap dia doif secara mutlak. Namun, jumhur ulama anggap dia siqah. Ada
sesetengah pula anggap doif pada hadis yang dia ambil dari bapanya yang ambil
dari atuknya. Hadis yang dia ambil dari bapanya, kadangkala dia riwayatkan
secara tadlis kecuali jika dia riwayatkan dengan حدثني
ابي. Maksud dengan atuknya adalah ABDULLAH BIN AMRU, bukan MUHAMMAD
BIN ABDILLAH. Hal ini dipertegaskan oleh SYUAIB yang dengar dari ABDULLAH di
beberapa tempat[69].
عَنْ
أَبِيهِ
[] SYUAIB BIN MUHAMMAD BIN ABDILLAH
BIN AMRU BIN AL-AS AL-HIJAZI AL-SAHMI[70].
[] Dia adalah rijal Abu Daud, Tarmizi,
Nasaie dan Ibn Majah[71].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Namanya ada dalam AL-SIQAT[72].
B.
ALI BIN ADAM, dia soduq[73].
قَالَ: قَامَ مُعَاوِيَةُ
[] MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN
(SOKHR) BIN HARB BIN UMAYYAH BIN ABD AL-SYAMS @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-UMAWI. (60H[74])
[] Dia meninggal sewaktu umurnya 78
tahun. Ada kata, 86 tahun[75].
[] Dia memeluk Islam semasa Fath
mekah[76].
[] Dia jadi khalifah selama 19
tahun setengah[77].
[1]
Masyariq:1/152
[2]
Mursyid:1/75
[3]
Mursyid:1/76
[4]
Mursyid:1/76
[5]
Dalam hadis ke-9, digunakan lafaz: ظَاهِرِينَ عَلَى النَّاسِ, sedangkan hadis ke-7, matannya digunakan lafaz: قَوَّامَةً عَلَى
أَمْرِ اللَّهِ.
[6]
masyariq:1/150 | mursyid:1/76
[7]
masyariq:1/150
[8]
Mursyid:1/76
[9]
Raid:1/58
[10]
Raid:1/58
[11]
Masyariq:1/151
[12]
Masyariq:1/139. Ini disebut oleh
AL-BUKHARI. (masyariq:1/40)
[13]
Masyariq:1/139 | Mursyid:1/74
[14]
Mursyid:1/74
[15]
Mursyid:1/74
[16]
Masyariq:1/139
[17]
Masyariq:1/139
[18]
Masyariq:1/140
[19]
Masyariq:1/139
[20]
Masyariq:1/139
[21]
Masyariq:1/140
[22]
Masyariq:1/139
[23]
Masyariq:1/139
[24]
Masyariq:1/139
[25]
Mursyid:1/74
[26]
Masyariq:1/139 | Mursyid:1/74
[27]
masyariq:1/140
[28]
Mursyid:1/74
[29]
Masyariq:1/140
[30]
Masyariq:1/141
[31]
Masyariq:1/141
[32]
Masyariq:1/142
[33]
Masyariq:1/142
[34]
Masyariq:1/141
[35]
Masyariq:1/141
[36]
Masyariq:1/140
[37]
Masyariq:1/141
[38]
Mursyid:1/74
[39]
Masyariq:1/141
[40]
Masyariq:1/141
[41]
Mursyid:1/75
[42]
Masyariq:1/141
[43]
Masyariq:1/141
| Mursyid:1/75
[44]
Masyariq:1/141
[45]
Masyariq:1/141
[46]
Masyariq:1/141
[47]
Masyariq:1/141
| Mursyid:1/75
[48]
Masyariq:1/141
| Mursyid:1/75
[49]
Masyariq:1/142
[50]
Masyariq:1/142
[51]
Masyariq:1/142
[52]
Masyariq:1/142
[53]
Masyariq:1/142
[54]
Masyariq:1/142
[55]
Masyariq:1/142
[56]
Mursyid:1/75
[57]
Masyariq:1/142
[58]
Masyariq:1/145
[59]
Masyariq:1/143
[60]
Masyariq:1/145
[61]
Masyariq:1/143
[62]
Masyariq:1/143 | mursyid:1/75
[63]
Masyariq:1/143| mursyid:1/75
[64]
Masyariq:1/143
[65]
mursyid:1/75
[66]
Masyariq:1/143
[67]
Masyariq:1/143
[68]
Masyariq:1/144 | mursyid:1/75
[69]
Masyariq:1/145
[70]
Masyariq:1/149
[71]
Masyariq:1/149
[72]
Masyariq:1/149
[73]
Masyariq:1/149
[74]
Ini sepertimana dalam riwayat Lais dan
al-Walid bin Muslim. Ada dakwaan kata, tahun 59 hijrah. (masyariq:1/150)
[75]
masyariq:1/150
[76]
masyariq:1/150
[77]
masyariq:1/150
No comments:
Post a Comment