Sunday, May 28, 2023

HADIS 6

 

IBN MAJAH, HADIS 6

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ»

 

SAHIH

 

[1] SANAD;

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasulullah

(11H)

 

 

-           Mekah

-           Madinah

 

-           Maksum

-           Perkataan Nabi

 

 

5.

 

QURRAH bin Iyas

(64H)

 

 

-           Basrah.

 

-           sahabat

 

4.

 

MUAWIYYAH BIN QURRAH

(36H – 113H)

 

 

 

-           Basrah.

 

 

-           Kutub sittah

-           Siqah

 

 

3.

 

SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ

(83H – 160H)

 

 

-           Basrah.

 

-           Amirul Mukminin.

-           Kutub sittah

-           Siqah

-           Riwayat secara makna tanpa faqih.

 

 

2.

 

MUHAMMAD BIN JAAFAR

(193H)

 

 

-           Hijaz

-           Basrah

 

 

-           Kutub sittah

-           Siqah.

 

1.

 

MUHAMMAD BIN BASYSYAR

(167H – 252H)

 

 

-           Basrah

 

 

-           Imam 9

-           Kutub sittah

-           Siqah

 

 

 

IBN MAJAH

(209H – 273H)

 

 

 

 

[2] ARNAUT—ISNADNYA SAHIH[1].

·       Semuanya adalah rijal Bukhari-muslim kecuali sahabat sahaja.

 

[3] ALBANI—SAHIH

·       Ia sahih ikut syarat Bukhari – Muslim[2].

 

MATAN 6

 

عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ[3] حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ»

Daripada Qurrah berkata: Rasulullah saw bersabda: Sentiasa ada satu puak dari kalangan umatku yang mereka mendapat pertolongan. Orang-orang yang menghina mereka tidak dapat memudharatkan mereka sehingga berlaku kiamat”

 

[4] Matan hadis ini ada sedikit perbezaan dengan riwayat AHMAD;

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا فَسَدَ أَهْلُ الشَّامِ فَلَا خَيْرَ فِيكُمْ، وَلَنْ تَزَالَ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ – احمد, 15597

 

Perbezaannya, dalam matan AHMAD ada penambahan: إِذَا فَسَدَ أَهْلُ الشَّامِ فَلَا خَيْرَ فِيكُمْ (apabila penduduk Syam rosak, maka tidak ada lagi kebaikan pada mereka”

 

[5] Hadis ini seakan-akan menjelaskan maksud ayat al-Quran berikut;

 

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (125) وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ (126) وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ (127) إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ (128)  - النحل

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk * Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. * Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. * Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya

 

[6] hadis ini ada SYAWAHID;

1.                  SAUBAN bahawa Nabi saw bersabda;

 

عَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ» - مسلم, 1920

Sentiasa ada satu puak dari kalangan umatku yang zahir atas kebenaran. Orang-orang yang hina mereka tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang urusan Allah dalam keadaan mereka seperti itu

 

*Maksud dengan ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ adalah mereka tidak bergerak secara tertutup, bahkan mereka terkenal[4].

 

2.                  JABIR BIN SAMURAH bahaw Nabi saw bersabda;

 

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: «لَنْ يَبْرَحَ هَذَا الدِّينُ قَائِمًا، يُقَاتِلُ عَلَيْهِ عِصَابَةٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ، حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ» - مسلم, 1922

“Agama ini tidak akan terkalahkan selama ada satu kelompok orang islam yang berperang sehingga berlaku kiamat”

 

3.                  UQBAH BIN ‘AMIR bahawa dia dengar Rasullullah saw bersabda;

 

وَأَمَّا أَنَا فَسَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «لَا تَزَالُ عِصَابَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى أَمْرِ اللهِ، قَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ، حَتَّى تَأْتِيَهُمُ السَّاعَةُ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ» - مسلم, 1924

Sentiasa ada satu kelompok dari kalangan umatku yang berperang atas perintah Allah; mereka tegas terhadap musuh mereka. Orang yang melawan mereka tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang kiamat pun, keadaan mereka tetap begitu.

 

[7] Komentar;

a.                  Pada hadis bab dan syawahid SAUBAN, tidak dikaitkan dengan perang.

b.                  Pada syawahid JABIR dan UQBAH dikaitkan dengan perang.

 

[8] Perkataan طائفة bermaksud الجماعة من الناس (satu jemaah dari kalangan manusia). tidak dimasuki “Alif” dan “Lam”, makanya ia memberi maksud bahawa jemaah tersebut adalah sedikit; ataupun memberi maksud تعظيم iaitu kemuliaan[5].

 

Apabila disebut طائفة, bilangan mereka adalah;

(A)               IBN ABBAS kata, satu orang ke atas.

(B)                ALI BIN ADAM dan AL-ZUHRI kata, sekurang-kurang bilangannya adalah 3 orang[6].

(C)                ‘ATA’ kata, sekurang-kurangnya adalah 2 orang[7].

(D)               MUJAHID dan NAKHAIE kata, bilangan dari satu sampai seribu orang[8].

 

[9] Menurut AL-SINDI, maksud dengan dibantu itu adalah;

(A)               Dengan hujah dan pembuktian. Ini jihad bagi ahli ilmu[9].

(B)               Dengan pedang dan perang. Bagi para mujahidin dan tentera[10].

 

Dari sudut konteks hadis, AL-SINDI lebih cenderung dengan pentafsiran (B)[11].

 

[10] terjemahan الطائفة  adalah “satu jemaah dari kalangan umat”. Namun, dari sudut maksud hadis ini adalah;

(A)                AHMAD kata, ahli hadis. kata beliau;

 

إن لم يكونوا هم اهل الحديث, فلا أدري من هم

“Jika mereka bukan ahli hadis, maka aku tidak tahu siapa mereka (yang dimaksudkan dengan hadis)[12]

 

(B)               QADHI IYYADH kata, ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dan mereka yang beriktikad dengan mazhab Ahli hadis[13].

(C)                AL-BUKHARI kata, ahli ilmu[14].

(D)               AL-SAYUTI kata, mujtahid. Ini kerana, muqallid tidak dinamakan sebagai alim. Dari ini, beliau tafsirkan bahawa ijtihad itu kekal sehingga kiamat atau datang tanda-tanda besar kiamat[15].

(E)                NAWAWI pula kata, maksudnya kena lihat pada jenis-jenis dari kalangan orang yang beriman; seperti Mujahid, faqih, muhaddis, orang zuhud, orang yang menyuruh makruf dan nahi mungkar dan sebagainya[16].

(F)                ALI BIN ADAM kata, sesiapa sahaja yang membantu agama, ikut sunnah, melawan bid’ah; sama ada dia ulama hadis, atau ulama tafsir, ahli fiqh, pemerintah dan sebagainya[17].

 

[11] Dalam hadis ini menyebut bahawa yang bangkit melawan itu SATU طائفة. Justeru, bagaimana pula dengan hadis—daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda;

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، فِيمَا أَعْلَمُ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا» - ابو داود, 4291

“Allah lantik bagi umat ini setiap seratus tahun ada orang yang melakukan tajdid bagi agama”

 

JAWAB:

Memandangkan IBN ABBAS tafsirkan maksud طائفة tidak semestinya kelompok ramai, bahkan seorang pun sudah dianggap maksud hadis.

 

Tambahan pula, pada perkataan من pada hadis مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا bersifat umum. Justeru, tidak semestinya merujuk kepada seorang, bahkan berbentuk ramai juga boleh termasuk dalam maksud hadis[18].

 

[12] kewujudan kelompok طائفة tidak semestinya di satu tempat sahaja. Ia boleh berlaku di mana sahaja atas muka bumi Allah ini[19].

 

[13] Maksud dengan حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ (sehingga berlaku kiamat) adalah sehingga orang mukmin dimatikan dengan kedatangan angin yang mencabut nyawa setiap irang mukmin.

 

Berkenaan tiupan angin ini, ada disebutkan dalam hadis—daripada UQBAH BIN ‘AMIR bahawa dia dengar Rasullullah saw bersabda;

 

وَأَمَّا أَنَا فَسَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «لَا تَزَالُ عِصَابَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى أَمْرِ اللهِ، قَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ، حَتَّى تَأْتِيَهُمُ السَّاعَةُ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ» ، فَقَالَ عَبْدُ اللهِ: أَجَلْ، «ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ رِيحًا كَرِيحِ الْمِسْكِ مَسُّهَا مَسُّ الْحَرِيرِ، فَلَا تَتْرُكُ نَفْسًا فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنَ الْإِيمَانِ إِلَّا قَبَضَتْهُ، ثُمَّ يَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ عَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ» - مسلم, 1924

Sentiasa ada satu kelompok dari kalangan umatku yang berperang atas perintah Allah; mereka tegas terhadap musuh mereka. Orang yang melawan mereka tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang kiamat pun, keadaan mereka tetap begitu. Abdullah bin Amru bin al-AS berkata: benar begitu. Kemudian Allah akan hantar angin yang seharum kasturi selembut sutera. Angin itu tidak tinggalkan satu nyawa orang yang dalam hatinya ada sebesar biji sawi dari keimanan kecuali Allah nyawanya akan dicabut. Kemudian kekal orang-orang jahat kepada mereka sehingga kiamat”

 

[14] PENGAJARAN:

 

1.                  Memandangkan hadis ini dalam bab اتباع سنة رسول الله, seakan-akan IBN MAJAH mahu menyatakan bahawa kalangan yang sentiasa bangkit mempertahankan kebenaran serta dibantu sehingga hari kiamat itu adalah kalangan yang berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah saw.

2.                  Kelebihan yang dikurnikan kepada umat Nabi Muhammad adalah sentiasa ada kalangan yang bangkit untuk memastikan agama ini tidak diselewengkan.

3.                  Apabila Nabi saw bercakap berkenaan jaminan di akhir zaman, bahkan apa yang disebut itu sehingga hari ini; ia adalah bukti benar Nabi saw bercakap atas asas wahyu.

4.                  Apabila Nabi saw menyatakan sentiasa ada kalangan umat yang bangkit menegakkan kebenaran; secara ISYARAT difahami bahawa umat Islam bakal berhadapan dengan kelemahan. Kelemahan dari sudut ketenteraan, maka ada kelompok jihad; lemah dari sudut ilmu, akan ada ahli ilmu yang bangkit dan sebagianya.

 

BIOGRAFI PERAWI 6

 

مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ

[] MUHAMMAD BIN BASYSYAR BIN OSMAN BIN DAUD BIN KAISAN AL-‘ADBI @ ABU BAKAR AL-HAFIZ AL-BASRI @ BUNDAR (167H –  252H[20])

 

[] Dia dilahirkan di tahun HAMMAD BIN SALAMAH meninggal dunia. Hammad meninggal tahun 167 Hijrah[21].

 

[] Dilahirkan di Basrah dan membesar di situ. Selama ibunya masih hidup, dia tidak keluar dari basrah. Selepas ibunya meninggal dhnia, dia pun jelajah mencari ilmu. Dia pernah berkata;

 

أردت الخروج فمنعتني أمي، فأطعتها، فبورك لي فيه

Aku mahu keluar (dari basrah), tetapi ibu aku melarang. Aku pun taat ibuku. Aku pun diberikan keberkatan dengan sebab ketaatan itu”

 

[] Salah seorang dari 9 orang guru hadis kepada imam sittah yang ambil hadis tanpa perantara.

 

[] IBN KHUZAIMAH kata: aku dengar BUNDAR kata bahawa aku berbeza dengan YAHYA BIN SAID AL-QATTAN (110H – 178H) lebih dari 20 tahun.

 

[] ABU DAUD kata, aku tulis hadis dari Bundar lebih kurang 50 ribu hadis[22]. AL-BUKHARI ambil hadis darinya sebanyak 250 hadis dalam sahihnya. Muslim pula, ambil sebanyak 460 hadis dalam sahihnya.

 

[] IBN KHUZAIMAH kata bahawa BUNDAR berkata: kamu tidak duduk dalam majlis aku ini kecuali kamu hafal semua hadis yang aku keluarkan

 

[] KOMENTAR;

A.                  Kutub sittah.

B.                  AL-IJLI kata, dia penduduk basrah yang siqah dan banyak riwayat hadith.

C.                  ABU HATIM kata, dia soduq.

D.                 AL-NASAIE kata, dia soleh dan لا بأس به

E.                  IBN HIBBAN sebut namanya dalam al-Siqaat. Katanya, dia hafiz hadis dan dia baca hadis berdasarkan hafalannya.

F.                   IBN KHUZAIMAH kata, telah menceritakan kepada kami imam pada zamannya, iaitu MUHAMMAD BIN BASYSYAR.

G.                 AL-BUKHARI kata dalam sahihnya, aku tulis BUNDAR, dia menyebut hadis secara sanad. Kalau tidak kerana bersangatan siqahnya, pasti dia riwayatkan hadis secara mukatabah.

H.                 AL-DARAQUTNI kata, dia dari kalangan huffaz asbat.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

I.                    ABU HAFSH AL-FALLAS bersumpah bahawa BUNDAR seorang pembohong apabila dia riwayatkan hadis dari YAHYA

J.                    IBN MA’IN anggap dia doif.

K.                  ABU AL-FATH kata, ramai manusia menulis berkenaan BUNDAR dan menerimanya. Tetapi, mereka tidak kemukakan komentar YAHYA BIN MA’IN dan AL-QAWARIRIY yang mentajrihkannya. Aku tidak nampak seorangpun menyebut berkenaan Bundar kecuali yang baik sahaja

 

 

مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ

[] MUHAMMAD BIN JAAFAR AL-HUZALI @ ABU ABDILLAH AL-BASRI @ GHUNDAR (193H[23])

 

[] Dia dipanggil غندر kerana dalam kalangan penduduk HIJAZ, perkataan GHUNDAR memberi maksud الشغب—rusuhan. Hal ini kerana, dia suka merusuh kepada IBN JURAIJ sehingga IBN JURAIJ kata kepadanya: اسكن يا غندر[24]

 

[] IBN MAIN kata, dia amalkan amalan berpuasa Nabi daud selama 50 tahun[25].

 

[] IBN MAIN kata lagi, aku jumpa dengan GHUNDAR. Dia cakap: aku tidak akan meriwayatkan hadis kepada kamu kecuali kamu berjalan di belakang aku. Penduduk Iraq nampak itu, lalu mereka muliakan aku[26].

 

[] AHMAD kata, dia lebih tua berbanding YAHYA BIN SAID AL-QATTAN[27]

 

[] Dia adalah cucu kepada isteri Syu’bah. Dia bermujalasah bersama Syu’bah selama 20 tahun[28]

 

[] Dia belajar hadis dari SYU’BAH selama kurang lebih 20 tahun. Dia kata: aku melazimi SYU’BAH selama 20 tahun. Aku tidak tidak pernah tulis hadis sepertimana aku tulis hadis dari SYU’BAH. Apabila aku tulis hadis darinya, aku akan tunjuk pula apa yang aku tulis itu kepadanya[29].

 

Ahmad kata, dia membentangkan balik kepada gurunya itu, kemungkinan dia seorang yang tidak cerdik. Justeru, dia sahih dari sudut catatan tetapi dia ada ghaflah.

                                                                                                                                       

[] Selain guru kepada BUNDAR, dia juga guru kepada AHMAD BIN HANBAL, ISHAQ, IBN MAIN, IBN AL-MADINI, ABU BAKAR BIN ABI SYAIBAH, OSMAN BIN ABI SYAIBAH dan sebagainya[30].

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[31].

B.                  Dianggap siqah oleh IBN SA’AD, AL-MUSTAMLI dan AL-IJLI.

C.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah sahih al-kitab kecuali dia ada sedikit lalai[32].

D.                 IBN MAIN kata, dia adalah orang yang paling sahih dari sudut catatan hadis. ada orang nak cari kesalahan, tetapi mereka tidak jumpa[33].

E.                  IBN AL-MADINI kata, selain ABDUL RAHMAN, dia adalah orang yang paling aku suka berkenaan SYU’BAH[34].

F.                   IBN MAHDI kata, kami ambil faedah dari kutub ghundar berkenaan SYU’BAH semasa dia masih hidup lagi[35].

G.                 WAKI’E kata, kitab GHUNDAR adalah yang paling hakam dalam kalangan mereka[36] dan dia adalah الصحيح الكتاب

H.                 ABU HATIM kata, dia soduq, dia muaddib. Hadis syu’bah darinya adalah siqah[37]

I.                    IBN HIBBAN kata, dia orang paling sahih kitab. Cuma ada sedikit ghaflah[38].

J.                    AL-IJLI kata, dia penduduk Basrah yang siqah. Dia adalah orang yang paling sabat hadis Syu’bah[39].

K.                  IBN MUBARAK kata, orang berselisih pendapat berkenaan hadis riwayat dia ambil dari SYU’BAH tetapi sandaran utama adalah catatannya untuk hilangkan kekeliruan itu.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN:

L.                   AMRU BIN AL-ABBAS kata, aku catat semua hadis dari GHUNDAR kecuali hadis yang dia ambil dari IBN ABI ‘ARUBAH kerana ABDUL RAHMAN melarang aku.

 

شُعْبَةُ

[] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ BIN AL-WARD AL-ITQI العتكي AL-AZDI الأزدي @ ABU BASTOM AL-WASITI AL-BASRI @ TABIIN (83H - 160H[40])

 

[] IBN SAAD kata, dia meninggal di Basrah[41].

 

[] Dia orang yang mula-mula sekali mencari rijal hadis di Iraq. SOLEH JAZRAH kata: Syu’bah adalah orang yang mula-mula sekali bercerita berkenaan rijal, diikuti Qattan, kemudian Ahmad dan Yahya[42].

 

[] MUSLIM BIN IBRAHIM kata, aku tidak pernah nampak SYU’BAH apabila masuk waktu solat kecuali aku dapati dia sedang menunaikan solat[43].

 

[] AL-NADHAR BIN SYUMAIL kata, aku tidak jumpa orang yang amat kasihi orang miskin seperti dia[44].

 

[] QURRAD ABU NUH bercerita: Syu’bah nampak aku pakai satu jubah. Dia tanya: berapa harga jubah kamu ini? Dijawab: 8 dirham. Dia pun berkata: Celaka kamu. Kamu tidak takut kepada Allah sehingga kamu pakai jubah berharga 8 dirham, sedangkan kamu boleh pakai jubah dengan harga 4 dirham, dan 4 dirham berbaki kamu sedekahkan kepada orang miskin. Aku jawab: aku bersama dengan kaum yang bersegak. Dia kata: untuk apa kamu bersegak bersama dengan mereka[45].

 

[] Menurut satu kisah menarik yang diceritakan Imam al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Rihlah fi Talabil Hadith, bahawa ketika di Kufah, dia mendengar satu hadis dari Abu Ishaq al-Sabiie, iaitu hadis (sabda Nabi SAW);

 

مَنْ ‌تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الوُضُوءَ ‌ثُمَّ ‌صَلَّى ‌رَكْعَتَيْنِ فاستغفر الله إلا غَفَرَ لَهُ

"Sesiapa mengambil wudhuk, lalu mengelokkan wudhuknya, kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat, kemudian beristighfar (memohon ampun) kepada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya".

 

Kata Abu Ishaq: hadis ini diambilnya dari Abdullah bin 'Ato, yang dia ambil dari 'Uqbah bin 'Amir (sahabat Nabi).

 

Syu'bah berkata: aku bertanya Abu Ishaq; apakah Abdullah bin 'Ato' mendengarnya langsung dari 'Uqbah bin 'Amir RA?

 

Abu Ishaq tidak menjawabnya. Lalu dikatakan kepadaku: pergilah kamu ke Mekah, bertemu sendiri dengan 'Abdullah bin Ato', dia tinggal di sana.

 

Syu'bah mengembara ke Mekah (dari Kufah). Walaupun ketika itu musim haji, namun kata dia: aku mengembara ke Mekah ketika itu bukan kerana haji, tetapi semata-mata kerana hadis tersebut.

 

Di Mekah dia dapat bertemu 'Abdullah. Abdullah berkata: Sa'ad bin Ibrahim yang memberitahu kepadaku hadis tersebut. Pergilah kamu ke Madinah kerana Saad tinggal di Madinah. Syu'bah mengembara pula ke Madinah.

 

Di Madinah apabila bertemu Saad bin Ibrahim dia memberitahu kepadaku: hadis itu diberitahu kepadaku oleh Ziyad bin Mikhraq. Dia tinggal di Basrah. Kata Syu'bah; lalu aku mengembara pula ke Basrah.

 

Di Basrah, bila aku bertanya Ziyad. dia berkata: engkau tidak akan sudi mendengarnya jika aku beritahu dari siapa aku mendengar hadis tersebut. Namun aku berkeras agar dia memberitahunya. Lalu Ziyad memberitahu; hadis itu diberitahu kepadaku oleh Syahr bin Hausyab (yang mendakwa dia mengambil hadis itu) dari Abu Rayhanah dan Abu Rayhanah pula mengambilnya dari sahabat Nabi 'Uqbah bin 'Amir RA.

 

Mendengar nama Syahr bin Hausyab, Syu'bah menjadi sangat kecewa, kerana Syahr diragui periwayatannya oleh setengah ulamak pengumpul hadis ketika itu. Syu'bah berkata: hadis tersebut dirosakkan oleh kewujudan Syahr dalam rantaian sanadnya. Jika hadis ini soheh dari Nabi SAW, nescaya ia lebih aku sukai dari keluargaku, hartaku, malah dari sekelian manusia di bumi"

 

[] Dia terkenal sebagai ulama hadis yang meriwayatkan hadis secara makna. Tambahan pula, dia tidak terkenal dengan kefaqihan dan ijtihad fiqh. Dengan sebab itu, walaupun dia digelar al-Sauri sebagai Amirul mukminin dalam ilmu hadis, riwayatnya tidak diterima oleh Imam Abu Hanifah

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[46].

B.                  SAURI kata, syu’bah adalah amirul mukminin dalam hadis[47].

C.                  SYAFIE kata, tanpa syu’bah pasti tidak diketahui ilmu hadis di iraq[48].

D.                 YAZID BIN ZURAI’ kata, syu’bah adalah orang yang paling benar dalam hadis[49].

E.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah, hafiz, mutqin, amirul mukminin dalam hadis[50].

F.                   AHMAD kata, dia lebih sabat berkenaan hadis hukum berbanding al-‘A’mash. Dia amat alim dalam bidang hadis. Tanpa syu’bah sudah pasti hilang hadis hukum. Syu’bah lebih baik hadis berbanding Sauri. Hadis di era lain tidak sehebat pada era syu’bah[51].

G.                 AHMAD dari anaknya: Syu’bah adalah umat yang satu dalam ilmu rijal. Dia celik dalam hadis, tasabbut dan amat cerah berkenaan rijal[52].

H.                 NASAIE kata, aku tanya ABU ABDILLAH, siapa yang lebih sabat antara SYU’BAH dan SUFYAN? Jawab ABU ABDILLAH: sufyan adalah hafiz, dia lelaki soleh. Syu’bah pula lebih sabat dan lebih soleh darinya[53].

I.                    HAMMAD BIN SALAMAH kata, kalau kamu mahu tahu ilmu hadis, lazimi Syu’bah[54].

J.                    HAMMAD BIN ZAID kata, aku tidak peduli orang menyalahi aku apabila aku sepakat dengan Syu’bah. Apabila syu’bah menyalahi aku pada sesuatu perkara, pasti aku akan tinggalkan hal itu[55].

K.                  DARAQUTNI kata dalam Ilal, dia banyak kali buat silap dalam menyebut nama perawi kerana terlalu sebuk dengan hafal matan hadis.

 

مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ

[] MUAWIYAH BIN QURRAH BIN IYAS BIN HILAL BIN RIAB AL-MUZANI @ ABU IYAS AL-BASRI @ TABIIN (36H - 113H[56])

 

[] Dilahirkan ketika tercetus perang Jamal. Menurut IBN MAIN, dia meninggal dunia ketika umurnya 76 hijrah[57].

 

[] dia tinggal di basrah dan

 

[] Menurut MATAR AL-A’NAQ bahawa MUAWIYAH pernah kata bahawa dia pernah jumpa ramai sahabat Nabi. Dikatakan sehingga seramai 70 orang sahabat, dan 25 orang dari kalangan mereka adalah kabilah MAZINAH[58].

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[59]

B.                  Dianggap siqah oleh IBN MAIN, AL-IJLI, AL-NASAIE, ABU HATIM, IBN SAAD, IBN HIBBAN[60]

C.                  ABU ZURAH kata, dia riwayat hadis dari ALI secara mursal[61].

D.                 ABU HATIM kata, dia tidak pernah jumpa UMAR[62].

E.                  IBN HIBBAN kata, dia dari kalangan orang berakal. [63]

F.                   SYAFIE kata, dia ambil hadis dari Osman secara munqati’. [64]

 

 

أَبِيهِ

[] QURRAH BIN IYAS BIN HILAL BIN RIAB AL-MUZANI @ ABU MUAWIYAH AL-BASRI @ SAHABAT [65]  (64H)

 

[] Ada orang kata, namanya QURRAH BIN AL-A’AZ الأعز  [66]

 

[] tinggal di Basrah. [67]

 

[] Dia terbunuh dalam perang AL-AZARIQAH bersama ABDUL RAHMAN BIN ‘UBAIS عبيس di era pemerintahan MUAWIYAH. [68]

 

[] tidak ada sesiapa pun yang ambil hadis darinya kecuali anaknya (Muawiyah bin Qurrah) sahaja[69].

 

 

 



[1] Ibn Hibban, 1/161: hadis no: 61

[2] Siilsilah sahihah:1/760.

[3] Maksudnya: tidak ada satu makhluk pun yang membantu mereka. (Sindi:1/13.

[4] Masyariq:1/120

[5] Raid:1/56

[6] Masyariq:1/119

[7] Masyariq:1/119

[8] Masyariq:1/119

[9] Sindi:1/13

[10] Sindi:1/13

[11] Sindi:1/13

[12] Sindi:1/13 | Raid:1/56

[13] Sindi:1/13 | Raid:1/56

[14] Sindi:1/13

[15] Sindi:1/13

[16] Sindi:1/13 | Raid:1/56

[17] Masyariq:1/125.

[18] Masyariq:1/125

[19] Sindi:1/13| Raid:1/56

[20] Sepertimana dalam riwayat al-Bukhari – masyariq:1/114

[21] Mashyariq:1/114

[22] Mashyariq:1/114

[23] Ada ulama kata, dia meninggal tahun 194 hijrah. AL-BUKHARI riwayatkan dari MUHAMMAD BIN AL-MUSANNA bahawa GHUNDAR meninggal pada tahun 192 hijrah. Masyariq:1/115

[24] Manhal:1/308

[25] Masyariq:1/115

[26] Masyariq:1/115

[27] Masyariq:1/115

[28] Ruslan:2/36

[29] Masyariq:1/115 | bazl:1/193

[30] Masyariq:1/115

[31] Masyariq:1/115

[32] Masyariq:1/115

[33] Masyariq:1/115

[34] Masyariq:1/115

[35] Masyariq:1/115

[36] Masyariq:1/115

[37] Masyariq:1/115

[38] Masyariq:1/115

[39] Masyariq:1/115

[40] Masyariq:1/117

 

[41] Masyariq:1/117

 

[42] Masyariq:1/117

 

[43] Masyariq:1/117

 

[44] Masyariq:1/117

 

[45] Masyariq:1/117

 

[46] Masyariq:1/117

 

[47] Masyariq:1/117

 

[48] Masyariq:1/117

 

[49] Masyariq:1/117

 

[50] Masyariq:1/117

 

[51] Masyariq:1/117

 

[52] Masyariq:1/117

 

[53] Masyariq:1/117

 

[54] Masyariq:1/117

 

[55] Masyariq:1/117

 

[56] Masyariq:1/118

[57] Masyariq:1/118

[58] Masyariq:1/118

[59] Masyariq:1/118

[60] Masyariq:1/118

[61] Masyariq:1/118

[62] Masyariq:1/118

[63] Masyariq:1/118

[64] Masyariq:1/118

[65] Masyariq:1/118

[66] Masyariq:1/118

[67] Masyariq:1/118

[68] Masyariq:1/118

[69] Masyariq:1/118

No comments:

Post a Comment

HADIS 18

     IBN MAJAH, HADIS NO: 18   حَدَّثَنَا  هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ  قَالَ: حَدَّثَنَا  يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ  قَالَ: حَدَّثَنِي  بُرْدُ بْنُ س...