Monday, July 10, 2023

HADIS 13

 

HADIS 13

 

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ فِي بَيْتِهِ، أَنَا سَأَلْتُهُ، عَنْ سَالِمٍ أَبِي النَّضْرِ، ثُمَّ مَرَّ فِي الْحَدِيثِ قَالَ: أَوْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ مُتَّكِئًا عَلَى أَرِيكَتِهِ، يَأْتِيهِ الْأَمْرُ مِمَّا أَمَرْتُ بِهِ، أَوْ نَهَيْتُ عَنْهُ، فَيَقُولُ: لَا أَدْرِي، مَا وَجَدْنَا فِي كِتَابِ اللَّهِ اتَّبَعْنَاهُ

 

SYAWAHID KEPADA HADIS 12

 

[1] SANAD;

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

RASULULLAH

(11H)

 

-           Mekah

-           Madinah

-            

 

-           Perkataan Nabi

 

 

5.

 

Abu Rafi’ Al-Qibti

(40H)

 

 

-           Mekah

-           Madinah

 

-           Sahabat

 

4.

 

UBAIDULLAH BIN ABI RAFI’

(91H)

 

 

-           Madinah

-           Kufah

 

-           Kutub sittah

-           siqah

 

3.

 

SALIM BIN ABI NADHR

(129H)

 

 

ZAID BIN ASLAM

(136H)

 

 

-Madinah

 

 

 

-           Madinah

-            

 

-Kutub sittah

-Siqah tinggi

 

 

-           Kutub sittah

-           Siqah pertengahan

 

 

2.

 

SUFYAN BIN UYAYNAH

(107H – 198H)

 

 

-           Kufah

-           Mekah (M)

 

-           Siqah pertengahan

 

1.

 

NASR BIN ALI AL-JAHADHMIY

(161H – 250H)

 

 

-           Basrah

 

 

-           Masyaikh 9

-           Siqah tinggi

 

 

IBN MAJAH

(209H – 273H)

 

 

 

 

[2] hadis ini;

a.                  3 orang – Madinah

b.                  1 orang – kufah.

c.                   1 orang – basrah.

 

[3] Hadis ini dinilai SAHIH kerana  semua perawinya adalah SIQAH[1].

 

[4] Semasa NASR BIN ALI AL-JAHDHAMIY ambil hadis dari SUFYAN BIN UYAYNAH, ketika itu mereka berada di rumah SUFYAN, dan sufyan pula ketika itu SUFYAN sedang sakit[2].

 

[5] Dalam riwayat Sufyan itu, NASR BIN ALI ragu-ragu, apakah SUFYAN ambil hadis dari SALIM ABI AL-NADHR atau dari ZAID BIN ASLAM[3]. Syak ini tidak mencacatkan status kesahihan hadis ini[4].

 

[6] KOMENTAR TERHADAP HADIS;

A.                  Menurut AL-SINDI, hadis ini tidak ada asal.

B.                  Menurut YAHYA BIN MAIN pula, hadis ini adalah palsu yang direka cipta oleh PUAK-PUAK ZINDIQ[5].

C.                  AL-KHATTABI kata, hadis ini tersebar dalam kalangan penduduk SYAM; iaitu, dari YAZID BIN RABIAH, dia ambil dari ABI AL-ASY’AS, dia ambil dari SAUBAN; masalahnya;

a.       YAZID BIN RABIAH adalah MAJHUL.

b.      Tidak diketahui YAZID dengar hadis dari ABU AL-ASY’AS.

c.       ABU AL-ASY’AS pula tidak dengar hadis dari SAUBAN. Yang ada, ABU AL-ASY’AS dengar hadis dari ABU ASMA’ AL-RAHABI, dia ambil hadis dari SAUBAN[6].

 

MATAN 13

 

[7] SYAWAHID hadis ini adalah—daripada ABU RAFI’ AL-QIBTI bahawa Nabi saw bersabda;

لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ مُتَّكِئًا عَلَى أَرِيكَتِهِ، يَأْتِيهِ الْأَمْرُ مِمَّا أَمَرْتُ بِهِ، أَوْ نَهَيْتُ عَنْهُ، فَيَقُولُ: لَا أَدْرِي، مَا وَجَدْنَا فِي كِتَابِ اللَّهِ اتَّبَعْنَاهُ

pasti seseorang kamu akan berjumpa orang yang duduk bersandar di tempat duduknya, lalu datang kepadanya perintah atau laranganku, lalu dia berkata: Aku tidak tahu. Kami ikut apa yang kami jumpai dalam kitabullah[7]

 

[8] Maksud dengan يَأْتِيهِ الْأَمْرُ مِمَّا أَمَرْتُ بِهِ (datang suruhan kepadanya daripada apa yang aku suruh); iaitu merujuk kepada;

a.             Perkara yang wajib.

b.            Perkara yang sunat.

 

[9] maksud dengan نَهَيْتُ عَنْهُ (aku larang dari kamu lakukan); iaitu merujuk kepada;

a.             Haram

b.            Makruh.

 

[10] Hadis kononnya Nabi saw bersabda;

 

اذا جاءكم حديث فاعرضوه على القرءان كتاب الله فإن وافقه فخذوه

Apabila datang kepada kamu hadis, maka bandingkan dengan al-Quran yang merupakan kitabullah. Jika selaras, maka ambillah (hadis tersebut)

 

BIOGRAFI PERAWI 13

 

نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ

[] NASR BIN ALI AL-JAHDHAMIY BIN NAS BIN ALI BIN SOHBAN AL-AZDI @ ABU AMRU AL-BASRI (161H - 250H[8])

 

[] Dia adalah المشايخ التسعة iaitu 9 guru hadis kepada enam imam hadis kutub sittah.

 

[] pada AL-JAHDHAMIY adalah nisbah pada الجهاضمة iaitu satu tempat di BASRAH[9].

 

[] ABU BAKAR BIN ABI DAUD kata, wakil amir BASRAH datang berjumpa dengan dia untuk minta dia dilantik menjadi Qadhi. Dia berkata kepada Amir BASRAH: aku pulang dulu dan aku mahu solat istikharah. Dia pun pulang ke rumah dan solat istikharah dua rakaat. Kemudian dia berdoa;

 

اللهم ان كان لي عندك خير فاقبضني اليك

Ya Allah, jika aku berada di sisiMu itu lebih baik, maka gengamlah nyawaku untuk aku kepadaMu”

 

Selepas itu dia tidur. Pada paginya, orang membangunkannya, didapati dia sudah meninggal dunia[10].

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[11]

B.                  Dianggap siqah oleh IBN KHARRASY, AL-NASAIE[12].

C.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah sabat[13]

D.                 AHMAD kata, dia ما به بأس[14]

E.                  ABU HATIM kata, aku lebih suka dan lebih siqah dan lebih hafiz berbanding ABU HAFS[15].

F.                   AL-FARIHYANI kata, di sisi aku dia antara orang-orang cerdik[16].

G.                 MUHAMMAD BIN ALI AL-NISABURI kata, dia hujah[17].

 

سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ

[] SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI IMRAH MAIMUN AL-HILALIY @ ABU MUHAMMAD AL-A’WAR AL-KUFI[18] (107H[19] - 198H[20])

 

[] dia tinggal Kufah, kemudian berpindah ke Mekah[21] pada tahun 63 hijrah dan tinggal di Mekah sehingga dia meninggal dunia[22].

 

[] AL-IMAM SYAFIE kata:

 

لو لا مالك وسفيان لذهب علم الحجاز

Kalau tidak kerana Malik dan Sufyan, pasti tidak ada ilmu di hijaz[23]

 

[] IBN AL-MADINI bertanya YAHYA BIN SAID: Wahai Abu Said, sufyan adalah imam dalam al-hadis.

 

Jawab Yahya: Sufyan adalah imam dalam hadis semenjak 40 tahun lagi[24].

 

[] Dia diangkat juga oleh SYIAH;

A.                  Dianggap salah seorang ASHAB IMAM JA’FAR AL-SODIQ.

B.                  MUHAMMAD BIN YAAQUB AL-KULAINI meriwayatkan lebih kurang 20 riwayat darinya.

C.                  ALI BIN IBRAHIM AL-QUMMI anggap dia siqah.

D.                 IBN DAUD AL-HULLI kata, dia mamduh.

 

[] KELOMPOK SYIAH YANG TOLAK DIA;

A.                  IBN AL-MUTOHHAR AL-HULLI kata, dia bukan dari ashab kami.

B.                  IBN TAUS kata, sufyan bin Uyaynah dan Sauri, kedua-dua mereka bukan dari kalangan kami.

C.                  AL-KUSSYI mencela dia.

D.                 AL-MAJLISI anggap dia pemalsu hadis.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah, hafiz, faqih, imam, hujah kecuali dia ada berubah hafalannya di akhir umurnya. Dia kadangkala tadlis, tetapi tadlis dari para siqah[25]. Menurut YAHYA BIN SAID AL-QATTAN, dia mula ikhtilat pada tahun 197 hijrah. Sesiapa yang dengar hadis darinya selepas dari tahun itu, hadisnya tidak berguna[26].

B.                  AL-IJLI kata, dia kufi siqah sabat dalam hadis, hasan al-hadis, dianggap hukama’ dari kalangan ulama hadis[27].

C.                  BAIHAQI kata, dia siqah, hafiz, hujah.

D.                 ABU HATIM AL-RAZI kata, siqah, imam. Orang yang sabat dengan hadis AL-ZUHRI adalah MALIK, IBN UYAYNAH. Dia amat tahu hadis AMRU BIN DINAR, dia ambil dari SYU’BAH.

E.                  AL-HAKIM AL-NAISABURI kata, dia hafiz, siqah, sabat.

F.                   DARAQUTNI kata, dia siqah. Waktu lain kata, dia hafiz, siqah.

G.                 ZAHABI kata, dia salah seorang imam siqah, sabat, hafiz, imam. Di waktu lain kata, salah seorang imam islam.

H.                 ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, dia manusia yang amat tahu berkenaan hadis penduduk Hijaz.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

I.                    AHMAD kata, orang yang paling sabat berkenaan hadis AMRU BIN DINAR, hafiz, ada silap pada hadis yang dia ambil dari penduduk kufah, dia ada buat salah pada hadis penduduk hijaz.

J.                    AL-JILI kata, dia siqah, sabat pada hadis.

K.                  ASQALANI kata, dia siqah, hafiz, faqih, imam, hujah, TETAPI hafalannya berubah dekat dengan saat kematiannya. Kadangkala dia tadlis tetapi dari para siqah. Dia orang yang amat sabat berkenaan AMRU BIN DINAR.

 

سَالِمٍ أَبِي النَّضْرِ

[] SALIM BIN ABI UMAYYAH AL-QURASHI AL-TAIMIY @ ABU AL-NADHR (129H[28])

 

[] dia tinggal di Madinah.

                                                                                                          

[] Dia meninggal di era khilafah MARWAN BIN MUHAMMAD[29].

 

[] IBN UYAYNAH sifatkan dia ahli ibadat, mempunyai akal dan kemuliaan[30].

 

[] KOMENTAR;

A.                  Kutub sittah[31].

B.                  Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN, IJLI, NASAIE, IBN UYAYNAH, IBN HIBBAN, IBN SYAHIN, IBN AL-MADINI, IBN AL-NUMAIR[32].

C.                  MURSYID dan ALI BIN ADAM kata, dia siqah sabat, selalu lakukan irsal[33].

D.                 IJLI kata, dia siqah, lelaki soleh.

E.                  ABU HATIM kata, lelaki soleh, hasan al-hadis[34].

F.                   IBN SAAD kata, dia siqah, banyak riwayat hadis[35].

G.                 IBN ABD AL-BAR kata, ulama ijmak bahawa dia siqah sabat[36].

H.                 ASQALANI kata, dia siqah, sabat, dia selalu buat irsal.

 

KOMENTAR NEGATIF

I.                    ABU HATIM kata, dia mursal hadis OSMAN BIN ABI AL-AS[37].

 

زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ

[] ZAID BIN ASLAM AL-‘ADAWI [38]العدوي @ ABU ABDILLAH AL-MADANI (ada kata: ABU USAMAH AL-MADANI) (136H[39]) – TABIIN.

 

[] salah seorang fuqaha’ Madinah, sehinggakan dia ada satu halakah ilmu di Masjid Nabi. Antara yang turut hadir majlis ilmunya adalah ALI BIN AL-HUSAIN.

 

[] ABU HAZIM kata, aku nampak dalam majlis ZAID BIN ASLAM ada 40 orang faqih.

 

[] bapanya adalah bekas hamba kepada Saidina Umar[40].

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[41]

B.                  Dianggap siqah oleh AHMAD, ABU ZUR’AH, ABU HATIM, MUHAMMAD BIN SAAD, NASAIE, IBN KHARRASH[42].

C.                  YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah, ahli fiqh dan ilmu. Alim dalam bidang tafsir al-Quran[43].

D.                 MURSYID kata, dia selalu lalukan irsal[44].

E.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah, faqih, selalu buat irsal[45].

 

KOMENTAR NEGATIF;

F.                   IBN MAIN kata, dia tidak dengar hadis dari JABIR dan ABU HURAIRAH[46].

G.                 UBAIDULLAH BIN UMAR kata, aku tidak tahu dia ada masalah kecuali dia tafsirkan al-Quran guna pandangannya dan banyak dia lakukan begitu. Hal ini disebut IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[47].

 

عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ

[] ABDULLAH BIN ABI RAFI’ AL-QURASHI AL-HASHIMI[48] (91H) - TABIIN.

 

[] Dia adalah kerani kepada ALI BIN ABI TALIB[49]. Dia bersama dengan Ali dalam banyak siri peperangan.

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[50]

B.                  KHATIB, ABU HATIM, IBN HIBBAN[51], MURSYID dan ALI BIN ADAM kata, dia siqah[52].

C.                  IBN SAAD kata, dia siqah, banyak riwayat hadis[53].

 

أَبِيهِ

[] ABU RAFI’ AL-QIBTI @ IBRAHIM (ADA KATA: SOLEH | ADA KATA, ASLAM | ADA KATA, SABIT | ADA KATA, HURMUZ) (40H) – SAHABAT[54]

 

[] Dia tinggal di sekitar mekah dan Madinah sahaja.

 

[] Dia berbangsa Qibti. Asalnya dia adalah hamba kepada AL-ABBAS. Bapa saudara Nabi itu hadiahkannya kepada Nabi, lalu Nabi saw pun merdekakannya ketika dia memberitahu keislaman AL-ABBAS. ABU RAFI’ masuk islam sebelum perang badar, tetapi dia tidak terlibat dalam perang tersebut. Namun, dia terlibat dalam perang UHUD dan selepas itu[55].

 

[] Dia memeluk islam bersama dengan UMMU AL-FADHL. Mereka sembunyikan keislaman mereka.

 

[] dia meninggal di awal pemerintahan ALI BIN ABI TALIB[56]. Ada pula kata, dia meninggal di Madinah selepas dari pembunuhan terhadap Saidina Osman[57].

 

 



[1] Mursyid:1/89 | masyariq:1/194

[2] Mursyid:1/88

[3]

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ فِي بَيْتِهِ، أَنَا سَأَلْتُهُ، عَنْ سَالِمٍ أَبِي النَّضْرِ، ثُمَّ مَرَّ فِي الْحَدِيثِ قَالَ: أَوْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ، عَنْ أَبِيهِ

[4] Masyariq:1/193

[5] Sindi:1/16 | raid:1/59 | mursyid:1/86

[6] Masyariq:1/183

[7] Ibn Majah 13:

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ فِي بَيْتِهِ، أَنَا سَأَلْتُهُ، عَنْ سَالِمٍ أَبِي النَّضْرِ، ثُمَّ مَرَّ فِي الْحَدِيثِ قَالَ: أَوْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

[8] Mursyid:1/87 | Jarir kata, dia meninggal pada tahun 251 hijrah. (Masyariq:1/187)

[9] Mursyid:1/87

[10] Masyariq:1/187

[11] Masyariq:1/187

[12] Masyariq:1/187

[13] Masyariq:1/187

[14] Masyariq:1/187

[15] Masyariq:1/187

[16] Masyariq:1/187

[17] Masyariq:1/187

[18] Mursyid:1/88

[19] Sepertimana yang diriwayatkan oleh IBN AL-MADINI dan ABDUL RAHMAN BIN BISYR BIN AL-HAKAM yang ambil dari SUFYAN. (masyariq:1/188)

[20] Menurut al-Waqidi, dia meninggal pada hari sabtu, hari pertama dalam bulan rejab tahun 198 hijrah. (Masyariq:1/189)

[21] Masyariq:1/188

[22] Masyariq:1/189

[23] Masyariq:1/188

[24] Masyariq:1/188

[25] Masyariq:1/188

[26] Masyariq:1/189

[27] Masyariq:1/188

 

[28] Mursyid:1/88 | ABU UBAID AL-QASIM BIN SALAM kata, dia meninggal pada tahun 133

[29] Masyariq:1/190

[30] Masyariq:1/190

[31] Masyariq:1/190

[32] Masyariq:1/190

[33] Mursyid:1/88

[34] Masyariq:1/190

[35] Masyariq:1/190

[36] Masyariq:1/190

[37] Masyariq:1/190

[38] Mursyid:1/88

[39] Mursyid:1/88

[40] Mursyid:1/88 | Masyariq:1/191

[41] Masyariq:1/191

[42] Masyariq:1/191

[43] Masyariq:1/191

[44] Mursyid:1/88

[45] Masyariq:1/191

[46] Masyariq:1/191

[47] Masyariq:1/191

[48] Mursyid:1/88

[49] Masyariq:1/191

[50] Masyariq:1/191

[51] Masyariq:1/191

[52] Mursyid:1/88

[53] Masyariq:1/191

[54] Mursyid:1/88

[55] Masyariq:1/192

[56] Mursyid:1/88

[57] Masyariq:1/192

No comments:

Post a Comment

HADIS 18

     IBN MAJAH, HADIS NO: 18   حَدَّثَنَا  هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ  قَالَ: حَدَّثَنَا  يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ  قَالَ: حَدَّثَنِي  بُرْدُ بْنُ س...