Wednesday, July 26, 2023

HADIS 18

  

 

IBN MAJAH, HADIS NO: 18

 

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ قَالَ: حَدَّثَنِي بُرْدُ بْنُ سِنَانٍ، عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ قَبِيصَةَ، عَنْ أَبِيهِ

أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ الْأَنْصَارِيَّ النَّقِيبَ، صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: غَزَا مَعَ مُعَاوِيَةَ أَرْضَ الرُّومِ، فَنَظَرَ إِلَى النَّاسِ وَهُمْ يَتَبَايَعُونَ كِسَرَ الذَّهَبِ بِالدَّنَانِيرِ، وَكِسَرَ الْفِضَّةِ بِالدَّرَاهِمِ

 فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّكُمْ تَأْكُلُونَ الرِّبَا، سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا تَبْتَاعُوا الذَّهَبَ بِالذَّهَبِ، إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ، لَا زِيَادَةَ بَيْنَهُمَا وَلَا نَظِرَةً»

فَقَالَ: لَهُ مُعَاوِيَةُ يَا أَبَا الْوَلِيدِ، لَا أَرَى الرِّبَا فِي هَذَا، إِلَّا مَا كَانَ مِنْ نَظِرَةٍ

 فَقَالَ عُبَادَةُ: أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَتُحَدِّثُنِي عَنْ رَأْيِكَ لَئِنْ أَخْرَجَنِي اللَّهُ لَا أُسَاكِنُكَ بِأَرْضٍ لَكَ عَلَيَّ فِيهَا إِمْرَةٌ

 فَلَمَّا قَفَلَ لَحِقَ بِالْمَدِينَةِ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: مَا أَقْدَمَكَ يَا أَبَا الْوَلِيدِ؟

 فَقَصَّ عَلَيْهِ الْقِصَّةَ، وَمَا قَالَ مِنْ مُسَاكَنَتِهِ

فَقَالَ: ارْجِعْ يَا أَبَا الْوَلِيدِ إِلَى أَرْضِكَ، فَقَبَحَ اللَّهُ أَرْضًا لَسْتَ فِيهَا وَأَمْثَالُكَ

وَكَتَبَ إِلَى مُعَاوِيَةَ: لَا إِمْرَةَ لَكَ عَلَيْهِ، وَاحْمِلِ النَّاسَ عَلَى مَا قَالَ، فَإِنَّهُ هُوَ الْأَمْرُ

 

GAMBARAN DASAR HADIS 18

 

[1] Hadis ini dalam bab ke-2, iaitu Bab berkenaan memuliakan Nabi saw dan tindakan keras terhadap orang yang menyanggahi hadis Nabi.

 

[2] Walaupun hadis ini terputus sanad, tetapi hadis ini ada mutaba-ah yang bersambung sanad, iaitu dari sahih muslim (1587).

 

[3] Syahid atau fokus utama pada hadis ini adalah berkaitan pengkisahan berkaitan marah Ubadah ketika Muawiyah menyalahi apa yang Ubadah tahu sesuatu yang datang dari Nabi saw. ini adalah dalil bahawa sahabat Nabi tidak takut dibenci oleh pemerintah hanya kerana mempertahankan sesuatu yang mereka tahu dari Rasulullah saw.

 

[4] hadis ini menyebut juga bahawa tukaran jual beli barangan yang disebut sebagai Asnaf al-Riba tidak boleh berlaku kecuali;

(a)                Tamatsul, iaitu perlu dalam kadar berat yang sama

(b)               taqabudh, iaitu perlu berlaku dalam masa akad dan tidak boleh bertangguh.

 

[5] Walaubagaimana pun, Muawiyah membantah syarat TAMATSUL yang kemungkinan diluar pengetahuan dia. Tetapi, ditegaskan oleh Saidina Umar bahawa ia ada berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ubadah bin al-Somit.

 

SAHIH

 

[6] SANAD;

 

PERAWI

TEMPAT

STATUS

 

 

Rasulullah

 

 

-           Mekah

-           Madinah

 

 

-           Maksum

-           Perkataan

 

6.

 

Ubadah bin al-Somit

(38SH – 34H)

 

 

-           Madinah

-           Syam

-           Hims

-           Ramallah.

-            

 

-           Muhajirin

-           Ahli Badar.

-            

 

5.

 

 

Qabidoh bin Zuaib

(8H – 81H)

 

 

 

-           Madinah

-           Damsyiq

 

-           Kutub Sittah

-           Siqah tinggi.

 

4.

 

 

Ishaq bin Qabidoh

(120H)

 

 

-           Syam

-           Jordan

 

-           Soduq mursil

 

3.

 

 

Burd bin Sinan

(135H)

 

 

-           Damsyiq

-           Syam

-           Basrah

 

 

-           Ashab nafi’

-           Dituduh Qadariyyah

-           Siqah rendah.

 

2.

 

Yahya bin Hamzah

(103H – 183H[1])

 

 

-           Damsyiq (qadhi)

 

-           Kutub sittah.

-           Dituduh qadariyyah

-           Siqah rendah

 

 

1.

 

 

Hisham bin Ammar

(153H – 245H[2])

 

 

-           Damsyiq (M)

-           Syria

-           Madinah

 

 

-           Bukhari

-           Siqah

 

 

IBN MAJAH

(209H – 273H)

 

 

 

 

[7] AL-BUSIRI

-          Hadis ini mursal, kerana QABIDOH tidak berada dalam kisah ini[3].

-          Walaubagaimana pun, asal hadis ini ada dalam Bukhari dan Muslim[4].

 

[8] AMIN AL-HARARI

-          Hadis ini adalah ISTISYHAD dari hadis ke-12 (al-Miqdam)[5]

 

[9] AL-AMIN AL-HARARI—sahih[6].

-          Sanad Sudasiyat. Empat darinya adalah Syam dan dua darinya adalah Madinah.

-          Semua rijalnya Siqah (soduq).

 

[10] ALI BIN ADAM—hadis ini sahih.

-          Walaupun hadis ini mungqati’ kerana QABIDOH tidak berjumpa UBADAH sepertimana yang disebut oleh AL-MUZI, tetapi hadis ini ada dikuatkan dengan RIWAYAT MUSLIM bahawa ada perawi lain yang ambil hadis dari UBADAH, iaitu ABU AL-‘ASY’AS melalui jalur AYUB AL-SAKHTIYANI, dia ambil dari ABU QILABAH yang berkata;

 

عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، قَالَ: كُنْتُ بِالشَّامِ فِي حَلْقَةٍ فِيهَا مُسْلِمُ بْنُ يَسَارٍ، فَجَاءَ أَبُو الْأَشْعَثِ، قَالَ: قَالُوا: أَبُو الْأَشْعَثِ، أَبُو الْأَشْعَثِ، فَجَلَسَ، فَقُلْتُ لَهُ: حَدِّثْ أَخَانَا حَدِيثَ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، قَالَ: نَعَمْ، غَزَوْنَا غَزَاةً وَعَلَى النَّاسِ مُعَاوِيَةُ، فَغَنِمْنَا غَنَائِمَ كَثِيرَةً، فَكَانَ فِيمَا غَنِمْنَا آنِيَةٌ مِنْ فِضَّةٍ، فَأَمَرَ مُعَاوِيَةُ رَجُلًا أَنْ يَبِيعَهَا فِي أَعْطِيَاتِ النَّاسِ، فَتَسَارَعَ النَّاسُ فِي ذَلِكَ، فَبَلَغَ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ، فَقَامَ، فَقَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَنْهَى عَنْ بَيْعِ الذَّهَبِ بِالذَّهَبِ، وَالْفِضَّةِ بِالْفِضَّةِ، وَالْبُرِّ بِالْبُرِّ، وَالشَّعِيرِ بِالشَّعِيرِ، وَالتَّمْرِ بِالتَّمْرِ، وَالْمِلْحِ بِالْمِلْحِ، إِلَّا سَوَاءً بِسَوَاءٍ، عَيْنًا بِعَيْنٍ، فَمَنْ زَادَ، أَوِ ازْدَادَ، فَقَدْ أَرْبَى» ، فَرَدَّ النَّاسُ مَا أَخَذُوا، فَبَلَغَ ذَلِكَ مُعَاوِيَةَ فَقَامَ خَطِيبًا، فَقَالَ: أَلَا مَا بَالُ رِجَالٍ يَتَحَدَّثُونَ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَادِيثَ قَدْ كُنَّا نَشْهَدُهُ وَنَصْحَبُهُ فَلَمْ نَسْمَعْهَا مِنْهُ، فَقَامَ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ فَأَعَادَ الْقِصَّةَ، ثُمَّ قَالَ: " لَنُحَدِّثَنَّ بِمَا سَمِعْنَا مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِنْ كَرِهَ مُعَاوِيَةُ - أَوْ قَالَ: وَإِنْ رَغِمَ - مَا أُبَالِي أَنْ لَا أَصْحَبَهُ فِي جُنْدِهِ لَيْلَةً سَوْدَاءَ – مسلم 1587

"Ketika di negeri Syam, aku mengikuti suatu halaqah (majlis ilmu) yang ternyata di situ juga ada Muslim bin Yasar. Tidak lama kemudian Abu Al-Asy'as datang”.

Abu Qilabah melanjutkan: orang ramai  berkata:  "Abu Al-'Asy'as telah datang, Abu Al-'Asy'as telah datang!" Dia pun duduk,  lalu aku pun berkata kepadanya: "Riwayatkanlah hadis kepada saudara kami, iaitu hadis Ubadah bin Somit."

Dia menjawab: "Baiklah. Suatu ketika kami mengikuti satu peperangan, dan dalam peperangan tersebut Mu'awiyah turut ada, lalu kami mendapatkan ghanimah yang banyak yang di antaranya adalah bekas yang diperbuat dari perak. Mu'awiyah kemudian menyuruh seseorang untuk menjual bekas tersebut ketika orang ramai menerima bahagian harta ghanimah masing-masing. Mereka saling menawar. Ternyata hal itu sampai di telinga 'Ubadah bin Shamit. Dia pun berdiri dan berkata:  "Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw melarang jual beli emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali jika dengan timbangan yang sama dan tunai. Barangsiapa melebihkan, maka dia telah melakukan praktik riba"

Pada masa itu juga mereka menolak dan tidak jadi mengambilnya. Hal itu sampai ke telinga Mu'awiyah, maka dia berdiri dan berkhutbah dan berkata: "Kenapa ada beberapa orang menyampaikan hadits dari Rasulullah saw, padahal kami telah bersama baginda dan kami tidak pernah mendengar hal itu dari baginda?"

Ubadah bin Somit pun berdiri dan mengulangmi ceritanya. Kemudian dia berkata: "sesungguhnya kami sentiasa meriwayatkan apa yang kami dengar dari Rasulullah walaupun Mu'awiyah tidak menyukainya"

Atau dia berkata: "Aku tidak peduli padanya walau harus dipecat dari tentaranya ketika berada di malam hari yang sangat gelap gelita"

 

MATAN 18 (A)

 

أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ الْأَنْصَارِيَّ النَّقِيبَ، صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: غَزَا مَعَ مُعَاوِيَةَ أَرْضَ الرُّومِ

Sesungguhnya Ubadah bin al-Somit al-Ansari  yang merupakan ketua perang yang juga sahabat Nabi. Dia berperang bersama Muawiyah di bumi Rom.

 

[11] Dia disebut sebagai AL-NAQIB, kerana dia adalah Naqib al-Ansar semasa perjanjian al-Aqabah[7].

 

[12] dia disebut sebagai صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ kerana dia mulazamah dengan Nabi dalam musafir dan tidak musafir[8].

 

MATAN 18 (B)

 

فَنَظَرَ إِلَى النَّاسِ وَهُمْ يَتَبَايَعُونَ كِسَرَ الذَّهَبِ بِالدَّنَانِيرِ، وَكِسَرَ الْفِضَّةِ بِالدَّرَاهِمِ

Dia memperhatikan orang ramai yang sedang melakukan jual beli pecahan emas dengan dinar dan pecahan perak dengan dirham.

 

[13] maksud dengan jual beli emas yang pecah adalah jual beli emas bukan berdasarkan timbangan, tetapi hitungan anggaran sahaja.

 

Hukum jual beli emas dan perak dalam keadaan begini adalah sah dengan syarat perlu ada kesamaan timbangan[9].

 

MATAN 18 (C)

 

 فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّكُمْ تَأْكُلُونَ الرِّبَا،

Dia pun berkata: Wahai manusia. Sesungguhnya kamu makan riba.

 

[14] Ini dalam sistem jual beli secara barter. Dianggap sebagai riba jual beli pecahan emas dan pecahan perak kerana TIDAK JELAS kadar berat emas dan perak tersebut[10].

 

MATAN 18 (D)

 

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا تَبْتَاعُوا الذَّهَبَ بِالذَّهَبِ، إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ، لَا زِيَادَةَ بَيْنَهُمَا وَلَا نَظِرَةً»

Aku (Ubadah bin al-Somit) dengar Rasulullah saw berkata: Jangan kamu saling membeli emas dengan emas kecuali sebanding, tanpa ada lebihan antara keduanya dan tanpa tertangguh masa.

 

[15] Hadis ini membuktikan bahawa jual beli emas dan perak perlu;

 

a.                  Barangan, jika tamatsul (sama jenis seperti emas dengan emas atau perak dengan perak atau kurma dengan kurma DLL) hendaklah sama pada kadarnya. Dalam hadis—daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda;

 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ تَبِيعُوا الذَّهَبَ بِالذَّهَبِ إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ، وَلاَ تُشِفُّوا بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ، وَلاَ تَبِيعُوا الوَرِقَ بِالوَرِقِ إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ، وَلاَ تُشِفُّوا بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ – البخاري 2177

Janganlah kaMU menjual beli emas dengan emas atau perak dengan perak kecuali jika sama berat, dan janganlah kalian melebihkan antara satu dengan yang lain

 

b.                  Ia melibatkan enam asnaf al-Riba;

(1)                Emas

(2)               Perak

(3)               Gandum

(4)               Barli

(5)               Kurma

(6)               Garam.

 

Hal ini berdasarkan hadis—daripada Ubadah bin al-Somit bahawa Rasulullah saw bersabda;

 

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ، وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ، وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ، وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ، وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ، وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ، مِثْلًا بِمِثْلٍ، سَوَاءً بِسَوَاءٍ، يَدًا بِيَدٍ، فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الْأَصْنَافُ، فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ، إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ - مسلم 1587

“Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.

 

c.                   Al-Taqabudh, iaitu Jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.

 

Serahan itu perlu berbentuk sah hak milik, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori RIBA AL-NASIAH; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.

 

[16] Pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.

 

Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama. Sabda Nabi saw:

 

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ قَالَ: نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعَتَيْنِ فِي بَيْعَةٍ، وَعَنْ بَيْعٍ وَسَلَفٍ – احمد 6628

“Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”

 

[17] Hukum trade-in emas (syiling, jongkong, dinar) adalah haram Hal ini kerana kaedah tersebut terdedah dengan unsur riba al-fadl disebabkan bayaran tambahan.

 

Adapun trade-in EMAS PERHIASAN (dibawah maksud Sin’ah صنعة atau pembuatan);

 

PERTAMA: Jumhur ulama dari kalangan Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali bahawa hukum emas perhiasan sama dengan hukum emas asal. Justeru, hukumnya adalah  haram.

 

KEDUA: mazhab Hanafi dan Ibn Taimiyyah memfatwakan tidak haram dengan alasan  ia tidak lagi dianggap mata wang sebagai sifat asal dan termasuk dalam jenis pakaian dan barangan (sil’ah) serta terkeluar daripada illah ribawi (sebab yang memungkinkan berlakunya riba) iaitu harga (al-thaman).

 

Namun, mereka yang ingin memilih pandangan jumhur yang berpendapat bahawa barang perhiasan emas termasuk dalam kategori item ribawi dan ingin keluar daripada khilaf untuk mengambil jalan berhati-hati dan selamat serta lebih warak, maka boleh menggunakan kaedah dengan melakukan transaksi emas baru dan emas lama menggunakan dua akad seperti berikut:

(a)    Menjual emas perhiasan lama dan terima duit hasil jualan tersebut.

(b)   Kemudian membeli emas perhiasan baru dengan membayar daripada hasil jualan emas perhiasan lama atau membeli emas perhiasan baru yang lagi mahal dengan menambah duit lain.

 

Dalam hadis—daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah:

 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اسْتَعْمَلَ رَجُلًا عَلَى خَيْبَرَ، فَجَاءَ بِتَمْرٍ جَنِيبٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَكُلُّ تَمْرِ خَيْبَرَ هَكَذَا؟» ، قَالَ: لَا وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّا لَنَأْخُذُ الصَّاعَ مِنْ هَذَا بِصَاعَيْنِ، وَالصَّاعَيْنِ بِالثَّلَاثِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَفْعَلْ بِعِ الْجَمْعَ بِالدَّرَاهِمِ، ثُمَّ ابْتَعْ بِالدَّرَاهِمِ جَنِيبًا» - النسائي 4553

Rasulullah saw menggunakan seseorang untuk menggarap tanah Khaibar, kemudian orang tersebut datang membawa kurma Janib.

Kemudian Rasulullah saw bertanya: "Apakah seluruh kurma Khaibar seperti ini?"

orang tersebut berkata; tidak, demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya kami mengambil satu cupak dengan tukaran dua cupak, mengambil dua cupak dengan tukaran tiga cupak.

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Jangan lakukan lagi begitu. Hendaklah kamu jual kurma satu himpunan kurma dengan wang dirham kemudian kamu beli kurma janib dengan dirham tersebut"

 

MATAN 18 (E)

 

 فَقَالَ لَهُ مُعَاوِيَةُ يَا أَبَا الْوَلِيدِ، لَا أَرَى الرِّبَا فِي هَذَا، إِلَّا مَا كَانَ مِنْ نَظِرَةٍ

Muawiyah pun berkata kepadanya: Wahai Abu al-Walid. Aku tidak nampak riba dalam hal ini kecuali pada hal yang berkaitan dengan tangguhan.

 

[18] Muawiyyah hanya melihat riba hanya dari sudut “bertangguhan” sahaja, tanpa melihat sudut satu lagi—tidak sama kadar berat pada emas dan perak tersebut[11]. 

 

[19] Riba yang berlaku dari sudut bertangguh, disebut dengan nama RIBA NASIAH النسيئة [12].

 

[20] Muawiyyah mengambil sikap sebegitu, kemungkinan beliau memahami dari hadis daripada Usamah bin Ziad berkata bahawa Rasulullah saw bersabda;

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا رِبًا إِلَّا فِي النَّسِيئَةِ» - النسائي 4580 | البخاري 2178

“tidak berlaku riba kecuali pada al-Nasiah”

 

MATAN 18 (F)

 

 فَقَالَ عُبَادَةُ: أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَتُحَدِّثُنِي عَنْ رَأْيِكَ لَئِنْ أَخْرَجَنِي اللَّهُ لَا أُسَاكِنُكَ بِأَرْضٍ لَكَ عَلَيَّ فِيهَا إِمْرَةٌ

Ubadah berkata: Aku bagitahu kepada kamu (hal ini) dari Rasulullah saw. Dan kamu bagitahu kepadaku berkenaan pandangan (ra’y) kamu. Sekiranya Allah mengeluarkanku (dari bumi Rom), maka aku tidak akan tinggal bersama kamu yang aku di bawah kekuasaanmu.

 

[21]  Sikap Ubadah adalah atas kebenaran yang dia tahu dari Nabi saw. Ekoran itu, dia terus menolak pandangan Muawiyah yang menyalahi hadis, walaupun ketika itu Muawiyah adalah panglima perang ketika itu.

 

MATAN 18 (G)

 

فَلَمَّا قَفَلَ لَحِقَ بِالْمَدِينَةِ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: مَا أَقْدَمَكَ يَا أَبَا الْوَلِيدِ؟

Ketika kembali ke Madinah, dia bertemu Umar bin al-Khattab, lalu Umar berkata kepadanya: "Wahai Abul Walid, apa yang membuatmu datang ke sini (walhal orang di rom memerlukan ilmu kamu)?[13]

 

[22] Maksud dengan قَفَلَ لَحِقَ بِالْمَدِينَةِ, iaitu dia tinggalkan Syam dan pergi ke Madinah[14].

 

MATAN 18 (H)

 

فَقَصَّ عَلَيْهِ الْقِصَّةَ، وَمَا قَالَ مِنْ مُسَاكَنَتِهِ

Lalu dia ceritakan kisah (berkenaan dia bertembung dengan Muawiyah berkenaan maksud riba[15]) kepada Umar dan apa dia kata (kepada muawiyah) berkenaan tempat tinggalnya.

 

فَقَالَ: ارْجِعْ يَا أَبَا الْوَلِيدِ إِلَى أَرْضِكَ، فَقَبَحَ اللَّهُ أَرْضًا لَسْتَ فِيهَا وَأَمْثَالُكَ

Umar pun berkata: "Wahai Abul Walid, kembalilah ke negerimu (syam[16]). Allah pasti akan membuat satu negeri menjadi hina tanpa keberadaanmu dan orang-orang sepertimu”

 

[23] Saidina Umar menyebut Syam itu sebagai أَرْضِكَ – negeri kepada Ubadah, kerana Saidina Umar hantar dia ke Palestine untuk dia mengajar al-Quran kepada penduduk di situ[17].

 

[24] Pengkritik yang berani bercakap benar adalah penting untuk menjadikan sesebuah negara itu baik.

 

MATAN 18 (I)

 

 وَكَتَبَ إِلَى مُعَاوِيَةَ: لَا إِمْرَةَ لَكَ عَلَيْهِ، وَاحْمِلِ النَّاسَ عَلَى مَا قَالَ، فَإِنَّهُ هُوَ الْأَمْرُ

Kemudian Umar menulis surat kepada Mu'awiyah: "Engkau tidak berhak memerintahnya, dan ajaklah manusia mengikuti apa yang dia perkatakan kerana dia bercakap perkara yang sepatutnya"

 

[25] Maksud dengan فَإِنَّهُ هُوَ الْأَمْرُ adalah dia bercakap berdasarkan kehendak syarak. Bahkan, itu cara faham riba sepertimana yang diajar oleh Nabi saw[18].

 

BIOGRAFI PERAWI 18

 

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ

[] HISYAM BIN AMMAR BIN NUSAIR BIN MAISARAH BIN ABAN AL-SULAMI @ ABU WALID AL-DIMASYQI (153H - 245H[19])

 

[] Dilahirkan dan meninggal dunia di Damsyiq, Syria. Dia pernah sampai Madinah.

 

[] Dia adalah Imam, ulama hadis, mufti serta ahli qari di Damsyiq. Al-Zahabi senaraikan salah seorang ulama Qiraat.

 

[] Rijal Bukhari, Abu Daud, Nasaie dan IBN Majah. Tarmizi Ambil hadisnya melalui Bukhari. muslim tidak ambil hadisnya[20].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

·       Dianggap siqah oleh IBN AL-JUNAID, AHMAD AL-IJLI, AL-NASAIE dan IBN MAIN. IBN MAIN kata juga bahawa Hisham bukan pembohong[21].

·       YAHYA BIN MAIN kata, dia كيس كيس[22]

·        AL-IJLI kata, dia siqah. Di waktu lain pula kata, dia Soduq[23].

·       NASAIE kata, dia لا بأس به[24]

·       DARAQUTNI kata, dia Soduq dan besar kedudukan[25].

·       ABU HATIM kata, hafalannya berubah selepas dia tua. Ketika dia ditalqin, dia ingat balik. Dia baca dari kitabnya. Dia Soduq[26].

·       IBN WARAH kata, aku berhenti dari menulis hadis Hisham kerana dia selalu menjual hadis[27].

·       MUHAMMAD BIN YASAR kata, Hisyam ditalkinkan. Dia ditalkinkan pada semua perkara[28].

·        Dia ada dengar hadis dari MA'RUF AL-KHAYYAT ABI AL-KHATTAB AL-DIMASYQI, sedangkan MA'RUF tidak siqah[29].

 

[] Diulang sebut kali ke-5, iaitu hadis ke-5, 7, 8, 10 dan 18.

 

 قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ

[] YAHYA BIN HAMZAH BIN WAQID AL-HADHRAMI @ ABU ABDUL RAHMAN AL-BATLAHI AL-DIMASYQI AL- QADHI[30] (103H-183H[31])

 

[] YAHYA BIN HAMZAH kata, dia qadhi di Damsyiq. [32]

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[33]

B.                  Dianggap siqah oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN & AL-IJLI. [34]

C.YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah masyhur. [35]YAHYA BIN HAMZAH kata, dia qadhi di damsyiq dan siqah. [36]

D.                 DUHAIM kata, dia siqah, alim, tidak ragu lagi dia berjumpa dengan ALI BIN YAZID[37]

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

E.                  ABU DAUD kata, dia siqah, qadariyyah. [38]

F.                   IBN MAIN kata, dia siqah, penganut qadariyyah[39]AL-GHILABI kata, dia siqah dan dituduh qadariyyah[40] Amin Harari mengatakan perkara yang sama[41].

G.                 ALI BIN ADAM kata, dia dituduh qadariyyah[42].

H.                 IBN SAAD kata, dia banyak riwayat hadis dan saleh[43].

I.                    ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN YASAR kata, dia لا بأس به[44]

 

[] Diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-7 & 18

 

 قَالَ: حَدَّثَنِي بُرْدُ بْنُ سِنَانٍ

[] BURD BIN SINAN @ ABU AL-‘ALA’ العلاء AL-DIMASYQI[45]. (135H[46])

 

[] dia berasal dari Damsyiq, Syam[47] dan berhijrah ke di Basrah[48].

 

Menurut IBN JUNAID, dalam kejadian pembunuhan terhadap AL-WALID BIN YAZID di Syam. Dia pun lari ke Basrah. Dari situ, ramai penduduk basrah dengar hadis darinya[49].

 

[] AL-NASAIE kata, dia dari kalangan ASHAB NAFI’[50].

 

[] Namanya ada dalam Sunan. Al-Bukhari pula, bawakan riwayatnya dalam al-Adab al-Mufrad[51].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dianggap siqah oleh IBN MAIN, DUHAIM, NASAIE, IBN KHIRASH[52]

B.                  Namanya dalam senarai AL-SIQAT oleh IBN HIBBAN[53].

C.                  AHMAD (murid: anaknya) kata, dia soleh al-hadis[54].

D.                 YAZID BIN ZURAI’ kata, aku tidak pernah jumpa penduduk syam yang dapat atasi kesiqahan Burd.[55]

E.                  ABU ZUR’AH kata, dia لا بأس به dan dia soduq dalam hadis[56]

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

F.                   AL-AMIN AL-HARARI[57] dan AL-TAQRIB kata, dia soduq, dituduh Qadariyyah[58].

G.                 ABU HATIM kata, dia soduq, qadari. Dia tidak matin. Di waktu lain kata, dia soduq dalam hadis[59].

H.                 ASQALANI kata, dia soduq dan dituduh qadariyyah.

I.                    ZAHABI kata, jemaah ulama anggap dia siqah. Ali pula anggap dia doif.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

J.                    IBN MAIN (murid: Al-Duri) kata, ليس بحديثه بأس dan dia seorang penduduk Syam[60].

K.                  IBN AL-MADINI (murid: al-Darimi) kata, dia doif[61].

L.                   ABU DAUD kata, dia qadariyyah[62].

 

 عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ قَبِيصَةَ

[] ISHAQ BIN QABISOH BIN ZUAIB ذؤيب AL-KHUZA’IE AL-SYAMIY[63] (120H[64])

 

[] menurut ABU ZUR’AH AL-DIMASYQI, dia adalah pegawai Hisham di Jordan.[65] Dia tinggal di Syam.

 

[] Dia riwayatkan hadis dari Umar secara mursal. Dan juga dari bapanya sendiri, Qabisoh dan Kaab al-Ahbar[66].

 

[]KOMENTAR POSITIF;

A.                  AL-TAQRIB kata, dia soduq dan buat mursal.[67]

 

 عَنْ أَبِيهِ

[] QABISOH BIN ZUAIB ذؤيب BIN HALHALAH حلحلة @ ABU SAID AL-KHUZAIE AL-DIMASYQI (ada kata: ABU ISHAQ AL-MADANI[68]) (8H[69] - 81H[70] - TABIIN SYAMI.

 

[] Salah seorang dari kalangan anak sahabat. Dia dilahirkan semasa Fath Mekah (7 hijrah). IBN QANI’ kata, dia pernah tengok Nabi[71].

 

Menurut IBN ABD AL-BAR pula, dia dilahirkan di awal tahun dari Hijrah[72].

 

Menurut IBN MAIN (murid: al-GHILABI), dia dibawa kepada Nabi saw untuk didoakan keberkatan[73].

 

Dengan sebab itu, JA’FAR kata, tidak sahih jika ada dakwaan kata dia dengar hadis dari Nabi[74]. Ekoran itu, kalau ada hadis yang dia riwayatkan dari Nabi, itu adalah riwayat secara mursal[75].

 

[] Dia dilahirkan di Madinah dan tinggal di Damsyiq[76]. Dia meninggal di akhirat pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] Dia adalah orang yang menjaga cincin serta surat menyurat kepada Khalifah ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] IBN SYIHAB (daripada Ibn Lahi’ah) kata, dia dari kalangan ulama dalam umat ini[77].

 

Kata MUHAMMAD BIN RASHID, daripada MAKHUL berkata: aku tidak nampak seorang pun yang lebih alik berbandingnya[78].

 

AL-SYA’BI (daripada MUGHIRAH) berkata, dia orang yang paling tahu berkenaan Qadha’ Zaid bin Sabit[79].

 

[] Menurut ABDILLAH BIN ‘AYYASH (Murid: al-haisam), kejadian hari al-Hurrah menyebabkan matanya menjadi buta[80].

 

[] ZAHABI dalam AL-SIYAR menukilkan perkataan AL-BUKHARI yang menyatakan bahawa dia sempat jumpa dengan ABU AL-DARDA’ dan ZAID BIN SABIT.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[81].

B.                  IBN SAAD kata, dia siqah, ma’mun. dia banyak riwayatkan hadis[82].

C.                  AL-IJLI kata, dia penduduk madinah, tabiin dan siqah[83].

D.                 IBN HIBBAN sebut dalam Siqat al-Tabiin bahawa dia fuqaha’ Madinah dan orang-orang soleh di situ[84].

 

 أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ الْأَنْصَارِيَّ

[] UBADAH BIN AL-SOMIT BIN QAIS BIN ASRAاصرم BIN FIHR BIN QAIS BIN SA’LABAH BIN GHANM BIN SALIM BIN AUF BIN AMRU BIN AUF BIN AL-KHAZRAJ AL-ANSARI @ ABU AL-WALID[85] AL-MADANI[86] (38SH - 34H[87])

 

[] disebut sebagai AL-NAQIB kerana, dia adalah NAQIB AL-ANSAR pada malam al-‘Aqabah[88].

 

[] peluk islam sebelum hijrah Nabi ke Madinah lagi. Semasa di Madinah, nabi saw saudarakan dia dengan ABU MARSAD AL-GHUNAWI.

 

[] Salah seorang ahli Badar[89]. Terlibat semua perang bersama dengan Nabi. Terlibat juga pembukaan mesir. Dia panglima perang untuk membuka kota Iskandariyyah pada tahun 25 hijrah atas arahan dari Amru bin al-AS.

 

Dia tinggal di Syam dan sempat menjadi gabenor di Hims sekejap, kemudian menjadi Qadhi di Palestine dan meninggal dunia di Ramallah di era pemerintahan Saidina Osman bin Affan.

 

[] Dia mati di Ramallah pada tahun 34 hijrah. Ada dakwaan kata, dia sempat era pemerintahan Muawiyyah[90].

 

[] nama ibunya: QURRAH AL-AIN BINTI UBADAH BIN NADLAH BIN AL-AJLAN[91]. (34H)

 

[] Dalam al-Isobah, ada dakwaan kata dia meninggal pada tahun 45 hijrah. Namun, dari anaknya sendiri, iaitu AL-WALID BIN UBADAH mengatakan, bapanya meninggal pada tahun 34 hijrah[92].

 

[] Dia meninggal di Ramallah, Palestine[93]. Semasa dia meninggal, umurnya 72 tahun[94].

 

[] Tubuh badannya sasa, tinggi dan cantik[95].

 

[] Dia terlibat perang badar[96] dan seluruh perang-perang bersama dengan Nabi[97].

 

Selepas Nabi wafat, dia terlibat pembukaan Mesir[98]. Dalam “tarikh hims”, Abd al-Somad bin Sa’id kata, dia adalah orang yang mula-mula seklai jadi Qadhi di Palestine[99].

 

Menurut AL-BUKHARI, Yazid bin Abi Sufyan tulis surat kepada Umar—memberitahu bahawa penduduk Syam perlu ada guru mengajar al-Quran dan mengajar Fiqh. Makanya, Umar menghantar Muaz, Ubadah dan Abu al-Darda’. Dan menetapkan Ubadah di Palestine[100].

 

Menurut KHALIFAH bahawa ABU UBAIDAH yang melantik dia menjadi gabenor di Hims. Kemudian tukar kepada ABDULLAH BUN QURT[101].

 

IBN SAAD menyatakan dengan jalur sanad MUHAMMAD BIN KAAB AL-QURAZI bahawa UBADAH salah seorang yang himpunkan al-Quran pada zaman Nabi saw. Hal yang sama disebut oleh al-Bukhari dalam al-Tarikh[102].

 

[] IBN SAAD kata, dia salah seorang naqib semasa perjanjian Aqabah[103].

 

[] Semasa hijrah, dia dipersaudarakan oleh nabi dengan ABU MARSAD AL-GHANAWIY[104].

 

معاوية بن ابي سفيان

[] MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN (SOKHR) BIN HARB BIN UMAYYAH A-UMAWI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-KHALIFAH[105]. (60H[106])

 

[] Dia meninggal pada tahun 59H (ada kata: 69H) ketika umurnya 82 tahun.

 

[] Dilahirkan di Mekah, dan tinggal di Madinah serta meninggal dunia di Damsyiq.

 

[] Dia islam bersama dengan bapa dan adik lelakinya pada tahun Fath Mekah. Ada dakwaan kata, sebelum dari itu lagi.

 

[] Dia memeluk islam sebelum FATH MEKAH. Salah seorang penulis Wahyu[107].

 

[] Nabi pernah mendoakan kepada Muawiyah. Irbadh bin Sariyah ada berkata bahawa dia dengar Rasulullah saw bersabda:

 

عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ السُّلَمِيِّ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «اللَّهُمَّ عَلِّمْ مُعَاوِيَةَ الْكِتَابَ وَالْحِسَابَ، وَقِّهِ الْعَذَابَ» - صحيح ابن حبان, 7210

“Ya Allah, ajarkan kitab dan mengira kepada Muawiyah. Dan selamatkan dia dari azab”

 

[] Kisah Umar melantik Muawiyah sebagai gabenor;

 

عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الخَوْلاَنِيِّ، قَالَ: لَمَّا عَزَلَ عُمَرُ بْنُ الخَطَّابِ عُمَيْرَ بْنَ سَعْدٍ عَنْ حِمْصَ وَلَّى مُعَاوِيَةَ، فَقَالَ النَّاسُ: عَزَلَ عُمَيْرًا وَوَلَّى مُعَاوِيَةَ، فَقَالَ عُمَيْرٌ: لاَ تَذْكُرُوا مُعَاوِيَةَ إِلاَّ بِخَيْرٍ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ اهْدِ بِهِ – الترمذي, 3843

“Abu Idris al-Khawlani berkata: ketika Umar mengugurkan jawatan Umair bin Saad dari gabenor Hims dan melantik Muawiyah. Ramai orang berkata: Umar mengugurkan Umair dan melantik Muawiyah. Umair pun berkata: Jangan kamu kata berkenaan Muawiyah kecuali kebaikan sahaja. Aku pernah dengar Nabi saw berkata: Ya Allah, berikan hidayah kepadanya (Muawiyah).

 

 

[] Nabi saw mendoakan Muawiyah agar diberikan hidayah dan memberi petunjuk kepada orang lain—daripada Abdul Rahmah bin Abi Umairah bahawa Rasulullah saw mendoakan kepada Muawiyah:

 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عُمَيْرَةَ، وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِمُعَاوِيَةَ: «اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا وَاهْدِ بِهِ» - الترمذي, 3842

“Ya Allah, jadikan dia orang yang mendapat hidayah dan dapat memberi petunjuk kepada orang lain. Ya Allah, berikan dia hidayah dengan itu”

 

] Saidina Umar menyebut Muawiyah sebagai Kisra Arab—daripada Abi Abd al-Rahman al-Madani berkata:

 

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَدَنِيِّ قَالَ: كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِذَا رَأَى مُعَاوِيَةَ قَالَ: هَذَا كِسْرَى الْعَرَبِ – البداية والنهاية, 8\134

Apabila Umar melihat Muawiyah, dia berkata: ini adalah kisra Arab.

 

[] Saidina Umar melantik dia menjadi Gabenor di Syam selepas adiknya, Yazid. Dan bersambung jawatan itu di era Osman bin Affan.

 

[] Muawiyah menjadi gabenor selama 20 tahun dan menjadi khalifah selama 20 tahun.

 

[] Menurut pandangan kebanyakkan ulama, dia meninggal di Damsyiq pada hari Khamis, bulan rejab tahun 59 (ada kata: 69H) ketika umurnya 82 tahun.



[1] Diulang sebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-7 & 18

[2] Diulang sebut kali ke-5, iaitu hadis ke-5, 7, 8, 10 dan 18

[3] Misbah:1/97

[4] Raid:1/62

[5] mursyid:1/103

[6] Mursyid:1/104

[7] Mursyid:1/104

[8] Mursyid:1/104

[9] Mursyid:1/105

[10] Masyariq:1/269

[11] Masyariq:1/269

[12] Masyariq:1/269

[13] masyariq:1/270

[14] masyariq:1/270

[15] masyariq:1/270

[16] masyariq:1/270

[17] Masyariq:1/270

[18] Masyariq:1/271

[19] Menurut al-Bukhari, dia meninggal tahun 245 hijrah. Ada dakwaan kata, dia mati pada 244, ada pula kata, 246 H

[20] Mastariq:1/102

[21] Masyariq:1/102

[22] Masyariq:1/102

[23] Masyariq:1/102

[24] Masyariq:1/102

[25] Masyariq:1/102

[26] Masyariq:1/102

[27] Masyariq:1/102

[28] Masyariq:1/102

[29] Masyariq:1/102

[30] Masyariq:1/129

[31]Mursyid:1/70 | Ini mengikut maklumat ABU MUSHIR. Berkata ABU SULAIMAN BIN ZABR pula, dia dilahirkan 102. Ada kata, 105. (masyariq:1/129)

[32] Masyariq:1/129

[33] Masyariq:1/129

[34] Masyariq:1/129

 

[35] Masyariq:1/129

[36] Masyariq:1/129

[37] Masyariq:1/129

[38] Masyariq:1/129

[39] Masyariq:1/129

[40] Masyariq:1/129 | mursyid:1/70

[41] mursyid:1/103

[42] Masyariq:1/129

 

[43] Masyariq:1/129

 

[44] Masyariq:1/129

 

[45] Misbah:1/96 | Masyariq:1/264

[46] Masyariq:1/265

[47] Masyariq:1/264

[48] Misbah:1/96 | Masyariq:1/264

[49] Masyariq:1/264

[50] Masyariq:1/264

[51] Masyariq:1/265

[52] Masyariq:1/264

[53] Masyariq:1/265

[54] Masyariq:1/264

[55] Masyariq:1/264

[56] Masyariq:1/265

[57] mursyid:1/103

[58] Misbah:1/96 | Masyariq:1/264

[59] Masyariq:1/265

[60] Masyariq:1/264 | Masyariq:1/264

[61] Masyariq:1/265

[62] Masyariq:1/265

[63] Misbah:1/96

[64] Hal ini disebut oleh IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT. mursyid:1/104

[65] Masyariq:1/265

[66] Masyariq:1/265

[67] Masyariq:1/265 | mursyid:1/104

[68] Misbah:1/96 | Masyariq:1/265

[69] Al-Zahabi dalam al-Siyar.

[70] Ini menurut pendapat KHALIFAH. Menurut IBN SAAD pula, dia meninggal pada tahun 86 atau 87 hijrah. IBN MAIN kata, 87 hijrah. Ada pula kata, tahun 89, iaitu di era pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (Masyariq:1/266) menurut AL-AMIN AL-HARARI, dia meninggal tahun 83 hijrah (mursyid:1/104)

[71] Masyariq:1/265 | Masyariq:1/266

[72] Masyariq:1/266

[73] Masyariq:1/266

[74] Masyariq:1/266

[75] Masyariq:1/266

[76] Masyariq:1/265

[77] Masyariq:1/265

[78] Masyariq:1/266

[79] Masyariq:1/266

[80] Masyariq:1/266

[81] Masyariq:1/266

[82] Masyariq:1/265

[83] Masyariq:1/266 | Mursyid:1/104

[84] Masyariq:1/266

[85] Masyariq:1/266

[86] Mursyid:1/104

[87] Mursyid:1/104

[88] Mursyid:1/104

[89] Mursyid:1/104

[90] Mursyid:1/104

[91] Masyariq:1/266

[92] Masyariq:1/268

[93] Masyariq:1/267

[94] Masyariq:1/268

[95] Masyariq:1/267

[96] Masyariq:1/266

[97] Masyariq:1/266

[98] Masyariq:1/266

[99] Masyariq:1/266

[100] Masyariq:1/267

[101] Masyariq:1/267

[102] Masyariq:1/266

[103] Masyariq:1/266

[104] Masyariq:1/266

[105] Masyariq:1/268

[106] Masyariq:1/268

[107] Masyariq:1/268

HADIS 18

     IBN MAJAH, HADIS NO: 18   حَدَّثَنَا  هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ  قَالَ: حَدَّثَنَا  يَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ  قَالَ: حَدَّثَنِي  بُرْدُ بْنُ س...