Friday, May 26, 2023

HADIS 5

  

IBN MAJAH, HADIS 5

 

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ الدِّمَشْقِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى بْنِ الْقَاسِمِ بْنِ سُمَيْعٍ قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَفْطَسُ، عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ الْجُرَشِيِّ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَنَحْنُ نَذْكُرُ الْفَقْرَ وَنَتَخَوَّفُهُ, فَقَالَ: آلْفَقْرَ تَخَافُونَ؟ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَتُصَبَّنَّ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا صَبًّا، حَتَّى لَا يُزِيغَ قَلْبَ أَحَدِكُمْ إِزَاغَةً إِلَّا هِيهْ, وَايْمُ اللَّهِ، لَقَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى مِثْلِ الْبَيْضَاءِ، لَيْلُهَا وَنَهَارُهَا سَوَاءٌ

 

قَالَ أَبُو الدَّرْدَاءِ: صَدَقَ وَاللَّهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَرَكَنَا وَاللَّهِ عَلَى مِثْلِ الْبَيْضَاءِ، لَيْلُهَا وَنَهَارُهَا سَوَاءٌ

 

HASAN KERANA SYAWAHID

 

[1] SANAD;

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasulullah

(11H)

 

 

-          Mekah

-          Madinah

 

-          Maksum

-          Perbuatan Nabi

 

 

6.

 

Abu al-Darda’

(32H)

 

 

-          Madinah

-          Syam

 

-          Sahabat

 

5.

 

Jubair bin Nufair

(75H)

 

 

-          Yaman

-          Madinah

-          Syam

-          Hims.

-          Damsyiq

 

 

-          Mukhadram

-          Siqah

 

4.

 

Al-Walid bin Abdul Rahman al-Jurashi

( - )

 

 

-          Hims

 

-          Siqah

-          Muslim

-          Sunan

-          Bukhari af’al.

 

 

3.

 

Ibrahim bin Sulaiman al-Aftos

( - )

 

 

-          Damsyiq

 

-          Siqah pertengahan

 

2.

 

Muhammad bin Isa bin al-Qasim bin Sumayyi’.

(114H – 204H)

 

 

-           

 

-          Hasan

-          Sunan kecuali Tarmizi.

-          Dituduh Qadariyyah

 

 

1.

 

Hisham bin Ammar al-Dimasyqi

(153H – 245H)

 

 

-          Damsyiq (L-M)

 

-          Hasan

-          Bukhari

-          Ikhtilat.

 

 

 

IBN MAJAH

(209H – 273H)

 

 

 

 

[2] Hadis ini ada dua orang perawi yang bernama HISHAM BIN AMMAR dan MUHAMMAD BIN ISA; walaupun terdapat kritikan terhadap dua perawi ini, namun ALI BIN ADAM kata, Walaupun ia tidak sahih, tetapi ia tidak pula sampai ke tahap doif. Justeru, ia di tahap Hasan. Turut mengatakan Hasan pada hadis ini adalah Syeikh Albani[1].

 

[3] hadis ini ada SYAWAHID berikut;

(A)                AL-IRBADH BIN SARIYAH bahawa dia berkata:

 

عَنْ العِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ، قَالَ: وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا بَعْدَ صَلَاةِ الغَدَاةِ مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا العُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا القُلُوبُ، فَقَالَ رَجُلٌ: إِنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلَالَةٌ فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَعَلَيْهِ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ» - الترمذي, 2676

suatu hari selepas solat subuh, Rasulullah saw memberi pesanan kepada kami dengan pesanan yang sangat menyentuh sehingga air mata mengalir dan hati menjadi gemetar. Seseorang sahabat berkata: Seakan-akan ini merupakan pesanan perpisahan, lalu apa yang engkau mahu wasiatkan kepada kami, ya Rasulullah? Rasulullah pun bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat meskipun terhadap seorang budak habasyi. Sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu hidup, pasti dia akan melihat perselisihan yang sangat banyak, maka jauhilah oleh kamu perkara-perkara yang bid’ah kerana sesungguhnya hal itu merupakan kesesatan. Barangsiapa di antara kamu yang menjumpai hal itu hendaknya dia berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham"

 

(B)                AUF BIN MALIK yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam musnad bahawa Nabi saw berdiri di hadapan para sahabat seraya berkata:

 

عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّهُ قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ فِي أَصْحَابِهِ فَقَالَ: الْفَقْرَ تَخَافُونَ، أَوِ الْعَوَزَ، أَوَ تُهِمُّكُمُ الدُّنْيَا؟ فَإِنَّ اللَّهَ فَاتِحٌ لَكُمْ أَرْضَ فَارِسَ وَالرُّومِ، وَتُصَبُّ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا صَبًّا، حَتَّى لَا يُزِيغُكُمْ بَعْدِي إِنْ أَزَاغَكُمْ إِلَّا هِيَ - احمد, 23982

Kefakiran yang kamu takut atau ketidak cukupan atau kamu anggap dunia itu penting dalam hidup kamu? Sesungguhnya Allah adalah tuhan yang memberi kemenangan kamu di bumi farsi dan rom. Sungguh akan diberikan kepada kamu dunia sehingga hati salah seorang dari kamu tidak mampu berpaling kecuali akan menemuinya; sehingga tidak cenderung akan kamu selepasku; tidak cenderung akan kamu kecuali dunia juga.

 

(C)                 AMRU BIN AUF AL-ANSARI yang telah dikeluarkan oleh Imam BukharI;

 

عن عَمْرَو بْنَ عَوْفٍ الأَنْصَارِيَّ وَهُوَ حَلِيفٌ لِبَنِي عَامِرِ بْنِ لُؤَيٍّ، وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا، أَخْبَرَهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الجَرَّاحِ إِلَى البَحْرَيْنِ يَأْتِي بِجِزْيَتِهَا، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ صَالَحَ أَهْلَ البَحْرَيْنِ، وَأَمَّرَ عَلَيْهِمُ العَلاَءَ بْنَ الحَضْرَمِيِّ، فَقَدِمَ أَبُو عُبَيْدَةَ بِمَالٍ مِنَ البَحْرَيْنِ، فَسَمِعَتِ الأَنْصَارُ بِقُدُومِ أَبِي عُبَيْدَةَ، فَوَافَتْ صَلاَةَ الصُّبْحِ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا صَلَّى بِهِمُ الفَجْرَ انْصَرَفَ، فَتَعَرَّضُوا لَهُ، فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ رَآهُمْ، وَقَالَ: أَظُنُّكُمْ قَدْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدْ جَاءَ بِشَيْءٍ؟ قَالُوا: أَجَلْ يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: فَأَبْشِرُوا وَأَمِّلُوا مَا يَسُرُّكُمْ، فَوَاللَّهِ لاَ الفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ، وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ - البخاري, 3158

'Amru bin 'Auf Al-Ansori adalah keturunan Bani 'Amir bin Lu'ay yang turut serta dalam perang Badar. Diberitahu kepadanya bahawa Rasulullah saw mengutus Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah ke negeri Bahrain untuk mengambil jizyah. Sebelumnya Rasulullah saw telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain dan menjadikan Al-'Alaa' bin Al-Hadjramiy sebagai pemimpin mereka. Maka Abu 'Ubaidah datang dengan membawa harta dari negeri Bahrain. Kedatangan Abu 'Ubaidah ini didengar oleh Kaum Ansar bertepatan dengan saat solat Subuh bersama Rasulullah. Setelah solat selesai, baginda mahu segera pergi namun mereka berkerumun menghampiri baginda. Maka Rasulullah saw tersenyum ketika melihat mereka seraya berkata: Aku kira kamu semua telah mendengar bahawa Abu 'Ubaidah telah tiba dengan membawa sesuatu. Mereka berkata: Benar, wahai Rasulullah. Baginda pun bersabda: Bergenbiralah dan bercita-citalah dengan apa yang dapat membuat kamu berbahagia. Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku bimbang terhadap kamu. Akan tetapi yang aku bimbang terhadap kamu adalah apabila kamu telah dibukakan (harta) dunia sebagaimana telah dibukakan kepada orang-orang sebelum kamu. (kesannya) kamu berlumba-lumba untuk merebut harta sebagaimana mereka berlumba-lumba merebut harta sehingga harta dunia itu membinasakan kamu sebagaimana telah membinasakan mereka.

 

Justeru disimpulkan bahawa hadis ini adalah sohih dengan SYAWAHID ini[2].

 

MATAN 5 (A)

 

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَنَحْنُ نَذْكُرُ الْفَقْرَ وَنَتَخَوَّفُهُ، فَقَالَ: آلْفَقْرَ تَخَافُونَ؟ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَتُصَبَّنَّ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا صَبًّا، حَتَّى لَا يُزِيغَ قَلْبَ أَحَدِكُمْ إِزَاغَةً إِلَّا هِيهْ، وَايْمُ اللَّهِ، لَقَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى مِثْلِ الْبَيْضَاءِ، لَيْلُهَا وَنَهَارُهَا سَوَاءٌ

Daripada Abu al-Darda’ berkata: Rasulullah menemui kami yang ketika itu kami menyebut berkenaan kami takut kefakiran. Baginda pun berkata: Apakah patut kamu semua takut kefakiran? Demi nyawaku berada di tanganNya, kamu pasti akan diberikan dunia sehingga tidak berpaling hati seorang pun dari kalangan kamu kecuali pasti akan melihat kepada dunia. Demi Allah, Aku tinggalkan kepada kamu sesuatu yang amat terang; malam dan siangnya adalah sama.

 

[4] Hadis ini menjelaskan bahawa kekuatan umat ini bukan pada harta, tetapi sejauh mana berpegang teguh dengan ajaran agama[3].

 

[5] Maksud dengan حَتَّى لَا يُزِيغَ قَلْبَ أَحَدِكُمْ إِزَاغَةً إِلَّا هِيهْ (sehingga tidak berpaling hati seorang pun dari kalangan kamu kecuali pasti akan melihat kepada dunia), iaitu walaupun diberikan kesenangan dunia, pasti mahu tambahan lagi[4].

 

[6] Hadis ini bukan bermakna bahawa Islam membenci kekayaan. Hal ini kerana, Islam menggalakan memberi sedekah berbanding menerima. Dalam hadis—daripada Hakim bin Hizam bahawa Nabi saw bersabda;

 

عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اليَدُ العُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اليَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ، وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ» - البخاري, 1427

"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu. Sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya"

 

[7] Adapun hadis berkenaan ABDUL RAHMAN BIN AUF masuk syurga merangkak; iaitu hadis—daripada Anas bin Malik;

 

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: بَيْنَمَا عَائِشَةُ فِي بَيْتِهَا إِذْ سَمِعَتْ صَوْتًا فِي الْمَدِينَةِ، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ قَالُوا: عِيرٌ لِعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَدِمَتْ مِنَ الشَّامِ تَحْمِلُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ، قَالَ: فَكَانَتْ سَبْعَ مِائَةِ بَعِيرٍ، قَالَ: فَارْتَجَّتِ الْمَدِينَةُ مِنَ الصَّوْتِ، فَقَالَتْ عَائِشَةُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: "قَدْ رَأَيْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ حَبْوًا"، فَبَلَغَ ذَلِكَ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ، فَقَالَ: إِنْ اسْتَطَعْتُ لَأَدْخُلَنَّهَا قَائِمًا، فَجَعَلَهَا بِأَقْتَابِهَا، وَأَحْمَالِهَا فِي سَبِيلِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ – احمد, 24841

Ketika Aisyah di rumahnya, tiba-tiba dia dengar suara di (kota) Madinah. Aisyah berkata: Apa benda itu? Mereka jawab, kenderaan Abdul Rahman bin Auf sampai dari syam yang membawa semua perkara. (ia mengandungi 700 ekor unta). Madinah riuh dengan suara. Aisyah pun berkata: aku dengan Rasulullah saw bersabda: Aku nampak Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak. Hal itu sampai kepada Abdul Rahman bin Auf. Dia pun berkata: “jika aku mampu, aku pasti masuk syurga dalam keadaan berdiri”. Lalu dia sedekahkan semua barangan dan tunggangan atas belakang unta itu di jalan Allah.

 

Menurut ARNAUT, hadis ini MUNGKAR BATIL.  Hal ini kerana, dalam sanad hadis ini ada perawi bernama ‘IMARAH BIN ZAZAN زاذان

-          Abu hatim kata, dia tidak boleh dibuat hujah. Dia tidak matin.

-          Ahmad kata, dia ambil hadis dari ANAS; semuanya mungkar.

-          Bukhari kata, dia kadangkala idhtirab.

-          Al-Daraqutni kata, dia doif[5]

 

MATAN 5 (B)

 

قَالَ أَبُو الدَّرْدَاءِ: صَدَقَ وَاللَّهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَرَكَنَا وَاللَّهِ عَلَى مِثْلِ الْبَيْضَاءِ، لَيْلُهَا وَنَهَارُهَا سَوَاءٌ»

Abu al-Darda’ berkata: Demi Allah, Rasullullah saw itu benar (berkata):  Demi Allah, kami tinggalkan atas sesuatu seperti yang amat terang yang malam dan siangnya adalah sama

 

PENGAJARAN

 

1.                  Hadis ini menjelaskan bahawa wajib mengikut sunnah Rasulullah yang ia telah ditinggalkan oleh nabi kepada umatnya dengan begitu terang sepertimana suluhan cahaya matahari.

 

2.                   Pesanan agar berhati-hati agar tidak tertipu dengan dunia.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ الدِّمَشْقِيُّ

[] HISYAM BIN AMMAR BIN NUSAIR BIN MAISARAH BIN ABAN AL-SULAMI @ ABU WALID AL-DIMASYQI (153H - 245H[6])

 

[] Dilahirkan dan meninggal dunia di Damsyiq, Syria. Dia pernah sampai Madinah.

 

[] Dia adalah Imam, ulama hadis, mufti serta ahli qari di Damsyiq. Al-Zahabi senaraikan salah seorang ulama Qiraat.

 

[] Rijal Bukhari, Abu Daud, Nasaie dan IBN Majah. Tarmizi Ambil hadisnya melalui Bukhari. muslim tidak ambil hadisnya[7].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

·       Dianggap siqah oleh IBN AL-JUNAID, AHMAD AL-IJLI, AL-NASAIE dan IBN MAIN. IBN MAIN kata juga bahawa Hisham bukan pembohong[8].

·       YAHYA BIN MAIN kata, dia كيس كيس[9]

·        AL-IJLI kata, dia siqah. Di waktu lain pula kata, dia Soduq[10].

·       NASAIE kata, dia لا بأس به[11]

·       DARAQUTNI kata, dia Soduq dan besar kedudukan[12].

·       ABU HATIM kata, hafalannya berubah selepas dia tua. Ketika dia ditalqin, dia ingat balik. Dia baca dari kitabnya. Dia Soduq[13].

·       IBN WARAH kata, aku berhenti dari menulis hadis Hisham kerana dia selalu menjual hadis[14].

·       MUHAMMAD BIN YASAR kata, Hisyam ditalkinkan. Dia ditalkinkan pada semua perkara[15].

·        Dia ada dengar hadis dari MA'RUF AL-KHAYYAT ABI AL-KHATTAB AL-DIMASYQI, sedangkan MA'RUF tidak siqah[16].

 

 

مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى بْنِ الْقَاسِمِ بْنِ سُمَيْعٍ

 

[] MUHAMMAD BIN ISA BIN SUMAYY' @ ABU SUFYAN AL-DIMASYQI (114H - 204H)

 

[] Dia Soduq yang buat silap, melakukan tadlis dan dituduh qadariyah[17].

 

[] Rijal Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah[18].

 

[] KOMENTAR

·       DUHAIM kata, dia bukan ahli hadis, dia qadariyah[19].

·       ABU HATIM kata, dia Syaikh dimasyq. Hadisnya ditulis dan tidak boleh dibuat hujah[20].

·        AL-BUKHARI kata, dia tidak dengar hadis ini daripada IBN ABI ZI'B (iaitu hadis dari Zuhri berkenaan pembunuhan Saidina Osman) [21].

·       IBN SHAHIN kata, Muhammad bin Isa adalah Syaikh dari kalangan penduduk Syam. Dia siqah[22].

·       IBN HIBBAN kata, dia Mustaqim al-Hadis apabila dia mendengar hadis kecuali jika ada situ dia ambil daripada IBN ABI ZI'B, kerana dia sebenarnya mendengar dari ISMAIL BIN YAHYA, yang Ismail dengar dari IBN ABI ZI'B. Dia tadlis hadis itu[23].

·       AL-HAKIM ABU AHMAD kata, dia Mustaqim al-Hadis kecuali dia riwayat hadis dari IBN ABI ZI'B berkenaan pembunuhan Saidina Osman - hadis mungkar.

·       ABU DAUD Kata, dia ليس به بأس kecuali dia hanya dituduh Qadariyah[24].

·        HISHAM BIN AMMAR kata, dia siqah makmun[25].

·        ABU MUSHIR kata kepada HISHAM BIN AMMAR: kamu pergi lalu kamu makan makanan dajal (merujuk kepada Muhammad bin Isa) [26]

·        YAZID BIN ZAID BIN ABDUL SOMAD kata, dia Syaikh sabat[27].

 

 

إِبْرَاهِيمُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَفْطَسُ

[] IBRAHIM BIN SULAIMAN AL-AFTOS AL-DIMASYQI

 

[] penduduk Damsyiq,

 

[] KOMENTAR

·       Dianggap siqah oleh AL-ZAHABI.

·       ALI BIN ADAM dan AL-ASQALANI kata, dia siqah sabat kecuali dia mursal.

·        Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN.

·       DUHAIM kata, dia siqah siqah, siqah sabat, bakh bakh siqah.

·       ABU HATIM kata, dia لا بأس به

·       BUKHARI kata, Ibrahim ambil hadis dari Yazid bin Yazid Jabir secara mursal.

·       ABDUL RAHMAN BIN BIN RAHIM kata, dia siqah sabat.

 

الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْجُرَشِيِّ

[] AL-WALID BIN ABDUL RAHMAH AL-JURASHI AL-HIMSI AL-ZAJJAJ.

 

[] Dia tinggal di Hims, Syria.

 

[] Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah. al-Bukhari riwayatkan dia dalam خلق افعال العباد[28].

 

[] KOMENTAR

·       DianggaP siqah oleh ALI BIN ADAM[29], AL-ASQALANI, AL-ZAHABI, IBN MAIN, IBN KHARRASH, ABU HATIM, MUHAMMAD BIN AUN dan IBN HIBBAN[30].

·       ABU ZURAH kata, dia Jaid al-Hadis[31].

·       IBN ASAKIR kata, dia waham.

 

جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ

[] JUBAIR BIN NUFAIR BIN MALIK BIN 'AMIR AL-HADHRAMI @ ABU ABDUL RAHMAH (ADA KATA: ABU ABDULLAH AL-HIMSI) (75H[32]) – TABIIN BESAR.

 

[] Dia sempat di zaman Nabi. IBN HIBBAN kata, dia dari kalangan tabiin. Dia sempat di era jahiliah. Tetapi dia bukan sahabat[33].

 

Dia berasal dari jahiliah. Ketika itu, dia berada di Yaman. Tidak memeluk Islam di zaman nabi. Tetapi memeluk Islam di era pemerintahan Abu Bakar as-siddiq[34] semasa di Yaman. Selepas itu, dia berhijrah ke Madinah dan berjumpa dengan Abu Bakar. Kemudian, dia berhijrah ke Syam dan tinggal di Hims.

 

[] Dia tinggal di Damsyiq, Hims dan Madinah.

 

[] Dia meninggal di era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN yang dikatakan pada tahun 80H.

 

[] Dia ambil hadis dari Abu Bakar secara Mursal. Dakwaan dia ambil hadis dari Omar perlu diteliti[35].

 

[] Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah. Bukhari ambil hadisnya dalam الادب المفرد[36]

 

[] KOMENTAR

·       ALI BIN ADAM kata, dia siqah Jalil mukhadram[37].

·       ABU HATIM kata, dia siqah, dari kalangan tabiin besar penduduk Syam[38].

·        ABU ZURAH kata, dia siqah[39].

·       NASAIE kata, tidak ada seorang di kalangan tabiin besar yang lebih baik meriwayatkan hadis berbanding sahabat kecuali tiga orang sahaja: QAIS BIN HAZIM, ABU OSMAN AL-NAHDI dan JUBAIR BIN NUFAIR[40].

·       IBN SAAD kata, dia siqah pada perkara yang diriwayatkan[41]

·        IBN KHARRASH kata, dia di kalangan tabiin syam yang besar[42]

·       AL-IJLI kata, dia penduduk Syam Tabiin siqah[43].

·       YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia masyhur dengan ilmu[44].

 

 أَبِي الدَّرْدَاءِ

 

[] ABU AL-DARDA' AL-KHAZRAJI @ UWAIMIR BIN MALIK (ADA KATA: IBN 'AMIR, IBN SA'LABAH, IBN ABDULLAH, IBN ZAID BIN QAIS BIN UMAYYAH BIN 'AMIR BIN KAAB BIN AL-KHAZRAJ AL-ANSARI). (32H[45])

 

[] Ulama khilaf berkenaan namanya yang sebenar;

(A)               ‘UWAIMIR BIN ‘AMIR

(B)               UWAIMIR BIN ZAID

(C)               ‘UWAIMIR BIN ABDULLAH

(D)               ‘UWAIMIR BIN SA’LABAH.

(E)                ‘AMIR BIN MALIK

 

[] Ibunya bernama MAHABBAH BINTI WAQID BIN AMRU AL-KHAZRAJIYYAH.

 

 

[] Dia Islam semasa perang Badar. Dia turut hadir dalam perang Uhud. Sebelum nabi dilantik menjadi nabi, dia seorang peniaga. Selepas memeluk Islam, dia menyatakan bahawa dia sibuk dengan dua perkara; iaitu berniaga dan beribadat. Dia memilih untuk beribadat, Dan meninggalkan berniaga[46].

 

[] Sejarah keislamannya adalah, dua adik beradiknya seibu, iaitu ABDULLAH BIN RAWWAHAH dan MUHAMMAD BIN MASLAMAH datang ke rumah ABU AL-DARDA’. Mereka berdua pecahkan patung berhala. Apabila dia pulang, dia dapati patung berhala sudah pecah. Dia pun marah kepada isterinya. Isterinya pula menjawab: “kalau patung itu boleh memberi manfaat dan boleh menyelamatkan orang, sudah pasti patung itu dapat menyelamatkan dirinya sendiri”

 

Mendengar itu, dia pun mencari nabi dan memeluk islam.

 

[] Dalam sejarah Hijrah, IBN SAAD kata, nabi mempersaudarakan dia dengan Auf bin Malik[47]. Ada dakwaan lain kata, dipersaudarakan dengan SALMAN AL-FARISI.

 

[] nabi saw pernah kata kepada Abu AL-DARDA';

 

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نِعْمَ الْفَارِسُ عُوَيْمِرٌ» وَقَالَ: «حَكِيمُ أُمَّتِي عُوَيْمِرٌ» - مسند الشاميين, الطبراني, 967

Tentera berkuda yang terbaik adalah Uwaimir. Dan baginda berkata: orang bijak dalam kalangan umatku adalah Uwamir

 

[] Dia hafal al-Quran dan memperdengarkan bacaan al-Qurannya kepada Nabi saw sehingga ANAS BIN MALIK berkata:

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: " مَاتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَجْمَعِ القُرْآنَ غَيْرُ أَرْبَعَةٍ: أَبُو الدَّرْدَاءِ، وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ، وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ، وَأَبُو زَيْدٍ" - البحاري, 5004

Nabi saw wafat. Al-Quran tidak dihimpunkan kecuali dari empat orang; Abu al-Darda’, Muaz bin Jabal, Zaid bin Sabit dan Abu Zaid.

 

[] Pada era UMAR jadi Khalifah, gabenor Syam pada masa itu adalah YAZID BIN ABI SUFYAN tulis surat kepada UMAR. dalam surat itu menyebut bahawa penduduk syam yang memeluk islam semakin ramai. Justeru, minta dihantar orang yang boleh mengajar al-Quran dan Fiqh. UMAR pun memanggil 5 orang; (1) Muaz, (2) Ubadah bin al-Somit, (3) Abu al-Darda’, (4) Ubai, (5) Abu Ayub.

 

Dengan itu, Abu al-Darda’ dihantar ke Damsyiq dan MUAZ pula dihantar ke Palestine. Selepas MUAZ meninggal dunia kerana taun ‘Amwas, Ubadah pula menggantikan tempatnya yang juga meninggal dunia di Palestine selepas itu. Abu al-Darda’ pula meninggal dunia di syam.

 

[] Dia terkenal dengan ahli ibadat dan rajin membaca al-Quran. Pada era OSMAN jadi khalifah pula,  MUHAWIYAH yang merupakan GABENOR syam melantik dia menjadi qadhi di Damsyik dan terus menerus sehingga dia meninggal di era pemerintahan OSMAN.

 

[] Ada dari kalangan ahli sejarah mengatakan dia mati selepas dari perang siffin. Namun pendapat yang paling sahih di sisi ahli hadis, dia meninggal di era pemerintahan Othman.

 

[] SAID BIN ABDUL AZIZ kata, Abu dardaq daripada akhbar mati dua tahun sebelum kematian utsman bin Affan[48].



[1] Masyariq:1/111

[2] Masyariq:1/112

[3] Tarifi:8.

[4] Raid:

[5] Musnad Ahmad, j.41, h. 338.

[6] Menurut al-Bukhari, dia meninggal tahun 245 hijrah. Ada dakwaan kata, dia mati pada 244, ada pula kata, 246 H

[7] Mastariq:1/102

[8] Masyariq:1/102

[9] Masyariq:1/102

[10] Masyariq:1/102

[11] Masyariq:1/102

[12] Masyariq:1/102

[13] Masyariq:1/102

[14] Masyariq:1/102

[15] Masyariq:1/102

[16] Masyariq:1/102

[17] Mastariq:1/104

[18] Mastariq:1/104

[19] Mastariq:1/104

[20] Mastariq:1/104

[21] Mastariq:1/104

[22] Mastariq:1/104

[23] Mastariq:1/104

[24] Mastariq:1/104

[25] Mastariq:1/104

[26] Mastariq:1/104

[27] Masyriq:1/104

[28] Masyariq:1/105

[29] Masyariq:1/105

[30] Masyariq:1/105

[31] Masyariq:1/105

[32] Ada kata: 80H.

[33] Masyariq:1/106

[34] masyariq:1/107

[35] Masyariq:1/106

[36] masyariq:1/107

[37] Masyariq:1/106

[38] Masyariq:1/106

[39] Masyariq:1/106

[40] Masyariq:1/106

[41] Masyariq:1/106

[42] Masyariq:1/106

[43] Masyariq:1/106

[44] Masyariq:1/106

[45] Ada riwayat kata 32H, ada kata 31H, ada kata 33H, ada kata dua tahun sebelum kematian Saidina Osman, ada kata selepas perang siffin iaitu tahun 38 atau 39H.

[46] Masyariq:1/107

[47] Masyariq:1/107

[48] Masyariq:1/108

No comments:

Post a Comment

HADIS 18

     IBN MAJAH, HADIS NO: 18   حَدَّثَنَا  هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ  قَالَ: حَدَّثَنَا  يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ  قَالَ: حَدَّثَنِي  بُرْدُ بْنُ س...