Monday, July 10, 2023

HADIS 12 (BAB 2)

 

BAB 2

 

بَابُ تَعْظِيمِ حَدِيثِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَالتَّغْلِيظِ عَلَى مَنْ عَارَضَهُ

BAB: MEMULIAKAN HADIS RASULULLAH SAW DAN BERTINDAK KERAS TERHADAP ORANG YANG MEMBANTAHNYA

 

[1] Maksud dengan تَعْظِيمِ حَدِيثِ رَسُولِ اللَّهِ, iaitu wajib mengikut dan beramal dengan apa yang ada dalam hadis Nabi saw, sama ada berbentuk suruhan atau larangan[1].

 

IBN MAJAH, HADIS 12

 

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ قَالَ: حَدَّثَنِي الْحَسَنُ بْنُ جَابِرٍ، عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ معْدِ يكَرِبَ الْكِنْدِيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  يُوشِكُ الرَّجُلُ مُتَّكِئًا عَلَى أَرِيكَتِهِ، يُحَدَّثُ بِحَدِيثٍ مِنْ حَدِيثِي، فَيَقُولُ: بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ كِتَابُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَمَا وَجَدْنَا فِيهِ مِنْ حَلَالٍ اسْتَحْلَلْنَاهُ، وَمَا وَجَدْنَا فِيهِ مِنْ حَرَامٍ حَرَّمْنَاهُ، أَلَّا وَإِنَّ مَا حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ

 

SAHIH

 

[2] SANAD;

 

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

RASULULLAH

(11H)

 

 

·        Mekah

·        Madinah

 

·        Maksum

·        Perkataan Nabi.

 

 

5.

 

AL-MIQDAM BIN MA’DIKARIB

(4SH – 87H)

 

 

·        Yaman (L)

·        Hims (M)

·        Damsyiq.

 

 

·        sahabat

 

4.

 

AL-HASAN BIN JABIR

(128H)

 

 

·        Hims

 

·        Siqah rendah

 

3.

 

MUAWIYAH BIN SOLEH

(157H)

 

 

·        Hadhramaut (L)

·        Andalusia (M)

·        Maghrib

·        Mesir

·        Iraq

·        Hims

 

·         

·        Siqah pertengahan

 

2.

 

ZAID BIN AL-HUBAB

(130H – 203H)

 

 

·        Khurasan

·        Kufah

·        Mesir

·        Andalusia

 

 

·        Siqah rendah

 

1.

 

ABU BAKAR BIN ABI SYAIBAH

(159H – 235H)

 

 

·        Wasit (L)

·        Kufah (M)

·        Damsyiq

 

 

·        Jamaah kecuali Tarmizi.

·        Siqah tinggi

 

 

 

IBN MAJAH

(209H – 273H)

 

 

 


[3] MURSYID—SAHIH

-          Semua rijalnya siqah.

-          Dua perawinya;

o   2 orang – syam.

o   2 orang – kufah.

o   1 orang – yaman

 

[4] ALI BIN ADAM

-          Semua rijal sahih kecuali AL-HASAN BIN JABIR. Dia maqbul  kerana ada mutaba’ah, iaitu ABDUL RAHMAN BIN ABI AUF AL-JURASHI (siqah di sisi Abu Daud).

-          Hadis ini ada dalam ABU DAUD (3804), TARMIZI (2664).

 

MATAN IBN MAJAH 12

 

[5] Daripada AL-MIQDAM BIN MA’DIKARIB, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;

 

عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ معْدِ يكَرِبَ الْكِنْدِيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يُوشِكُ[2] الرَّجُلُ مُتَّكِئًا عَلَى أَرِيكَتِهِ[3]، يُحَدَّثُ بِحَدِيثٍ مِنْ حَدِيثِي، فَيَقُولُ: بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ كِتَابُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَمَا وَجَدْنَا فِيهِ مِنْ حَلَالٍ اسْتَحْلَلْنَاهُ، وَمَا وَجَدْنَا فِيهِ مِنْ حَرَامٍ حَرَّمْنَاهُ، أَلَّا وَإِنَّ مَا حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ

"Dibimbangi seseorang yang duduk bersandar di tempat duduknya – dia bercerita sesebuah hadis dariku, lalu dia berkata:  Antara kami dan kamu adalah kitabullah. Apa yang kami temukan yang halal darinya maka kami menghalalkannya dan apa yang kami temukan yang haram darinya, maka kami mengharamkannya. Ketahuilah, sesungguhnya apa Rasulullah haramkan, ia sama dengan apa yang  Allah haramkan.

 

[6] Pada lafaz الرَّجُلُ مُتَّكِئًا عَلَى أَرِيكَتِهِ (seseorang yang duduk bersandar di tempat duduknya), ada beberapa penjelasan berikut;

a.                  Cara duduk, sama ada bersandar pada sesuatu; atau dalam keadaan mengereng dengan disandarkan pada bantal[4]. Dalam al-Quran ada menyebut;

 

وَلِبُيُوتِهِمْ أَبْوَابًا وَسُرُرًا عَلَيْهَا يَتَّكِئُونَ (34) - الزخرف

Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),

 

b.                  Mahu digambarkan sifat kebodohannya dan tidak betul cara dia memahami agama serta buruk adab sepertimana orang kaya atau berjawatan bercakap seperti dirinya orang pandai sedangkan orang tahu bahawa dia jahil dan bodoh[5].

c.                   Dalam penjelasan MURSYID pula, semasa dia bersandar itu seperti ada disertai dengannya bantal dan berada atas katil[6].

d.                  Dalam penjelasan AL-KHATTABI pula, ada kalangan yang hanya duduk di rumah sahaja. Dia tidak mahu bermusafir untuk mengetahui hadis dari ahlinya[7].

 

HUKUM DUDUK BERTONGKAT TANGAN?

[7] Dalam hadis—daripada AL-SYARID BIN SUWAID berkata:

عَنْ أَبِيهِ الشَّرِيدِ بْنِ سُوَيْدٍ، قَالَ: مَرَّ بِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا جَالِسٌ هَكَذَا، وَقَدْ وَضَعْتُ يَدِيَ الْيُسْرَى خَلْفَ ظَهْرِي وَاتَّكَأْتُ عَلَى أَلْيَةِ يَدِي، فَقَالَ: «أَتَقْعُدُ قِعْدَةَ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ؟» - ابو داود, 4848

Rasulullah melintasiku dalam keadaan aku duduk begini; aku letak tangan kiriku di belakangku, dan aku bertongkat pada tanganku itu. Nabi saw pun menegur: Apakah kamu duduk dengan cara duduk kalangan yang dibenci?

 

[8] Dalam hadis yang lain—daripada IBN UMAR;

 

أَنَّهُ رَأَى رَجُلًا يَتَّكِئُ عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى وَهُوَ قَاعِدٌ فِي الصَّلَاةِ - قَالَ هَارُونُ بْنُ زَيْدٍ، سَاقِطًا عَلَى شِقِّهِ الْأَيْسَرِ، ثُمَّ اتَّفَقَا -، فَقَالَ لَهُ: «لَا تَجْلِسْ هَكَذَا، فَإِنَّ هَكَذَا يَجْلِسُ الَّذِينَ يُعَذَّبُونَ» - ابو داود, 994

Dia nampak seseorang lelaki bertongkat pada tangan kirinya dalam keadaan dia duduk dalam solat. IBN UMAR pun berkata kepadanya: jangan kamu duduk begini. Hal ini kerana, kalangan yang diazab duduk sebegini.

 

[9] Dari hadis-hadis ini, IBN AL-MUFLIH berkata:

 

وَيُكْرَهُ أَنْ يَتَّكِئَ أَحَدٌ عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِهِ

makruh bahawa seseorang itu bertongkat pada tangan kirinya di bahagian belakangnya[8]

 

[10] Pada lafaz وَإِنَّ مَا حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ (sesungguhnya apa Rasulullah haramkan, ia sama dengan apa yang  Allah haramkan), iaitu apa yang Nabi saw tetapkan sebagai haram, maka hakikatnya ia adalah hukum Allah juga. Tahap pengharaman Nabi saw sama dengan status haram yang datang al-Quran. makanya, wajib kena taat apa yang disebut oleh Nabi saw sepertimana wajib kena taat dengan al-Quran[9]. Hal ini selaras dengan firman Allah;

 

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (7) – الحشر

Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

 

[11] Hal yang datang dari Nabi yang wajib diikut;

(a)        Hadis-hadis qudsi.

(b)       Apa yang terilham kepada Nabi.

(c)         Apa yang nabi saw nampak dalam mimpi.

(d)       Apa yang jibril sampaikan kepada Nabi[10].

 

[12] sesuatu yang diharamkan, perlu ada nas yang sahih dan sarih dalam menyatakan pengharaman. Justeru, sebarang hadis yang melarang jika doif; atau sahih tetapi tidak sarih, tidak boleh untuk ditentukan sebagai haram secara qatie.

BIOGRAFI PERAWI 12

 

أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ

[] ABU BAKAR (ABDILLAH) BIN MUHAMMAD BIN  ABI SYAIBAH  IBRAHIM BIN OSMAN AL-ABSI AL-KUFI (159H - 235H) [1]

 

[] Dilahirkan di Wasit, dan meninggal dunia di Kufah. Pernah sampai Damsyiq.

 

[] Atuknya, Ibrahim atau dipanggil dengan ABU SYAIBAH adalah qadhi di Wasit. Adapun bapanya, MUHAMMAD pula, AL-NAWAWI kata dia adalah qadhi di Farsi.

 

[] Dia ada dua adik yang juga ulama hadis;

1.                  OSMAN – Siqah

2.                  QASIM – doif.

 

[] pengarang kitab Musannaf Ibn Abi Syaibah. Digelar dengan SAYYID AL-HUFFAZ. Terkenal dalam bidang hadis dan tafsir al-Quran.

 

KOMENTAR;

A.                  Jamaah kecuali TARMIZI.

B.                  Dianggap siqah oleh IBN KHARRASY, ABU HATIM

C.                  AHMAD kata, dia soduq. Aku lebih suka dia berbanding adiknya, Osman.

D.                 IJLI kata, dia siqah hafiz.

E.                  IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT kata, dia mutqin, hafiz, himpun semua yang dia tulis, karang kitab, orang yang paling hafal pada zamannya.

F.                   IBN QANI’ kata, dia siqah sabat.

G.                 ZAHABI kata, al-hafiz al-kabir, hujah, jemaah anggap dia siqah.

 

زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ

[] ZAID BIN AL-HUBAB BIN RAYYAN AL-MISSISI AL-‘UQLI العكلي @ ABU AL-HUSIAN AL-KHURASANI AL-KUFI (130H - 203H)[2].

 

[] digelar dengan العكلي kerana nisbah kepada عكل, iaitu satu kelompok dari TAMIM[3].

 

[] Dia berasal dari KHURASAN, dan tinggal di Kufah. AHMAD kata, dia bermusafir ke MESIR dan KHURASAN untuk mendapat sesuatu hadis. bahkan, sampai ke Andalusia[4] dan Mekah.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dianggap siqah oleh IBN AL-MADINI, IBN MAIN, AL-IJLI[5], ABU JAAFAR AL-SABTIY[6], AL-DARAQUTNI, IBN MAKULA, OSMAN BIN ABI SYAIBAH[7].

B.                  UBAIDULLAH AL-QAWARIRIY kata, dia cerdik, hafiz, tahu apa yang dia dengar.

C.                  ABU HATIM kata, dia soduq, soleh al-hadis[8].

D.                 AHMAD kata, dia soduq[9].

E.                  AHMAD BIN SOLEH kata, dia terkenal dengan SODUQ[10].

F.                   IBN ‘ADI kata, dia punyai hadis yang banyak. Dia antara guru-guru kufah yang sabat tanpa diragukan pada kebenarannya[11].

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

G.                 IBN MAIN kata, dia selalu taqlib hadis Sauri dan dia لم يكن به بأس

H.                 ASQALANI kata, dia soduq, selalu tersilap dalam hadis[12].

I.                    IBN HIBBAN sebut dalam AL-SIQAT bahawa dia buat silap, hadisnya dijadikan iktibar apabila dia riwayat dari para perawi masyhur. Jika dia riwayat dari perwai majhul, padanya mungkar[13].

J.                    ALI BIN ADAM kata, dia soduq dan silap pada SAURI[14].

K.                  ABU DAUD kata, aku dengar AHMAD cakap bahawa zaid bin hubab soduq, dia dobit lafaz-lafaz hadis yang dia ambil dari MUAWIYAH BIN SOLEH. Tetapi, dia banyak buat silap.

 

مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ

[] MUAWIYAH BIN SOLEH BIN HUDAIR AL-HADHRAMI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-HIMSHI الحمصي (ada kata: ABU AMRU) (157H[15])  - ATBA’

 

[] qadhi di Andalusia[16]. Ramai penduduk iraq berjumpa dengan dia[17].

 

[] dia keluar ke HIMS tahun 124 hijrah. Dan bermusafir ke barat (andalusia) dan menjadi qadhi di sana[18].

 

[] IBN YUNUS kata, dia pergi ke mesir tahun 125, kemudian masuk ANDALUSIA. Apabila ABDUL RAHMAN BIN MUAWIYAH dilantik hadu raja ANDALUSIA, dia dihantar ke SYAM untuk beberapa urusan. Apabila dia pulang ke ANDALUSIA, dia dilantik menjadi QADHI AL-JAMAAH[19].

 

[] Dia dilahirkan di HADHRAMAUT pada era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN meninggal di Andalusia. Dia pernah sampai di Hims, Hadhramaut, Andalusia, al-Maghrib dan Mesir.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN, AL-NASAIE, AL-IJLI[20], ABU ZUR’AH[21], ABDUL RAHMAN BIN MAHDI[22], IBN HIBBAN, AL-JILI,

B.                  IBN KHARRASH kata, dia soduq[23].

C.                  AL-BAZZAR kata, dia ليس به بأس dan siqah.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

D.                 ASQALANI kata, dia soduq, ada banyak waham[24].

E.                  IBN SAAD kata, dia adalah qadhi andalusia, siqah dan banyak riwayatkan hadis[25].

F.                   ALI BIN ADAM kata, dia soduq dan punyai waham[26].

G.                 ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soleh al-hadis, hasan al-hadis, hadisnya ditulis, tidak dibuat hujah.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

H.                 IBN AMMAR kata, ulama menyangka bahawa dia tidak tahu apa-apa pun berkenaan hadis[27].

 

الْحَسَنُ بْنُ جَابِرٍ

[] AL-HASAN BIN KABIR AL-LAKHMI @ ABU ALI AL-YAMANI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-HIMSI (ada kata, ABU ALI) (128H[28])

 

[] digelar dengan AL-LAKHMI kerana nisbah kepada LAKHM, iaitu satu kabilah dari yaman[29].

 

[] Dia tinggal di Hims.

 

[] KOMENTAR

A.                  Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN[30].

B.                  ASQALANI kata, dia MAQBUL[31].

C.                  ZAHABI kata, dia mastur.

D.                 ABUL HASAN BIN AL-QATTAN AL-FASI kata, dia Hasanul hadis.

E.                  AL-HAKIM AL-NAISABURI anggap hadisnya sahih.

 

الْمِقْدَامِ بْنِ معْدِ يكَرِبَ الْكِنْدِيِّ

[] AL-MIQDAM BIN MA’DIKARIB AL-KINDI BIN AMRU @ ABU YAHYA AL-HIMSI @ ABU KARIMAH[32] (4SH - 87H[33]) – SAHABAT[34] 

 

[] Digelar dengan AL-KINDI, iaitu nisbah kepada tempat yang bernama KINDAH, iaitu satu tempat di YAMAN[35].

 

[] Selepas Nabi wafat, dia berhijrah ke HIMS dan mati di situ. Dan pernah sampai ke Yaman dan damsyiq.

 

[] meninggal sewaktu umurnya 91 tahun[36].



[1] Mursyid:1/83

 

[2] Mursyid:1/83

[3] Mursyid:1/83

[4] Mursyid:1/174

[5] Mursyid:1/83 | Mursyid:1/174

[6] Masyariq:1/174

[7] Masyariq:1/174

[8] Mursyid:1/83

[9] Mursyid:1/83

[10] Masyariq:1/174

[11] Masyariq:1/174

[12] Mursyid:1/83

[13] Masyariq:1/174

[14] Masyariq:1/173

[15] Ada orang kata, dia meninggal selepas tahun 170 hijrah. Mursyid:1/84

[16] Masyariq:1/174

[17] Masyariq:1/175

[18] Masyariq:1/175

[19] Masyariq:1/175

[20] Mursyid:1/8| Masyariq:1/175

[21] Mursyid:1/84

[22] Masyariq:1/175

[23] Masyariq:1/175

[24] Mursyid:1/84

[25] Masyariq:1/175

[26] Masyariq:1/174

[27] Masyariq:1/175

[28] Mursyid:1/84 | Masyariq:1/176 | Ada kata, pada 111 hijrah.

[29] Mursyid:1/84

[30] Mursyid:1/84

[31] Mursyid:1/84

[32] Masyariq:1/176

[33] Ada kata, dia meninggal tahun 83 hijrah. Ada pula kata, 86 hijrah. Masyariq:1/176

[34] Mursyid:1/84

[35] Masyariq:1/177

[36] Mursyid:1/84


[1] Mursyid:1/83.

[2] Perkataan يوشك, IBN MALIK kata, ia adalah salah satu dari افعال المقاربة yang diterjemahkan “hampir-hampir”. Sindi:1/15 | raid:1/59 | mursyid:1/84

[3]Ada beberapa naskhah, tidak ada lafaz عَلَى أَرِيكَتِهِ. (Mursyid:1/84

Makna اريكة adalah katil yang berhiasan (masyariq:1/179) kalau tanpa katil, maka itu disebut حجلة (masyariq:1/193)

[4] Masyariq:1/179

[5] Sindi:1/16 | raid:1/59

[6] mursyid:1/85

[7] mursyid:1/85

[8] al-Adab al-Syariyyah, 3/160

[9] Sindi:1/16

[10] Masyariq:1/178

No comments:

Post a Comment

HADIS 18

     IBN MAJAH, HADIS NO: 18   حَدَّثَنَا  هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ  قَالَ: حَدَّثَنَا  يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ  قَالَ: حَدَّثَنِي  بُرْدُ بْنُ س...