|
MUQADDIMAH |
SIAPA IBN MAJAH?
Nama penuh penulis kitab Sunan Ibn Majah adalah ABU
ABDILLAH MUHAMMAD BIN YAZID BIN MAJAH AL-RIB’IE الربعي (209H-273H).
Seorang ulama yang
alim dalam bidang hadis, tafsir dan tarikh serta seorang pengkaji agama yang
hebat.
Dia dilahirkan di QAZWIN, iaitu satu kota terbesar
Iran pada hari ini dan meninggal dunia di tempat yang sama.
Dia sempat sampai ke Basrah, Baghdad, al-Syam, Mesir,
mekah, Madinah dan Ray dalam jelajah mencari ilmu.
Dari sudut amalan fiqh, dia seorang yang mengamalkan
mazhab syafie.
KITAB SUNAN IBN MAJAH
Ia adalah kitab yang
ke-6 dari enam buah kitab hadis hadis ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang dianggap
sebagai Usul al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Kitab ini mengandungi
38 bab dengan lebih 4341 hadis yang bercampur antara hadis sahih, hasan, doif,
mungkar malah palsu.
No comments:
Post a Comment